Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

18 Jan 2011

kain putih....

anak-anak itu dilahirkan bagaikan kain putih,Ibu bapalah yang mencoraknya..”

Setelah hampir lebih sebulan posting O&G untuk yang kali kedua +15 hari tahun lepas untuk yang pertama, barulah kini berhasil untuk menitipkan sesuatu yang dipelajari.Walhal sewajarnya dari awal lagi,kerana di situ tempatnya di mana permulaan kehidupan seorang insan di dunia ini.

Posting kali kedua ini lebih menarik. (kenapa, sebab boleh ‘buat kerja’ sendiri..tak perlu nak mendengar sahaja presentation PGs yang x berapa nk faham seperti yang pertama dulu.)

Posting kali kedua ini lebih seronok..

Kenapa?

1) buat pertama kalinya menyaksikan kelahiran seorang bayi secara normal di India..

(Full term normal delivery)

MasyaAllah, betapa getirnya saat itu, apabila melihat ‘amma’ menahan kesakitan untuk melahirkan. Barisan jururawat yang siap sedia tidak putus-putus memberi sokongan .

“biki amma, biki”(push amma..)

Yang kami pemerhati ini, memercik juga peluh di dahi.Apatah lagi apabila ‘episotomy’(vagina digunting untuk memberi laluan keluar yang lebih selesa kepada bayi ;) ) dilaksanakan

Kalimah ALLAH yang dilafazkan oleh amma menambahkan getaran di jiwa.betapa di saat ini manusia akan kembali kepada fitrah bertuhan.

Alhamdullilah dalam sela masa yang tak berapa lama, amma selamat melahirkan bayinya,(girl, 1.9kg, cried at birth).Barisan jururawat yang berjuang tadi lantas menarik nafas lega dan meninggalkan katil pesakit. Alhamdulillah, kami juga turut gembira. Tangisan bayi itu menggetarkan.

Ya, saat ini saya teringat seseorang, seseorang yang mungkin mengalami kesakitan yang lebih lagi,yang mungkin perasaannya lebih berdebar lagi .. dia ummiku.

Sewaktu proses mencuci vagina & menjahit, amma itu kelihatan lebih sakit.pada saat ini jururawat2 telah tiada, tinggal dua orang doctor sahaja yang sedang menjahit-jahit.

Amma itu kesakitan yang teramat, memandangkan saya berada bersebelahan dengan katil & dengan sukarela (atas desakan & sokongan batchmates), saya cuba memegang dan menenangkan amma,

MasyaAllah genggamannya sangat kuat.dia sangat sakit. Saya teringat ummi lagi.

Saya nak cakap pada amma.. “bersabar amma, i’Allah tahan sikit je lagi, bykkan ingat ALLAH”.. tapi saya tak tahu bahasa tempatan.. .Saya hanya senyum padanya, dan melihat amma kembali senyum pada saya apabila amplitude kesakitanyya tidak begitu tinggi..itu membahagiakan.

Apa yang mampu saya lakukan hanyalah mengusapnya dan berdoa agar Allah ringankan kesakitannya..

2)buat pertama kalinya melihat ultrasound (scan baby-3 months).

MasyaAllah, eh comelnya.. itu persepsi pertama, kerana sebaik sahaja imej terpancar bayi(fetus) itu sedang bergerak-gerak dan tangannya digerakkan mendekati mulut(seolah-olah aksi baby menghisap jari).Denyutan jantungnya pantas..

Persepsi kedua-theory part..




Bayi itu kelak akan lahir laksana kain putih.dan ibu bapalah yang akan mencorak dan mewarnakannya.

Terlalu kerap kita mendengar ungkapan ‘anak umpama kain putih, ibu bapa adalah pencoraknya’. Begitu juga ungkapan lama seperti ‘bapa borek anak rintik’, ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya´, ´bagaimana contoh begitulah gubahannya´, dan banyak lagi. Ungkapan pepatah dan peribahasa lama ini dengan jelas menyatakan bahawa bagaimana kita mendidik si cilik, begitulah nanti dewasanya si cilik dengan didikan kita.
Ungkapan itu juga menjelaskan betapa didikan yang pelbagai untuk anak-anak bakal memanusiakan mereka atau menjadikan mereka bukan manusia. Istilah memanusiakan anak-anak memerlukan kefahaman yang tinggi bukan sahaja dari sudut material malahan paling penting kefahaman dari aspek mental.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda; “Tahukah engkau siapakah yang mandul?”

Para sahabat menjawab; “ Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata ; Orang yang mandul ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”

Meninjau kisah Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?". Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan.

Ini bermakna, bapa Imam Hanifah telah menyiapkan dirinya yang terbaik agar anak yang dilahirkan kelak mewarisi kebaikan dan akhlaknya. Hal ini harus dipandang berat oleh ibu bapa masa kini yang beranggapan bahawa pertalian mereka dan anak-anak hanya atas dasar pertalian darah semata.Sebenarnya ia lebih dari itu.

Peranan Ibu Bapa

Setiap insan yang berpasangan pasti mengimpikan agar dikurniakan anak-anak bukan sahaja sebagai penyeri rumah tangga malah terlebih tepat sebagai penyambung zuriat dan keturunan. Menyedari hakikat ibu bapa sebagai pemegang amanah, mereka harus memainkan peranan dengan baik dan konsisten.

Terdapat pelbagai jenis buku ditulis bagi memberi panduan kepada ibu bapa dalam menghadapi dunia keibubapaan. Tidak terlupakan juga banyak bengkel dan seminar-seminar diadakan untuk ibu bapa menangani konflik dalam penjagaan anak-anak bagi membantu ibu bapa memainkan peranan sebaiknya dalam usaha memanusiakan anak-anak mereka.

Al-Quran sendiri memainkan tanggungjawab yang besar dalam mengingatkan ibu bapa tentang peranan mereka mendidik anak. Begitu juga peranan anak terhadap ibu bapa serta hubungan baik sesama manusia.

Saya tak berniat nak memberi ceramah kekeluargaan di sini, Sememangnya saya tak layak apatah lagi berpengalaman.Namun, apa yang terlintas di fikiran ketika kedua-dua pengalaman di posting, begitulah.. bagaimana kelak bayi-bayi ini setelah kelahiran, setelah dewasa..?

Persediaan mendidik anak bukanlah hanya bermula sejak isteri anda @ anda disahkan positif urine pregnancy test..tetapi sebelum itu lagi. Ketika anda memilih pasangan.malah sebelum itu lagi. Bagaimana anda mengimpikan ‘baitul muslim’(keluarga) tanpa adanya ‘muslim’ itu.. persediaan diri anda sendiri.

Bagaimana kefahaman anda terhadap Islam? Bagaimana pengambilan daripada Islam sebagai cara hidup, separuh atau sepenuhnya??

Jika masih belum mengerti..usah bermain dengan api.

Jika niat anda ingin ber’kahwin’ ,ber’cinta’ dan yang sewaktu dengannya tanpa kefahaman & persediaan , anda masih belum serius.

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

>> di kesempatan ini,ingin menghadiahkan penghargaan yang tak terhingga buat ummi& abah, yang telah mencorak kami adik beradik dengan corak terindah dan warna teristimewa di bawah lembayung petunjuk dan rahmatNya.. tiada kata setanding yang mampu dituturkan.. Jazakumullahu khairan jaza

>>untuk anda yang merancang untuk berkahwin, bersedialah..

>>kata-kata yang ditulis dengan italic telah diekstrak daripada page ini..bolehlah buat bacaan penuh jika berminat ;)


11 Oct 2009

dediKasi buat sahabat...

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama...

persahabatan itu indah andai dijalin ikhlas kerana Allah..




p/s: dedikasi keciL untuk saHabat yang dah BeSar


adik n kakak 21 hari...

selamat meyambut ulangtahun kelahiran ke 20..

moga kematangan umur selari dengan peningkatan iman..
salam sayang...

13 Sept 2009

Rindu....

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).


Fasa terakhir Ramadhan. Kemuncak pengharapan hamba pada Rabbnya, menyelak lembaran semalam, persoalan berlegar.. adakah Ramadhan ku kali ini akan menjadi lebih baik daripada dahulu? Adakah aku mendapat impak dari tarbiyah Ramadhan, adakah jiwa dan nafsuku terdidik oleh madrasah Ramadhan..

terlalu rindu, rindu yang sukar ditafsirkan puncanya. hati menangisi kegersangan jiwa. terimbau kenangan penghayatan ramadhan lalu..
5 tahun lalu.. setiap malam diisi dengan tadarrus, dalam kelas lagi. biarpunlah macam kanak-kanak, tapi indah. dengan pelbagai ragam dan pemikiran mampu duduk semeja mengalunkan ayat-ayat suci..
4 tahun lalu.. Ramadhan diisi dengan program pembangunan jiwa, mengimarah malam -malam sebaiknya,setiap hari diisi tazkirah membina
3 tahun lalu.. usrah dan halaqah menjadi penghias tak ketinggalan tadarrus harian, keindahan ukhwah tercipta , biar ada 'agenda dunia' yang penting kiranya semakin hampir. Dijinakkan dengan amalan qiam, bersama mereka..
2 tahun lalu.. Ramadhan di sudut berbeza, berwajah baru, impian baru, impak tarbiyyah berterusan.Qiam penuh semangat, didorong teman-teman sebilik yang tak kurang hebatnya, tadarrus bilik, tadarrus 'usrah',ta'lim, qatam Quran disertai terjemahan..
1 tahun lalu.. Awalan ramdhan ditarbiyyah terus dari Allah, penyaksian suasana sakaratulmaut secara langsung pada malam pertama Ramadhan menjadi penggera, kelak aku akan melaluinya, halaqah dan program ihya' ramadhan menjadi rutin, iftar jamaie pengerat ukhwah, qiammulail, tadarrus, penggerak dakwah, meriah bersama mereka yang lain..

dan tahun ini, terlalu rindu, rindu pada penghayatan semalam, rindu pada amalan dulu, rindu pada suasana terdahulu, rindu keluarga, rindu sahabat seperjuangan, rindu majlis ilmu, rindu program ihya' ramdhan,rindu alunan al-Quran imam tarawikh, rindu kesibukan kerja dakwah,rindu hati-hati yang bersama menagih rahmat ramdhan, rindu sahabat yang tidak pernah merungut kelelahan berpuasa, rindu sahabat yang mengingatkan..

di sini.. cuba mencipta suasana dalam kerinduan, cuba mengeratkan ukhwwah sesama, cuba menyelitkan tarbiyyah, segalanya kupohon padaMu ya Allah, engkau yang memegang hati-hati kami..jauhilah aku daripada kelekaan dan kealpaan..

Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya, ya Allah berikanlah kesempatan kepada kami di pengakhiran ini untuk lebih hampir denganMu..




...FASA TERAKHIR RAMADHAN...

perbanyakkan amalan bukan sekadar banyak makan
pertingkatkan tahajjud bukan sekadar tingkat buat biskut
perhiaskan al-lail dengan alunan al Quran bukan sekadar hias baju raya begemerlapan
perindah harian dengan zikir padaNya bukan sekadar 'indahnya hari raya'
pengharapan rahmat
pengharapan keampunan
pengharapan pembebasan daripada an-naar
pengharapan malam al-Qadar
salam kemaafan,,





10 May 2009

ummi...



selamat hari ibu.. ummi :)

UIA vs YENEPOYA


“ nanti nak sambung blaja kat UIA.. dekat ja, bi’ah terpelihara”

Ingatan sayup menyingkap sebuah impian sewaktu masih di alam persekolahan.Menidakkan tawaran yang lain dan meletakkan UIA-perubatan sebagai pilihan utama..dan ternyata Allah yang menetapkan setiap sesuatu,Tawaran yang diterima langsung tidak tertera nama UIA pada warkahnya.Tawaran asasi sains hayat-UM menyebabkan diri berada dalam dilema.Cuba memujuk hati yang sedikit kecewa.

‘Nak pak cik tolong buat rayuan untuk masuk UIA, pak cik ade kawan..’

Boleh saja nak meggunakan kesempatan ini, seperti orang mengantuk disorongkan bantal,namun akal sedar menidakkan.Wahai diri bersyukurlah.. persiapan untuk ke UM diteruskan jua walau hati tidak sepenuhnya menerima kenyataan yang perlu diterima. Macam orang frust bercinta dan disuruh kahwin dengan orang lain lagaknya..(betulkah?).

Dengan sibuk-sibuk membuat persiapan untuk ke UM, bingkisan tebal dari JPA menyinggah di rumah.,INDIA-PERUBATAN;, kembali dilema.tak terfikir pun nak sambung belajar di luar Negara, hanya sekadar seronok-seronok mengisi borang dan menghadiri temuduga.dah lah India pula tu, bayangan-bayangan filem hidustan menari-menari di ruang fikiran. Ramai, sesak, kotor, pistol,penjahat, gaduh..huh, bersikap pesimis.Hanya petunjuk Allah yang dimohon…

“berikut pelajar-pelajar yang akan ke YENEPOYA MEDICAL COLLEGE.. Mazni Mahirah..”

Tersentak. Tergamam.Terasa ingin men‘cuci mata’ seketika.Alhamdulillah. Otak tidak dapat mentafsir, di mana lokasi uni itu, macam tak pernah dengar je.apa perasaan sekarang? Seronok? Sedih? Takut? Macam bercampur baur, blank. Itu yang terbaik.

‘tahniah Mazni, awak dapat uni Islam tu’ bisik rakan di sebelah.Oh ye ke, tak perasan pula.

‘Yenepoya, they only request for muslim student’ tambah En Annizam. Oho, jadi benarlah ini dia universiti Islam yang diperkatakan duluUniversiti yang pernah menetap di sudut hati sewaktu a-level dahulu. Semenjak dua menjak ni, dah tak terfikir untuk mengharapkan kemasukan ke universiti tersebut.Hanya doa yang dipanjatkan, Ya Allah berikanlah tempat yang terbaik untukku..

************************************************************************************

Antara impian dan reality


Kehidupan tanpa impian dan cita-cita umpama perjalanan tanpa noktah, bagaikan pelayaran tidak berpelabuhan. Impian yang membentuk matlamat dalam kehidupan.Impian utama mengejar mardhatillah.Namun, impian hanya tinggal angan-angan jika tidak dituruti dengan usaha dan doa.

“kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir ummat ini kerana bersifat bakhildan banyak berangan-angan.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Hakikatnya berhadapan realiti tidak semudah melakar impian.Kadangkala jiwa merintih, tubuh lelah menerima aturan tuhan.Kerapkali sikap manusia mengingkari takdir yang ditetapkan.Yakinlah, Dialah yang Maha Penyayang dan Dia mempunyai aturan tersendiri yang pastinya terbaik untuk hambanya.


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

*************************************************************************************

Dan hikmahnya terembunyi,hanya dapat dilihat oleh mata yang melihat, hanya didengari telinga yang mendengar. Sameke kat uni di India dan malaysia..mesti x kan..huh, 'nanage gotilla'..




ni gambar yenepoya medical college (kalo x salah copy la..)



- post yang dh agak basi.. gara2 wireless cnction la ni.. huhu, alasan :)


12 Mar 2009

...spm2008...

"Keputusan SPM 2008, Seratas meningkat.. :)

13 cemerlang dgn semua A& 12 lagi cemerlang dengan semua A tanpa EST.."




berita yg masih panas lagi.. hanya sekadar coretan ringkas untuk adik-adik kesayangan...
TAHniAH atas kejayaan adik2..
bagi yg mendapat keputusan yg cemerlang, bersyukurlah dan moga kejayaan itu mendekatkan lagi adik2 dengan Allah,
dan bagi yang merasakan keputusan kurang cemerlang ingatlah bahawa ini yang terbaik untuk adik-adik2.. dan Allah lebih mengetahui..

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

[Al Baqarah: 216]

dan SPM bukanlah titik penamat utuk adik2 tetapi adalah titik permulaan untuk melangkah ke alam yang lebih dewasa..

all da best to all of you!!


( > br balik dari sekolah, dengan keriuhan dan kesibukan keadaan di sekolah tadi membuatkan memori bersama shbt sewaktu kanak2 mengambil keputusan dulu kembali bertamu..:) )

22 Jan 2009

CinTa PerTama?


kata orang cinta pertama itu yang paling sukar dilupakan.walau diri telah bertemu cinta baru yang menawarkan kebahagiaan dan keselesaan yang lebih namun cinta pertama tidak pernah lupus dari ingatan. kadangkala bayangannya sentiasa menjadi igauan harian.perlukah cinta yang kedua,ketiga keempat mencemburui cinta pertama? salahkah jika cinta pertama terus mengungguli carta kehidupan?Sungguh, dalam menyusuri kehidupan kerlipan cinta pertama tidak pernah sirna walau realitinya tidak mungkin dapat mengulang detik-detik manis tika itu.. Ya Allah moga CINTA PERTAMA ku ini terus mekar mewangi...

dalam kelapangan masa yang Allah bagi ni, menyempatkan diri menyelak album2 lama.Mengembali nostalgia di zaman kanak2( aiseyh.. sek men knk2 lg ke?). Lantas mata tertancap pada kepingan gambar yang meggetarkan jiwa.. rindu lama kembali mencengkam. tambahan pula dengan suasana hati yang dah lama x disuburkan dengan liqa' cinta (memandangkan tgh bercuti)..terasa ingin berkongsi saat diri dilamar cinta pertama...

duhai sahabat,
satu ketika dulu kita pernah sama2 menongkah arus deras di lautan sekolah. bukan hnya ancaman exam, study, beruk sahaja namun pada saat cinta kita berputik, Allah telah meninitipkan secangkir hidayahNya untuk kita lebih mengenali arR
abb, lebih menginsafi hakikat penciptaan yang bukan hanya sekadar suka2.. Sebagaimana Allah menyatakan dalam firmannya : ' telah aku ciptakan jin dan manusia untuk mengabdikan diri kepadaKu'..saat usia yang masih muda (bg kite la), kita sudah mampu memikirkan masalah-masalah ummah.. memberi refleksi atas kepincangan yang berlaku dalam dunia remaja hari ini.. teringat pengisian pertama.. iman.. iman adalah tonggak dalam kehidupan, jika hidup laksana pokok, iman adlah akarnya. jika hidup laksana tubuh, iman adalah tulangnya.. ( cikgu pesan kalo nk didik anak, terapkan iman dulu..ngee). Saat itu kite diperjelas matlamat kehidupan kita, dari mana kita datang, untuk apa kita diciptakan dan ke mana akan kita kembali.. kesemua itu telah mula mewarnai kehidupan kita. lebih memantapkan fikrah yang selama ini goyah dengan ancaman sekularisme..Bukannya x tahu semua itu, tapi mata hati buta, telinga jiwa tuli untuk melihat dan mendengar ayat2 Allah.. dan pada masa itu lahirlah istilah2 ghaflah, lagha, futur yg rupa2nya dah hampir2 menjadi pakaian hidup kita(astaghfirullah..)....
jika dinilai dengan minda berat sebelah ni, kita akan merasakan pengorbanan masa di medan ini sebagai suatu yang membebankan dan kadangkala terasa masa yang ada lebih baik dislurkan utk hal duniawi..( study?.. x itu ibadah jika niat kerana Allah..hehe).
Alhamdulillah.. dalam kepayahan mendaki tanggga kehidupan ni Allah menguatkan kita semua dengan ikatan ukhwah ini.. Dalam hati ini terasa sangat rindu pada hubungan yang didasarkan kerana Allah.. kita saling menegur, saling memberi semangat, tika bersuka sama gembira, tika berduka sama bersedih..membenarkan definisi sahabat iaitu cermin kepada sahabat.. REFLEKSI!!(wink2)dan dari situ lahirnya cinta... Cinta PerTama!!

cinta.. cinta yang mengangkat lagi keagungan cintaIlahi
cinta..cinta yang lebih merapatkan hamba dengan penciptanya
cinta..cinta yang mengikat hati yang bertemu dan berpisah keranaAllah

Ya, Allah aku rindu cinta ini..




duhai sahabat, hari ini kita telah terpisah. untuk mengejar cita2 masing..bertebaranlah kamu di muka bumi ini untuk melihat kekuasaan Allah.. dan sahabat, diri ini sngat menyayangi anda semua, mungkin malu nak menuturkan secara lisan..(hehe), tapi ketahuilah betapa ingin melihat anda semua berjaya di dunia ini, menjadi doktor,dkter gigi ahli farmasi, ahli biotek, cikgu fzk,engineer,layer,etc dan di akhirat pastinya..betapa ingin melihat anda sentiasa berada dalam tarbiyah..betapa gembira ingin mendengar hujah2 anda dlm menegakkan agama Allah.betapa ingin melihat anda masih terhijab daripada anasir2 hedonisme melampau.betapa masih ingin mengagumi anda yang tegas mempertahan maruah diri.dan semestinya sahabat agar Allah menempatkan kita dalam kalangan orang yang bertakwa.. sebab
'teman-teman karib pada hari itu (hari kiamat), saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa..' az-zukhruf ,43.

mungkin post ini ditujukan untuk sahabt cinta pertamaku itu khasnya dan sahabat2 sekalian amnya.. Moga Allah tempatkan kita bersama hamba2 yang dicintaiNya dan mengikat hati kita di atas siratNya...