29 May 2010

lelong..

Periksa datang lagi!! pereksa datang lagi!!
Sekali lagi kedatangan musim peperiksaan berjaya menggugah kestabilan emosi..
Keletah-keletah manusia bergelar penuntut mula berubah reaksi..
usaha semakin kuat?
getaran semakin hebat?
kehuru-haraan meja


PELAJAR VS PEPERIKSAAN

Musim peperiksaan telah melanda terutama bagi penuntut di luar negara. Sedikit coretan yang pastinya untuk peringatan diri sendiri ..
mengimbas kenangan silam jika di Seratas dulu.. bila musim exam, Yassin dan Al-Quran di rak hampir habis, di KTT pula jemaah di surau bertambah ramai. Kenapa? Alhamdulillah.. sememangnya fitrah manusia , akan kembali pada Tuan nya tika mengharap sesuatu.
Pelbagai metodologi diaplikasikan menjelang peperiksaan ini, ada yang belajar sehingga lewat malam, ada yang bangun pagi-pagi, ada yang belajar sambil mendengar muzik, ada yang melakar peta minda.teknik-teknik motivasi.semuanya usaha dengan harap untuk berjaya dalam peperiksaan. Tak kurang juga yang terlebih tidur???''
peperiksaan menjadi fokus utama.
itu berlaku pabila tarikh peperiksaan telah diketahui, tetapi jika tiba-tiba ada 'suprise test/exam' , macam mana agaknya? 'Sentiasa bersedia'..sebab takut dan gementar, mungkin..


Sejenak renungan..
Kita punya peperiksaan yang pasti.Peperiksaan yang tak mungkin kita boleh merayu untuk mendapatkan markah kesian.Peperiksaan yang penilaian markahnya sangat adil dan telus.Cuma bezanya, kita tak tahu bilakah tarikhnya .Yang nyata, masanya pasti tiba. adakah kita 'sentiasa bersedia' untuk hari penghisaban itu?Metodologinya mungkin berbeza dengan peperiksaan biasa namun tekniknya jelas pada Al-Quran dan Sunnah..

Ayuh!!..
InsyaAllah..kita sama-sama jadikan peperiksaan kecil di dunia ini sebagia peringatan untuk kita yang mana bakal mengharungi peperiksaan yang lebih besar di akhirat kelak.Sebagaimana kita berusaha untuk menghadapi peperiksaan ini begitu juga seharusnya kita berusaha untuk peroleh kejayaan yang sebenar di akhirat sana.Kita telah dan sedang dinilai..

Perkuatkan hubungan dengan Allah kerana Dialah yang mengatur tangan kita untuk menulis, kerana Dialah yang memberi ilham kepada kita, kerana Dialah yang memegang hati pemeriksa, Dialah yang memiliki segala ilmu, Dialah pemilik dan penguasa segala-galanya.

Stay up-stay up juga, jangan sampai subuhnya subuh gajah
Sumbat banyak-banyak makanan aqal jangan terlupa makanan hati..

semoga berjaya!! :)



Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat
2:214


**kembali kepada parotid gland ^^...

5 comments:

  1. suke3 entry ni~
    yg terlebih tido tu saya..(yg ni sy x suke)
    sy xtau nk komen ape..
    sy quote lagu je la..
    kita hanya dipersinggahan,
    pasti kembali pada Yang Menciptakan..

    Zahran-Di Persinggahan

    p/s:tu lukisan pasal lung compliance ke?=)

    salam sayang n rindu..
    semoga berjaya!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...

    ya..kita kan kembali nanti..itu pasti.

    all da besh juga dila..
    sayang n rindu kamu 3!!

    p/s:tekaan sipi-sipi:) regulation of respiration.

    ReplyDelete
  3. mazni hunny bunny gege...
    Good Luck xm!!!!
    i believe in u...
    u can do it..IAllah..
    chaiyyokkk!!

    ReplyDelete
  4. huhuhuhuuu~ ngehh~ makan makan juga jangan sampai nanti balik ibu bapa dah tak kenal. haha~
    =P

    ReplyDelete
  5. pinjam note bleh kak??..hehe..

    smiley yg cumel itu, sy ada satu!!..
    insyaAllah sama2 kita jaga ibadah fardhu n tingkatkan ibadah sunat..moga2 redha Allah bsama tiap langkah kita~..
    all da best n yakin boleh!..

    ReplyDelete