26 Jan 2009

Sesat???

bayangkan jika kereta yang dipandu kehilangan arah dari hala tuju yang sebenar.. mungkin hanya terlajak sedikit, terlepas masuk lorong yang sepatutnya walau plan ade di tangan,.. cuai. bagaimana tragis pula lorong yang tersalah masuk tu jalannya berliku semak samun, sunyi, tapi ade pembahagi jalan yang konkrit, lagi pula jalan tu panjang sangat, tak kelihatan pula signboard u-turn dipamerkan, tak tahu macam mana nak berpatah balik.. itupun sedar tersilap lorong apabila kereta yang dipandu tersengguk-sengguk macam kehabisan minyak,.. baru sedar dah tersesat.. sedih pula lagi kereta ni macam dah tak mampu nak terus kan perjalanan, minuman petrolnya dah hampir kering, tak ade pula lemak2 tersimpan atau protein untuk dijadikan sumber tenaga alternatif.. runsing2 dah tak lama ni.. sangat mengharukan lagi hari dah malam.. perjalanan makin sukar.. boleh saja tersadai di jalanan ni tak berapa lama lagi, perjalanan solo pulak tu.. kenapa tidak ade orang lalu-lalang?? akhirnya, enjin kereta senyap je... roda-roda mula bergerak perlahan.. makin tersengguk kereta, dasyatnya mengalahkan orang yang mengantuk dalam kelas.. akhirnya berhenti..HENTI.. enjin dah x hidup..malam gelap.. jalan sunyi.. akhirnya isytihar sebagai "pemandu yang terkandas".. hanya kerana tersesat....


bayangkan pula ye, bagaimana keadaan kita jika terkandas daripada hala tuju yang sebenar dalam kehidupan kita, sedangkan pada tangan kita dah ada petunjuk yang benar.. Al-Quran dan as-sunnah yang lengkap dengan panduan, namun kita masih tersasar. Betapa tragisnya lagi dalam haluan yang kita lalui itu kelihatan begitu indah bagi kita dan kita sangat meyakini dengan pilihan kita..namun akhirnya kita tersedar kita tersalah langkah saat perjalanan sudah terlalu jauh dan seolah-olah kita tak nak nampak jalan untuk berpatah balik..tambah sedih dan malang sekiranya kita langsung tak ketemui jalan berpatah balik itu sebelum hidup kita berakhir.. sebelum nyawa berada di halkum.. sebelum ajal datang menjemput...

sekadar peringatan untuk diri dan diri anda agar tidak termasuk dalam kalangan orang yang tersesat, atau yang tidak ketemui jalan kembali saat telah merasakan diri jauh dari pasak yang sebenar atau yang langsung tidak menyedari ke'sesat'annya...


Firman Allah swt: “Bagi tiap-tiap ummat itu ada ajalnya, apabila datang ajal mereka itu, mereka tidak akan dapat melambatkannya dan tidak pula dapat mempercepatkannya walau sesaat jua pun”
(Al-A’raf: 34)

“Dan mohon ampunlah (beristighfar) kamu kepada tuhanmu kemudian bertaubatlah kamu kepadaNya, nescaya Dia akan memberi kamu kesenangan yang baik sehingga sampai ajalmu”
(Hud: 3).

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).

No comments:

Post a Comment