2 Dec 2009

da 15 Zulhijjah..

"ni kalo naek flight, dah terlepas ni... orang laen dah sampai ke bulan....:)"


-majlis bacaan yassin dan jamuan hari raya-
snap dari dalam bilik..(hee..)


Aidiladha lalu....


menjangkakan penuh kesyahduan dan kepiluan pabila pertama kali menyambut hari mulia tanpa keluarga di sisi, jauh dari tanah air.. namun percaturan Allah itu indah, yang dilihat pada keindahan dan keriangan bukanlah hanya pada pandangan nafsu dan pemikiran, kebahagiaan hakiki menerusi nilaian hati, menyelami pengertian sebalik nyata..


'siapakah yang pertama menemui Makkah?
geleng2.. jungkit bahu, teka: Nabi ibrahim??
dikaitkan dengan Siti Hajar.. siapa Siti Hajar?
seorang wanita berketurunan Habsyi (berkulit gelap) yang bagi pandangan nafsu manusia tidaklah secantik mana,.Dengan izin Allah, daripada rahim beliau lahirnya Ismail seorang nabi yang mana peristiwa pengorbanannya sentiasa diingat sehingga ke hari ini, rentetan itu terpancarlah air daripada tanah yang dikenali zam-zam pada masa kini, menukarkan padang pasir tandus menjadi tanah yang subur dan tempat yang mulia.daripada keturunan ini juga lahirnya junjugan mulia, rasul terakhir..
siapa Siti Hajar?
wanita biasa yang berperanan luar biasa, mempunyai keimanan yang luar biasa apabila redha dengan ketentuan Allah untuk ditinggalkan suami di tanah yang gersang dan disuruh mengorbankan anak kandung sendiri. siapa sanggup? semuanya dengan izin Allah...'
-petikan tazkirah ringkas pada majlis bacaan yassin, doa selamat dan jamuan hari raya di rumah senior..

mengetuk minda::

tidak perlu miliki kecantikan luar biasa untuk mencapai kemenangan
milikilah keimanan luar biasa agar menang di mata Allah...

aturan Allah ::

alhamdulillah....
-dapat makan daging lembu setelah sekian lama tidak dapat melihat bayangan daging lembu walaupun lembu berkeliaran di tengah dan tepi jalan..kenapa? apa signifikan lembu bagi mereka si penganut Hindu?
-dapat merasai suasana kemeriahan apabila berkumpul beramai, menyatukan niat memperingati Allah dalam majlis tazkirah Aidiladha
-dapat mendirikan solat hari raya berjemaah yang pada mulanya dah sedih jika tak dapat, memandangkan masjid di India ini hanya untuk jemaah lelaki..(alasan..kan buleh solat sendiri...)
-dapat cuti masa raye..katenye uni Islam.
-dapat menghayati cebisan erti pengorbanan.. berkorban menentang kemahuan.. (insyaAllah dikongsi pada lain masa..)


oleh sebab pengertian itu.. Aidiladha ini tidak terasa sunyi tanpa keluarga kerana pengertiannya menenangkan qalbu..meskipun rindu itu tetap ada..

5 comments:

  1. salam alaik..

    berkorban menentang kemahauan??..mahu balik mlysia lagikah??..adeh2

    hehe..teringat pulak time exam, sir tanya, "bdk2 mlysia buat apa masa bakrid(raya korban diorang panggil bakrid kat india nih).."..
    sorang kwn mnjawab tanpa segan silunya..sembelih lembu~..adeh2,,mestila sir tercengang, sbb sir tuh mmg penganut hindu..

    ReplyDelete
  2. salam...

    bukanlah huda, isk.. sye kan tabah:)

    terharu..huda sanggup naek atas cri tenet,hee

    ReplyDelete
  3. xbalik kew? saye balek 13hb 12..ketuahuda, jgn jeles okeh!
    =)

    ReplyDelete
  4. daging lembu??wah sedapnye~~

    ketika sedang membeli ayam halal di kedai di petang raya haji,
    "sister!wait a second."kemudian penjual itu memasukkan sedikit daging kambing ke dalam plastik.
    monolog dalaman: OH!!!!cmne aku nk masak kambing ni..~~~~~

    huhuh

    rindu anda!!=)semoga sentiasa dalam jagaan Allah=)

    ReplyDelete
  5. nadaten sudah pulang ke mesia!..mau ikut..

    ReplyDelete