29 Aug 2012

selamat kembali


Bismillahirahmanirrahim..

sudah terlalu lama tak menulis di sini. sangat. setahun ++, rasa kaku nak menaip, dengan rupa bentuk blogger yang agak berubah apatah lagi.. idea yang asalnya mencurah-curah pun agak malu-malu nak mengalir.. tup tap.satu-satu papan kekuci ditekan. sangat perlahan.keras.kaku. kenapa???

masa yang panjang...


"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah MASA YANG PANJANG atas mereka lalu hati mereka menjadi KERAS. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." al hadid; 16.

kredit

ya, masa yang panjang akan mengeraskan.
macam main masak-masak kan, bila agar -agar dipanaskan ia akan cair, dan bila dibiarkan lama... ia akan mengeras.
macam jambangan mawar kan, bila dibiarkan lama ia akan mengering dan keras.
macam kita bila belajar, bila buku diletakkan indah diatas rak dengan diselimuti habuk, maka akan terasa keras bila nak mula menghafal,
macam hubungan sesama insan, bila dah lama tak berhubung,maka akan kaku bila bertemu kembali.
macam 'orang yang dah lama tak update blog, bila ia dibiarkan bersawang, maka jari yang nak menaip pun akan menjadi keras '.huh.


apatah lagi HATI..
Hati yakni raja di dalam hati.Apabila hati tak diberikan hak hak nya, tidak dipenuhi tuntutannya, maka hati ini juga akan berubah menjadi keras.Hati yang keras akan hilang sensitivitinya terhadap kemungkaran yang berlaku di sekeliling, akan kurang keterujaannya untuk beribadah, akan semakin pudar kemanisan iman yang dirasai.
Natijahnya akan melahirkan manusia-manusia kaku yang hanya bergerak menyelusuri kitaran hidup normal tanpa iltizam untuk mencapai matlamat hidup, tanpa semangat & cita untuk menegakkan agamaNya.. mereka bagaikan  'zombi kampung boyan'...

“Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.”
(Al-muddathir:1-5)

BANGUNLAH DARIPADA KEREHATANMU..


Kerehatan yang panjang adalah 'pembunuh' seorang daie.

tulisan ini didedikasikan khas untuk diri saya sendiri.terima kasih. dan juga bagi mereka yang mengalami 'perjalanan hidup' yang hampir serupa..SELAMAT KEMBALI...

24 Jul 2011

motivasi ringkas

"dah siap homework?"
"sudah! alhamdulillah, dengan gembiranya.."
"abah nak bagitahu ni..."
"oh, patutlah abah telefon balik tengah-tengah malam sedangkan sejam tadi baru bergayut dengan ummi sambil tangan menyiapkan assingment.
nak bagitahu apa?"
"ayah pi sedang nazak..."

kenangan awal Ramadhan 3 tahun lalu, kembali menghiasai fikiran.Di saat malam 1 Ramadhan bermula di bilik kecil di hospital, malam itu Allah mengizinkan penyaksian sakaratul maut itu. Allah mengizinkan merasai getaran saat nyawa ditarik keluar dari jasad.Saat nafas terakhir dihembus, semua tertuduk, bersyukur dengan kalimah la ilahaillallah yang meniti di bibir arwah setelah lama bertarung di ambang ajal. Linangan air mata yang mengalir menyimpan pelbagai perasaan.

dan semalam, berita seumpama ini didatangkan kembali daripada Allah,di saat sedang menghitung hari menanti kedatangan Ramadhan. jauh di sudut hati terasa ingin bersama ahli keluarga di sana,untuk saling menguatkan.Namun Allah lebih tahu keberadaan yang terbaik untuk hambaNya.

MAUT itu bukan perosak gembira, perobek tawa, tapi adalah peringatan daripadaNya. Satu saat nanti, cepat atau lambat , kita pasti akan melaluinya. Yang diharapkan adalah penyudahan yang baik ',husnul khatimah'.
Sesiapa yang sentiasa mengingati maut akan berusaha yang paling baik untuk mencari redha Allah,setiap masa, kerana saatnya untuk diri dipanggil kembali menghadap Al Khaliq adalah rahsiaNya. Boleh jadi bulan depan, minggu depan, esok atau hari ini, selepas ini.

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim.
Dan tiada seorang pun yang dapat mengeta
hui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
31;31

Rugilah bagi mereka (diri sendiri terutama) yang tidak menjadikan peringatan yang berulang kali daripada Allah ini sebagai pengajaran untuk kembali mengkoreksi diri.

Cukuplah MAUT sebagai motivasi untuk beramal.Ya, seperti situasi yang sering dilalui, kita tahu tiket pulang ke kampung halaman adalah pada esok hari, pastinya sejak dari awal kita akan mula berkemas, memilih-milih buah tangan, dan boleh saja tidak tidur malam kerana terlalu teruja menanti saat itu.
Begitu juga seharusnya, persiapan kita untuk bertemu Allah malah perlu lebih hebat lagi, kerana kita tahu kita akan kembali cuma bezanya kita tak mengetahui saatnya bila.
Moga disaat masa itu kelak, tiada penyesalan bagi kita.

Ramadhan semakin hampir.Moga diberi kesempatan daripadaNya



"Grab the opportunity as the time is passing and we are getting very near to it"

31 May 2011

Him


"Truly in the heart there is a sadness that cannot be removed

except with the happiness of knowing Allah

and being true to Him.

And in it there is an emptiness that cannot be filled

except with love for Him and by turning to Him

and always remembering Him.

And if a person were given all of the world and what is in it,

it would not fill this emptiness."

(Ibn Al-Qayyim)