17 Feb 2010

"1/2 markah sebagai markah kejujuran.."


"baik murid-murid, sila ambil kertas peperiksaan anda semua.kira balik markahnya, dan jika ada sebarang kesilapan boleh rujuk kepada guru-guru berkenaan yang menyemak kertas anda.
ye murid-murid,markah lulus adalah 50"

'cikgu.. ni ada silap kira ni.saya tambah-tambah sepatutunya dapat 49 tapi cikgu tulis 50'

"hah..(sambil mengangkat kening sebelah..)"

"tunggu sekejap, kami kena ambil gambar kamu ni(dengan nada berseloroh)"

"nak nama kamu dipamerkan pada papan kenyataan ke?(tertawa kecil lagi)"

'aku sedang berjenaka kah? atau wajahku persis badut berhidung merah bengkak tersenyum lebar..cheese ke??
sedangkan jiwaku bergelora ni.. nak menyatakan kebenaran sedangkan realitinya terlalu pahit..
soal LULUS atau GAGAL ni..bukan maen-maen
(walau bukan soal hidup atau mati...)'


"sekejap cikgu bincang dengan ketua panitia dulu.."

"eh, ada jga pelajar yang nak minta potong markah ni? (kali ini keningnya di double jerk kan)
kawan-kawan kamu sibuk merayu minta markah.
erm, baiklah kami potong balik satu markah tu, tapi effect 'status' markah nye kan..
hmm.. baik. kami bagi kamu 1/2 markah.. maka, markah akhir anda tidak berubah.
ya, 1/2 markah sebagai markah kejujuran.. "

****************
sekadar gambar hiasan..


persoalan 1 :apa yang dicari dalam peperiksaan?

Sudah menjadi lumrah, 'peperiksaan' atau nama manjanya EXAM telah menjadi nightmare dan bebanan dalam diari hidup pelajar. tak sempat nak update bloglah, tak sempat nak pergi usrah, tak sempat nak keluar beriadah, tak sempat bace Quran etc.. semua sebab exam..
Tak kurang juga, apabila musim keputusan exam dikeluarkan.Jantung senantiasa berdegup kencang,dah hilang ritma-ritma normal.kerisauan memanjang.Cuak.penjelasan mudah.
Keputusan itu menjadi titik tolak pada perjalanan pembelajaran kita seterusnya, dan juga menjadi tanda aras melihat kembali sejauh mana usaha telah ditumpahkan..
Ada yang berjaya, ada yang tidak. Di sini pelabagai hikamah yang diperoleh.Ayat-ayat Allah yang selalu diulang :

urah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


persoalan 2 : salahkah bersikap jujur?

jika meniru sewaktu exam, salahkah? budaya itu tidak asing lagi di serata dunia..tak salah kot bisik-bisik sikit.
bab kira markah, kalau dah tersilap kira tu, bukan salah kita. rezeki namanya.dapat markah lebih.pejam mate ja. tapi kalau markah terkurang, walau 0.25..ooh, pastinya diusung kertas ke sana-kemari. takpun sengaja di'cantek'kan sikit ,markahnya.kenapa begitu?
Di mana harus diletakkan sifat jujur itu..


Jadi...
Dan kembali menghisab diri... di manakah erti 'peperiksaan' itu.. sewajarnya dengan ujian ini, diri semakin hampir dengan pencipta..DIA yang maha mengatur setiap sesuatu
di manakah perlu disemai sifat kejujuran..bukankah amanah itu dituntut dalam kehidupan.. amanah yang membawa kepada peribadi unggul..

refleksi...
belajar kamu kerana apa? kamu hidup kerana siapa?????


>>refleksi daripada kejadian2 yang berlaku di sekeliling..
bagi kawan2 yang nak exam.. ganbatte!! chennagi oodi bare:)
bagi kawan2 yang sudah dapat result..moga peroleh keputusan yang terbaik untukmu

berusahalah....
bukanlah dilihat pada hasilnya yang gah, namun dinilai usaha yang padu..




2 comments:

  1. mazni..

    saya besikap jujur dalam pekse hari ni

    tapi malang sekali saya kena tolak dua markah lagi.

    ReplyDelete
  2. nawa.. oh kenaper??

    anda telah berlaku jujur-hnya Allah yg maha mgtahui dan Dia yang maha adil. Allah x bgi 'nikmat' sekarang, i'Allah ade kat 'sane' nanti :)

    jange sedih nawwar..(perasan tak, dg izin Allah 2 markah tu kene tolak sekarang..tapi mrkah selebihnye tu sape yg bagi??;) )
    -- ni nk pujuk sye sendiri nih yg markah x byk maner.. huhu ^^sakit.. sakit rumah...^^

    ReplyDelete