12 Jan 2009

HEBAT atau dipandang HEBAT

aku ingin..
aku ingin menggapai bintang
aku ingin mendasari lautan
aku ingin menongkah awan
aku ingin membongkar rusuk tubuh
aku ingin melebarkan sayap dakwah
aku ingin menjadi seperti dia...
kenapa aku?
adakah aku ingin.. kerana aku ingin?
aku ingin dinobatkan angkasawan tersohor?
atau aku ingin menjulang gelaran penyelam terbaik?
atau aku ingin disanjungi laksana avicenna?
atau aku ingin menempa ketokohan al-Banna?
kenapa aku?
tidak menundukkan hati hanya pada al-Khaliq
kenapa aku?
masih memikirkan keuntungan dunia
tidakkah nyata betapa hinanya menggarap laba dunia dengan memperdagang akhirat
kualiti ini yang menjadikan ummah laksana buih lautan
banyak tetapi lemah..
mampu berfikir tetapi enggan zikir..
ingin dipandang hebat bukan menjadi hebat...



"Itulah orang-orang yang membeli
kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat ".
Q.S.Al-Ba qarah:86.

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan
dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan
sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal ...
Q.S.Al-Mukmin:39.

1 comment:

  1. isk.rasulullah saw pun dah cakap-nilaian dunia lebih hina lagi daripada bangkai di tepi jalan...

    mungkin kita tak perasan, tp bimbang bila ternyata di akhirat kelak tentang btapa dunia itu sgt tidak mbantu utk kbhagian akhirat kita, time kita akan menyesal...

    ReplyDelete