11 Jun 2018

25 Ramadhan : Talkin abah


Kenapa masa talkin baca surah al insan?

Selama ni memang tak pernah alert betul2 pun dengan talkin , or even jarang pun dengar. & tahu kadang2 banyak je khilaf mengenai  hukum talkin ni sendiri  & hari ni bukan nk bicarakan mengenai hukum bacaan talkin tu , Cuma masa dengar surah ni dibacakan rasa amazed , rasa comfort & best.

Dalam kesedihan dengan pemergian arwah abah ketika tu – balik sempat selak balik tafsir Al insan yang pernah go through satu masa dulu.

Bila mana Allah start of surah dengan ingatkan kita balik, yang Dia ciptakan kita daripada TAKDA. Kita ni dulu xde  pape , habuk pun takda , tapi Allah lah yang menciptakan kita & bukan setakat cipta kita gitu2 je , tapi Allah siap muliakan kita dengan ciptaanNya yang TERBAIK.

Kita mulia bila ada Allah
Bila taat kepada perinta Allah tanpa nego
Bila Hak Allah ditegakkan & hak2 manusia yang lain dipenuhi
Bila kita tak kufur dengan nikmat yang Allah dah berikan kepada kita
Bila kita tak leka dengan dengan kehidupan dunia
Bila kita sensitive & alert dengan golongan yang tertindas
& dalam surah ni Allah describe in detail balasan untuk golonggan ABRAR..
Golongan yang melaksanakan perintah Allah dengan sebaik baiknya..
Allah describekan syurga in detaillllll , & level nikmat tu meningkat ke multiple levels.

Eg :
Kita bayangkan ..
1st : kita dapat nikmat bole minum air cokelat sedapp, mengalir from sungai cokelat sejuk berais , bole ambil sesuka hati , n takkan pernah habis..
Tapi bukan tu je
2nd:ada orang serve kat kita air cokelat ais sejuk with ice cream on top of it , served dalam gelas yang berkilat.. letak depan kita , bila habis je dia topup, . eh x yah tunggu habis , bila sikit je dia topup lagi , topup lagi
N bukan tu sahaja ..
3rd: Allah sendiri yang serve untuk kita.. daripada Rabb. Kalo raja yg dtg serve kat kita pun da tersipu sipu segan & berbunga bunga hati , apatah lagi Rabb .. Allahu..

Allah describe lebih lagi mengenai syurga dalam surah al insan







#Janji Allah pasti
#Mampukah aku
#Moga arwah Abah ditempatkan di syurga bersama para solihin. Allahummafirlahu
#Aku nak syurga juga , tapi dosa banyak ..  Astaghfirullahalazim







4 Jun 2018

19 Ramadhan : sentuhan terakhir

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ


"abah , kenapa abah cakap pelat ? , sejak bila ni ummi?? "
"abah cuba genggam tangan adik ni , dua belah2 , kuat -kuat"
 - he did, my hand was held tightly , power 5/5.
Alhmdulillah not stroke
but he was gasping ---  28/05/18

***
"abah genggamla tangan adik  ni .. "
kaku
tiada lagi genggaman balas
tiada lagi pautan erat --- 04/06/18


HanyaAllah tempat kembali
DaripadaNya 
kita datang dan pastilah kepadaNya untuk kembali

Abah telah selesai urusannya di dunia ini
tinggal kita untuk menyempurnakan


Moga ditempatkan bersama para solihin .



#adikwillrinduAbah

17 May 2018

1Ramadhan: laa'llakum tattaqun


Agar kamu bertakwa
kerana takwa itulah yang akan memandu kehidupan
takwa itulah yang akan menentukan pengakhiran di akhirat
takwa itu yang akan bawa mengahadap Tuhan dengan wajah ternagkat atau tertunduk

Alhamdulillah
Allah masih kurniakan untuk bertemu ramadhan kali ini
walau dalam kedaan dalam kekakangan
bukan kuantiti yang dicari , berharap untuk kualiti

kerajaan negara sudah beralih
tapi belum selesai,
perjuangan takkan pernah selesai selagi Hak Allah tidak tertegak sepenuhnya di atas muka bumi

Allahu ghayah
aiming towards takwa
change self  first

#newhopeforramadhan
#forabetterselfbetterlife