13 Jan 2016
Cahaya
24 Jul 2011
motivasi ringkas
"sudah! alhamdulillah, dengan gembiranya.."
"abah nak bagitahu ni..."
"oh, patutlah abah telefon balik tengah-tengah malam sedangkan sejam tadi baru bergayut dengan ummi sambil tangan menyiapkan assingment.
nak bagitahu apa?"
"ayah pi sedang nazak..."
dan semalam, berita seumpama ini didatangkan kembali daripada Allah,di saat sedang menghitung hari menanti kedatangan Ramadhan. jauh di sudut hati terasa ingin bersama ahli keluarga di sana,untuk saling menguatkan.Namun Allah lebih tahu keberadaan yang terbaik untuk hambaNya.
MAUT itu bukan perosak gembira, perobek tawa, tapi adalah peringatan daripadaNya. Satu saat nanti, cepat atau lambat , kita pasti akan melaluinya. Yang diharapkan adalah penyudahan yang baik ',husnul khatimah'.
Sesiapa yang sentiasa mengingati maut akan berusaha yang paling baik untuk mencari redha Allah,setiap masa, kerana saatnya untuk diri dipanggil kembali menghadap Al Khaliq adalah rahsiaNya. Boleh jadi bulan depan, minggu depan, esok atau hari ini, selepas ini.
Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim.
Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.31;31
Rugilah bagi mereka (diri sendiri terutama) yang tidak menjadikan peringatan yang berulang kali daripada Allah ini sebagai pengajaran untuk kembali mengkoreksi diri.
Cukuplah MAUT sebagai motivasi untuk beramal.Ya, seperti situasi yang sering dilalui, kita tahu tiket pulang ke kampung halaman adalah pada esok hari, pastinya sejak dari awal kita akan mula berkemas, memilih-milih buah tangan, dan boleh saja tidak tidur malam kerana terlalu teruja menanti saat itu.
Begitu juga seharusnya, persiapan kita untuk bertemu Allah malah perlu lebih hebat lagi, kerana kita tahu kita akan kembali cuma bezanya kita tak mengetahui saatnya bila.
Moga disaat masa itu kelak, tiada penyesalan bagi kita.
Ramadhan semakin hampir.Moga diberi kesempatan daripadaNya

28 Mar 2011
tour guide
I can explain you in details about this palace..
Y :how much should i pay you?
pak cik X:Rs 350
(haah! dah la nak masuk kena bayar Rs 200, x 3 dah 600, tempe bayar Rs 20 je sorang..mahal! ) =murmuring in BM so that he won't understand.
tapi NAK TAHU...
Y: Okay sir.Please show us the way.
mysore palace
"kalau kita tak ambil tour guide tadi, mesti kita tak tahu benda-benda kecil kat dalam istana tu tadi"
tambah ummi
"betul, tak perasan pun gambar 3D yang mengekori pandangan kita"
"oh, sangat betul, tak tahu pun dibuat daripada emas ke ape, semua nampak oren-oren ja. kalau masuk sendiri, sepuloh minit dah habis, pastu nanti bising-bising bayar mahal tapi tak dapat apa-apa.."-monolog saya sendirian yang masih 'terkejut' dengan harga tiket masuk tadi..
Apa yang tersentuhnya?
Kehadiran 'tour guide' membantu perjalanan, dia menunjukkan arah, dia menceritakan sejarah ,dia menerangkan maklumat secara terperinci & akhirnya kita peroleh sesuatu..Dalam kehidupan ini, sama juga seperti kita pergi merantau, kita pergi berziarah, melawat, melancong dan yang sama waktu dengannya yang mana kita tak tahu dengan jelas perihal tempat yang kita lawati..
Allah, tuhan yang mencipta kita tidak meninggalkan kita tanpa panduan untuk menyelusuri kehidupan yang misteri ini. Dibekalkan kita AL-QURAN agar kita tahu.. agar kita faham..
Pada Al quran itu.. ada tujuan kenapa kita diciptakan
| Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. 51:56 |
| Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".2;30 |
Pada Al Quran itu.. Allah ceritakan kenikmatan syurga dan kedahsyatan neraka
Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.2;25 |
Pada Al Quran itu.. Allah bongkarkan kisah-kisah manusia dulu
Dan itulah (kisah) kaum Ad yang mengingkari tanda-tanda kekuasaan Tuhan mereka, dan mendurhakai rasul-rasul Allah dan mereka menuruti perintah semua penguasa yang sewenang-wenang lagi menentang (kebenaran).11;59 |
Pada Al-Quran itu.. Allah ingatkan hambanya yang leka
| Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.59;19 |
Pada Al Quran itu.. Allah ajarkan cara berhubung dengan manusia
| Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.49.9 |
Pada Al Quran itu.. Allah ceritakan asal usul manusia, alam
| Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.23;12 |
Pada Al Quran itu ada banyak perkara yang tak tertulis di sini..
sedangkan sekecil-kecil perkara juga diajarkan Allah kepada kita..
(Pada Al Quran itu juga ada diajarkan cara membuat nasi lemak yang sedap;) -ada yang nak bagi ayatnya??)
Apatah lagi perkara-perkara besar yang Allah ingin ingatkan hamba yang dikasihiNya.
Al Quran it bukan hanya sebagai alunan untuk dipertandingkan , bukan hanya bacaan pelindung diri.. Tapi itu adalah Qalam Allah yang mengajar hambaNya bagaimana untuk menjalani hidup ini dengan baik. Al Quran itu adalah manual kehidupan kita.
Siapa yang lebih mengetahui tentang ciptaannya melainkan Penciptanya?
Hidup tanpa matlamat & panduan memandu ke arah kesesatan dan kita tak akan sedar dengan kenikmatan atau pengajaran yang Allah ingin sampaikan dalam perjalanan hidup ini.
Bacalah Al Quran..
Tadabburlah (baca dengan makna) agar kita faham apa yang Allah sampaikan..
Moga kita tidak sesat dalam perjalanan kehidupan ini tanpa merujuk panduan yang dikurniakan..
Moga Allah menjadikan diri kita sentiasa dekat dengan QalamNya..
Dialah yang Maha Mengetahui tentang keadaan hambaNya..
10 Jul 2010
ajaib
aduhai jiwa bersandiwara
menyatakan gagah pada gaya,
melafazkan perkasa pada bicara
dicelah lembaran tingkah, ada sangsinya
disebalik lantunan kata, penuh getarnya
Aduhai manusia lemah,
gagahnya kamu hanya dengan Islam,
perkasanya kamu hanya dengan Iman,
di saat mereka merusuh,kau mencari kekuatan
tika mereka gelisah kau memilih ketenangan
kerana 'ajaib'nya kamu orang beriman
tak lapuk dek ujian dan khianat
tak lekang dek pujian dan nikmat
jadikan anbiya' sebagai qudwah
tidak lemah dengan dugaan
tidak putus asa dengan cabaran
kepada ArRahman kasih dipadukan
samudera direntas , gunung ditawan
niat diperteguh tawakkal kepadaNya
usaha diperkukuh diiringi harapan dan doa
Dialah pemilik segalanya
tiada daya kekuatan melebihiNya
menang kamu aturanNya
kalah kamu ketentuanNya
ajaibnya kamu kerana Dia..
Ya Rabb...
1 day to go for the days with restlessness & tachy cardia
17 days to go for the day of independence & happiness
31 days to go for the month of maghfirah & rahmah
unexpected day for the day of 'ajal'
May Allah ease..
Insya Allah..
mereka bertanya tentang isra' mikraj..
benar, tiada dalil khusus yang menyabitkan berlakunya kejadian tersebut
pada 27 Rejab melainkan pendapat sebahagian ulama'
tiada dalil untuk ibadah khusus melainkan amalan2 sunnah di bulan Rejab
sebaliknya carilah ibrah di sebalik peristiwa..
kenali Al Aqsa
pelihara solat yang difardhukan
wallahualam..
24 Jun 2010
bukan hanya tradisi..

dalam kehidupan.Namun pelaksanaannya bukan semudah lafaz dan juga untuk melafazkannya tidaklah semudah yang disangka. Sudah menjadi tradisi bagi muslimah terutamanya, seusai menunaikan solat berjemaah di surau asrama/kolej untuk bersalaman, berlaga pipi dan menuturkan perkataan 'maaf'. saya belajar ini di KTT. Pernah di kolej saya (yenepoya), sewaktu waktu rehat tengah hari, kami (malaysians) mengerjakan solat zohor di kolej sahaja untuk menjimatkan masa, dan di kolej kami tidak menyediakan surau khas untuk solat cuma menyediakan ruang di belakang perpustakaan-wanita sahaja (untuk makluman, perpustakaan untuk lelaki dan perempuan tidak bercampur; lelaki bebas untuk solat di masjid atau di ruang itu,tetapi perempuan tidak dibenarkan masuk masjid..) . Maka , kami mengerjakan solat zohor secara berjemaah dan pelajar tempatan menyertai kami.Setelah selesai solat, kami berzikir ringkas sendirian dan berdoa bersama-sama. (perkara ini pelik bagi mereka-sy x sentuh mengenai bid'ah etc..) dan kemudian kami bersalaman /berpelukan sesama kami. .(ini menambahkan kepelikan mereka) 'whats this??' 'oho, this is just our tradition , after jama'ah we ask forgiveness among ourselves. we always say 'Maaf'' 'o really, very nice ha..., dan kami turut bersalaman bersama dan menuturkan 'sorry' atau 'maf' (yang memberi makna yang sama dalam bahasa Hindi) MasyaAllah.. betapa mereka mengagumi amalan yang sering kita lakukan. Namun, amalan ini hanya menjadi tradisi jika tiada penghayatan. Sewaktu kita menuturkan maaf itu adakah seiiring dengan hati kita yang mengharapkan kemaafan, kerana kita tahu dosa antara manusia perlu diselesaikan sesama manusia itu sendiri? dan sewaktu kita mendengar ucapan maaf yang lalu kita menganggukkan kepala atau tersenyum itu, adakah hati kita benar-benar memaafkan? jika ya, mengapa masih ada rasa hasad dan benci setelah bersalaman? Jika benar, mengapa masih ada sengketa setelah bermaafan? Kebanyakan daripada kita hanya sekadar menuturkannya dengan lidah namun tidak disertai keikhlasan daripada hati.. Yang nyata, amalan itu hanya akan kekal sebagai tradisi yang tidak membina.. ha , lagi satu,amalan meminta maaf sebelum peperiksaan. Ini juga hanya akan menjadi budaya jika tidak lahir daripada hati yang tulus dan diiringi doa bersamanya. ini saya belajar di SERATAS-(restu ilmu, salam ukhwah..) Justeru, insyaAllah , sama-sama kita manfaatkan peluang yang ada untuk saling bermaafan, Maaf bukan hanya sekadar mainan bibir.. Tanpa 'kemaafan' boleh memisahkan dua jiwa yang asalnya bersatu Dengan 'kemaafan' boleh memadamkan api yang marak menyala.. Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh |
*dah dua post berturut-turut mengimbau SERATAS dan KTT, tanda-tanda besar ni..
*buat sahabat yang sedang dan akan menduduki peperiksaan, selamat berjuang, maa taufiq wannajah..
*buat famili dan sahabat, doakanlah saya..moga ukhwah kita kekal utuh pada jalanNya..
17 Feb 2010
"1/2 markah sebagai markah kejujuran.."
ye murid-murid,markah lulus adalah 50"
'cikgu.. ni ada silap kira ni.saya tambah-tambah sepatutunya dapat 49 tapi cikgu tulis 50'
"hah..(sambil mengangkat kening sebelah..)"
"tunggu sekejap, kami kena ambil gambar kamu ni(dengan nada berseloroh)"
"nak nama kamu dipamerkan pada papan kenyataan ke?(tertawa kecil lagi)"
'aku sedang berjenaka kah? atau wajahku persis badut berhidung merah bengkak tersenyum lebar..cheese ke??
sedangkan jiwaku bergelora ni.. nak menyatakan kebenaran sedangkan realitinya terlalu pahit..
soal LULUS atau GAGAL ni..bukan maen-maen
(walau bukan soal hidup atau mati...)'
"sekejap cikgu bincang dengan ketua panitia dulu.."
"eh, ada jga pelajar yang nak minta potong markah ni? (kali ini keningnya di double jerk kan)
kawan-kawan kamu sibuk merayu minta markah.
erm, baiklah kami potong balik satu markah tu, tapi effect 'status' markah nye kan..
hmm.. baik. kami bagi kamu 1/2 markah.. maka, markah akhir anda tidak berubah.
ya, 1/2 markah sebagai markah kejujuran.. "
****************
sekadar gambar hiasan..Sudah menjadi lumrah, 'peperiksaan' atau nama manjanya EXAM telah menjadi nightmare dan bebanan dalam diari hidup pelajar. tak sempat nak update bloglah, tak sempat nak pergi usrah, tak sempat nak keluar beriadah, tak sempat bace Quran etc.. semua sebab exam..
Tak kurang juga, apabila musim keputusan exam dikeluarkan.Jantung senantiasa berdegup kencang,dah hilang ritma-ritma normal.kerisauan memanjang.Cuak.penjelasan mudah.
Keputusan itu menjadi titik tolak pada perjalanan pembelajaran kita seterusnya, dan juga menjadi tanda aras melihat kembali sejauh mana usaha telah ditumpahkan..
Ada yang berjaya, ada yang tidak. Di sini pelabagai hikamah yang diperoleh.Ayat-ayat Allah yang selalu diulang :
urah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
persoalan 2 : salahkah bersikap jujur?
jika meniru sewaktu exam, salahkah? budaya itu tidak asing lagi di serata dunia..tak salah kot bisik-bisik sikit.
bab kira markah, kalau dah tersilap kira tu, bukan salah kita. rezeki namanya.dapat markah lebih.pejam mate ja. tapi kalau markah terkurang, walau 0.25..ooh, pastinya diusung kertas ke sana-kemari. takpun sengaja di'cantek'kan sikit ,markahnya.kenapa begitu?
Di mana harus diletakkan sifat jujur itu..
Jadi...
Dan kembali menghisab diri... di manakah erti 'peperiksaan' itu.. sewajarnya dengan ujian ini, diri semakin hampir dengan pencipta..DIA yang maha mengatur setiap sesuatu
di manakah perlu disemai sifat kejujuran..bukankah amanah itu dituntut dalam kehidupan.. amanah yang membawa kepada peribadi unggul..
refleksi...
belajar kamu kerana apa? kamu hidup kerana siapa?????
>>refleksi daripada kejadian2 yang berlaku di sekeliling..
bagi kawan2 yang nak exam.. ganbatte!! chennagi oodi bare:)
bagi kawan2 yang sudah dapat result..moga peroleh keputusan yang terbaik untukmu
berusahalah....
bukanlah dilihat pada hasilnya yang gah, namun dinilai usaha yang padu..
26 Jan 2010
masih...
1,2,3 Preett!!!...
Kakiku mula melangkah.Ya melihat destinasi di sana. Ooh bercahaya-cahaya medal kemenangan. Tubuh dilonjakkan ke hadapan, ayunan kaki diperkemas, badan diringankan.
Peluh menitik membasahi wajah, nafas mulai turun naik, di hadapan ade halangan.. bersedia untuk melompat, Ya!lompakan menjadi, palang tidak terjatuh. Suara-suara sorakan disekeliling menggamat kan suasana. Aku pasti menang.
Larian semakin pantas, tolehan dibuat kebelakang, rakan-rakan semakin mendekati. Rakan atau saingan? Ahh.. biarkan, yang penting aku akan ke penamat.Ada yang terjatuh di belakang.. Patah balik?? Oh, aku perlu ke depan.
Selekoh tajam!! Pusingan maut dibuat , derap kaki diperkukuh mengurangkan kesan trek yang licin, mungkin saja terjelepuk seperti mereka yang lain. Lihat kemenangan semakin bersinar-sinar pada pandangan.
Larian masih diteruskan, namun hari semakin gelap..Lampu-lampu tidak kelihatan di tepi-tepi trek ini.Nafas makin tercungap.Pandangan semakin kelam.Ooh, silauan cahaya di belakang menggangu penglihatan,Cahaya itu semakin dekat dan... melepasiku.Rakanku bersama obornya menyaingiku..
Aku sudah keletihan, tekanan oksigen semakin rendah, ditambah pula suasana yang gelap, aku menumpang serakan kecil cahaya rakanku tadi..dia semakin jauh.. pandangan semakin gelap.
Aduh!!, batu besar ini berjaya menghumbanku terbaring di atas trek.. Aku cuba bangun, tidak berdaya. Aku terlalu penat.Asid Lactic berkumpul pada sendi-sendi tubuhku. Tiada lagi cahaya, meskipun dari sinar rembulan.
Aku sudah tidak berdaya, tidak mampu mengharungi malam tanpa cahaya walau ku rasa aku semakin menghampiri garisan penamat, mengapa aku tidak membawa oborku.Aku mengalah.. aku kepenatan.Ku kira larianku telah jauh.ya, cukuplah.. aku ingin menutup mata barang seketika,mengembalikan kekuatan, ku harap meneruskan larian ku pabila cahaya menyinari..
Aku membuka mata..
Cahaya menyimbahi muka..
ooh.. aku masih di sini..
masih di petak permulaan..
teman masih lagi memanaskan badan..
obor dicari agar pelarian tidak gelap..
aku masih belum mula berlari..
aku masih belum mula berlari..
sedari tadi aku masih di sini...
29 Dec 2009
selalu lupa..
orang kata, bila banyak makan 'maggi' @ MSG pun kita jadi pelupa..
jadi kita perlu ambil makan tambahan .. yeay!.madu..habbatus sauda.. examo:)
MANUSIA SELALU LUPA...
KEMATIAN ITU PASTI, KEMATIAN ITU BOLEH MENEMUI KITA BILA- BILA..
manusia mudah lupa...
Perjalanan ke destinasi daripada Mangalore, mengambil masa 5 jam.Tahu2 sajela 5 jam di dalam bas yang bagaikan 'roller coaster' itu , bagaimana impaknya.sebaik saja tiba ditempat yang dituju,sesi mencari dan berdiskusi dengan agen pelancongan diadakan. mane taknya, hotel yang sudah siap ditempah seblum bertolak ,tiba-tiba mengatakan 'fully booked'..itulah 'janji mereka'..Tapi susunan Allah itu lebih indah, berbekal tawakkal padaNya, kami memperoleh bilik yang jauh lebih baik daripada hotel yang ditempah sebelum ini, (bukan hotel pun-rumah tumpangan:) ) Seusai hal-hal'urusniaga' kami ditempatkan pada sebuah 'homestay' yang jauh dari kesesakan bandar, jauh daripada rumah-rumah, pada kawasan sawah padi yang telah dituai. Alhamdulillah, keindahan alam ciptaan Allah ini benar-benar dirasai. Suasana sejuk mendamaikan, setelah 2 bulan berada di Mangalore yang panas terik pada ketika ini.Memandangkan hari telah lewat,pada malam itu kai hanya berhibernate di dalam bilik, tiada tempat untuk dijelajahi, terlalu jauh dari pekan. Esok bermula pengembaraan
Pagi yang cerah, dimulai dengan jemaah subuh dan sedikit tazkirah. "Hayati Al-quran , Jiwai amalan".Kedinginan pagi menusuk ke tulang putih (hiperbola!!) Kembara dimulakan dengan merentasi sungai ke 'Elepahant Camp'(dengan boat lah),melawat Bamboo Island-di sana ada gajah, deer land, ke Golden Temple, (tak tahu nak describe, saya malas nak masuk, tertarik pada kedai-kedai di hadapannya:) hee). Tidak banyak tempat yang dilawati memadangkan masa yang terhad..takpe2.. walau agak kecewa tidak sempat ke air tejun di sana.
pemandangan dari dalam bas
Perjalanan balik ke stesen. Masing-masing dah tersengguk-sengguk setelah penat seharian.Sunyi sahaja van berbeza dengan suasana di awalnya yang kecoh-kecoh berebut kerepek pisang.Exhausted!.Namun keheningan senja itu dikejutkan dengan panggilan yang diterima oleh seorang sahabat. Panggilah daripada rakan (wrganegara India) melaporkan berita yang H.O.D (Head of Department) of Anatomy telah meninggalkan dunia ini. Kami terkejut bukan kepalang, Terasa baru saja semalam, beliau menyemak buku record histology kami yang mana banyak salahnye(mase tu agak tension.. :0), terasa bagaikan semalam kami perlu berdiri selama sejam untuk mendengar ulas ajar di dalam kelas, terasa baru semalam kami tersengguk-sengguk di dalam kelas yang diajarnya, suaranya bemain-main di telinga,lagak dan gayanya terbayang-bayang di mata. Berpewatakan tegas adalah sinonim dengan dirinya.
'patutlah hari khamis (24hb) dia senyap je masa dissection, tak bising2 pun...' kata-kata yang lahir dalam minda kami tika itu..
Perginya dia bersama isterinya disebabkan kemalangan jalan raya.Mayatnya disempurnakan dengan cara Hindu mungkin, (saya tak pasti ikutannya yang sebenar)Penutupan perjalanan kami benar-benar mengetuk jiwa, tidak kurang juga ada sahabat yang kerisauan untuk meneruskan perjalanan pulang ke Mangalore menaiki bas pada malam itu..
refleksi:
Manusia terlalu sibuk dalam urusan dunia.Sekejap menjarakkan diri dari keriuhan bandar mendekatkan diri dengan pencipta.Kadangkala kita terlupa kematian itu semakin hampir, padahal mereka yang bijak adalah yang sentiasa mengingati mati.
mengingati mati, bukan bererti menundukkan terus diri, langsung tidak terlibat dengan dunia namun dengan mengingati mati jiwa akan lebih kental, hidup lebih bersemangat, ibadah lebih dihayati. kerana kita yakin akan kehidupan selepas kematian itu.
Kematiaan itu boleh menjemput kita bila-bila, mungkin hari ini, esok, tengah tidur, tengah makan, tengah tengok movie...
andai Izrail datang tika kita leka, tika kita lagha, rugilah kita. Muhasabah diri, pasungkan hati dengan Allah..
Beibadahlah kamu seperti akan mati esok hari, Bekerjalah kamu seperti akan hidup seribu tahun lagi..
Beringatlah kematian itu pasti.....
6 Nov 2009
adek & puteri I: melakar Mimpi InDah..

"kak puteri.. adek nak mimpi kawen ngan putera raja.."
'e eh adek ni, kenapa tibatiba berangan jauh ni?'
"semalam adek tertidur lame... bile adek bangun adek rase pelik, adek rase nak nangis. tak tahu kenapa. adek tak ingat pun mimpi-mimpi adek, tapi adek tak la rase adek melalui mimpi buruk.. tak tahu kenapa, bangun-bangun rase sedih..'
"oh, mcm tu ke dek, adek tidur tak bace doa ye??'
'hehe..;)'
dulu kak puteri ingat pernah alami satu mimpi tu, mase awal2 mimpi mcm penat sangat.. kena kejar, lari jauh-jauh, terjatuh dalam lubanglah, tergolek-golek, menangis pun ade, tiba2 kene pukul dan macam-macam lagi.. tai di penghujung tidur, kak puteri sempat tersenyum, tiba -tiba bangun pun tersengeh jugak, hee'
owh..
'jadi x semestinya bila mimpi kawen dengan putera raja je yg boleh buat kita bangun dalam keadaan gembira..'
'hee.. tapi sy pelik, mimpi yang x terisi pun boleh effect pada kehidupan selepas bangun..'
ye la dik, sebab tu sebelum tidur perlu minta perlindungan daripada Allah..
ok kak sy pergi dulu...
eh nak pergi mane?bukanke dah nk siap nak pergi sekolah ni?
tak boleh lagila kak.. nak kene pergi dptkan mimpi indah dulu, nak bngun tidur dalam senyuman. barulah man damai.tak dapat real prince charming, 'frog prince' pun oklah kak.. ok kak, oyasuminasai!!!
(terpinga dan tercengang)-salah mendidikkah aku??
"Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur(mimpi), bila mati baru mereka terjaga(tersedar)"
Saidina Ali k.w
Kehidupan di alam maya ini hanyalah bagaikan mimpi bagi manusia.Dunia ini hanyalah permainan. Kehidupan di akhirat nanti adalah kehidupan yang sebenar..
Hidup ini bukan sekadar melakar mimpi indah.. yang diharapkan bangunnya nanti jiwa dan tubuh tidak terseksa..
3 Nov 2009
erti kasih sayang..
agar subur rimbunan di hati
Jika rindu, katakan rindu
agar terubat esak di qalbu
Jari meniti butir penggerak
menghirup udara secangkir nafas
meneguk lelah dan kelekaan
cuba mengerti pesona maya
Riwayat at-Tabrani
Alhamdulillah setelah 3 purnama(aish) berada di perantauan, dengan izin Allah akhirnya kami dapat mengadakan 'lawatan sambil belajar' di bumi India, sungguh pun tempat yg dituju bukanlah tempat yg terlalu asing bg kami memandangkan lapangan terbang antarabangsa berada di daerah itu, namun inilah kali pertama, keluar dengan tujuan 'melancong!'
Bangalore, India-----28 oktober 2009-1 November 2009
lebih banyak gambar & laporan, insya Allah;
http://drmahirah.blogspot.com
terima kasih atas 'birthday prank'dr tempe,
terima kasih atas rantai 'ungu'
terima kasih untuk cokelat kesukaan (terharu yg sgt..)
terima kasih cd itu,
terima kasih mawar indah,
yang paling terkesan.. terima kasih untuk bingkisan pd cover cd..
sy juga merindui kalian, usrah kita, jemaah kita,ziarah kita, riadah kita,
ya sahabat.. tarbiyyah itu berada di mana-mana,
pohonlah pada Allah agar dikurniakan hati yang tetap teguh pd jalanNya..
sya suka ini...
"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan dibibir. Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya." - Imam Ghazali
5 Feb 2009
minda tepu emosi terganggu>>
al-Najm, ayat 43
saat malam menjengah, muhasabah diri menghitung amalan, apakah jika saat ini neraca mizan dipaparkan, adakah berat pahala yang lebih atau dosa yang mengungguli.adkah keseimbangannya setara? akal justeru tak dapat mentafsir atas sebab hijab yang terbina. di situ letaknya hikmah mengapa 'amal tidak menjadi pameran, jika tidak amalan yang dilakukan kering keikhlasannya.. mata pedih, hati tercengkam mendengar bait2 puitis lagu rindu pada rasulullah s.a.w . malu rasanya menyatakan cinta pada dia, sedangkan sunnah dan hadith masih jauh dari ikutan. jiwa meratap sayu, melihat dada akhbar yang tak putus mempamerkan kekejaman zionis, kesengsaraan ummah,kerakusan nafsu politik, kegilaan kuasa dan pangkat, keseronokan jiwa hiburan,kelangsungan tipu daya. nah, mangsanya bagaimana status Islam? pada diri, masyarakat, negara, dunia?
pelbagai konflik.. diri,keluarga,masyarakat,ummah,sahabat,negeri,negara,global...

menutupi tabir malam, tugas digalas, tanggungjawab dipikul, minda tepu emosi terganggu, sentuhan berbicara walau nampak celaru.
26 Jan 2009
Sesat???

sekadar peringatan untuk diri dan diri anda agar tidak termasuk dalam kalangan orang yang tersesat, atau yang tidak ketemui jalan kembali saat telah merasakan diri jauh dari pasak yang sebenar atau yang langsung tidak menyedari ke'sesat'annya...
(Al-A’raf: 34)
“Dan mohon ampunlah (beristighfar) kamu kepada tuhanmu kemudian bertaubatlah kamu kepadaNya, nescaya Dia akan memberi kamu kesenangan yang baik sehingga sampai ajalmu”
(Hud: 3).
12 Jan 2009
HEBAT atau dipandang HEBAT
aku ingin menggapai bintang
aku ingin mendasari lautan
aku ingin menongkah awan
aku ingin membongkar rusuk tubuh
aku ingin melebarkan sayap dakwah
aku ingin menjadi seperti dia...
kenapa aku?
adakah aku ingin.. kerana aku ingin?
aku ingin dinobatkan angkasawan tersohor?
atau aku ingin menjulang gelaran penyelam terbaik?
atau aku ingin disanjungi laksana avicenna?
atau aku ingin menempa ketokohan al-Banna?
kenapa aku?
tidak menundukkan hati hanya pada al-Khaliq
kenapa aku?
masih memikirkan keuntungan dunia
tidakkah nyata betapa hinanya menggarap laba dunia dengan memperdagang akhirat
kualiti ini yang menjadikan ummah laksana buih lautan
banyak tetapi lemah..
mampu berfikir tetapi enggan zikir..
ingin dipandang hebat bukan menjadi hebat...
"Itulah orang-orang yang membeli
kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat ".
Q.S.Al-Ba qarah:86.
"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan
dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan
sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal ...
Q.S.Al-Mukmin:39.



