bukan kerana pertambahan kepekaan pada 'power' kanta mata yang sangat ekstrim
bukan kerana keberadaan selaput katarak yang kronik yang menghalang sinar cahaya menembusi
bukan kerana tahap gula yang tinggi di dalam darah bagi si pesakit diabetes yang menyebabkan urat mata kendur
bukan kerana terlebih tangisnya hingga lebih lebam dan langsung kabur dan tiada lagi
bukan kerana sadisnya mata tercucuk garfu laksana 'kassim selamat'
bukan..dan yang itu ku tahu, ku mengerti penjelasannya. tapi yang ku takut mataku buta apabila tidak dapat melihat dengan sinar hidayahNya. butalah mataku tika aku tak dapat menjengah maksiat dengan kaca mata dakwah, tika aku tak dapat merenung yang lagha dengan kanta ihsan, tika aku tak dapat menilik hiburan dengan teropong makrifatullah..terlalu sukar untuk meletakkan skala kebutaan mata ku kini.. andai aku tak dapat lagi melihat kebenaran di sebalik kebatilan..
boleh saja bukan, jika bertemu dengan si pengemis hodoh yang menagih simpati, mata kita melihat betapa lelahnya dia untuk menumpang hidup di dunia ini dan betapa lebih mudah hisabnya kepada Allah kerana sedikit hartanya.boleh saja bukan, jika sedang leka dengan siri kartun 'pingu' mata kita mengambil ibroh dan mencungkil tips-tips kekeluargaan yang diaparkan.pandangan optimis daripada pesimis.husnulzhon daripada suulzhon..
dan tidak lain butanya mataku kerana gelapnya hatiku.hanya taubat dariMu ku pohon agar dibersihkan hatiku dan dijernihkan pandangan mataku..
Ibrahim bin Adam berkata: Hati orang yang beriman bagai cermin, tidak sempat syaitan mahu menggoda, dia sudah nampak. Apabila kejahatan dilakukan satu tompok hitam akan terpalit dan sekiranya kita bertaubat hilanglah tompok hitam tersebut..
dan kamu! sudahkah menjalankan pemeriksaan matamu? moga dijauhi dari buta yang nyata mahupun tersembunyi..
salam ya ukhti!
ReplyDeletesempat lagi update blog sblum datang KTT ya!
pintu taubat sentiasa terbuka luas..
Allah bergembira dengan hambaNya yang bertaubat, lebih gembira drpd hambaNya yg kehilangan binatang kenderaan yg dimuat diatas binatang itu brg2 bekalan. Tiba2 binatang itu hilang di padang pasir yg luas. Maka hamba itu bersandar di bwh pokok dalam keadaan kehilangan kenderaan dan bekalan. Tidak ada harapan lagi untuk menyelamatkan diri. Dia memejamkan matanya tiba2 kenderaan yg hilang itu berada di hadapannya,
Lalu dia berkata: "Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur kepadaMu, aku tuhanMu dan Engkau hambaKu"
Dia terbalik menyebutnya kerana melatah terlalu gembira.
Itulah kegembiraan Allah kepada hambaNya yg bertaubat walaupun taubat itu berulang-ulang kali,,