5 Feb 2009

minda tepu emosi terganggu>>

Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,
al-Najm, ayat 43

saat malam menjengah, muhasabah diri menghitung amalan, apakah jika saat ini neraca mizan dipaparkan, adakah berat pahala yang lebih atau dosa yang mengungguli.adkah keseimbangannya setara? akal justeru tak dapat mentafsir atas sebab hijab yang terbina. di situ letaknya hikmah mengapa 'amal tidak menjadi pameran, jika tidak amalan yang dilakukan kering keikhlasannya.. mata pedih, hati tercengkam mendengar bait2 puitis lagu rindu pada rasulullah s.a.w . malu rasanya menyatakan cinta pada dia, sedangkan sunnah dan hadith masih jauh dari ikutan. jiwa meratap sayu, melihat dada akhbar yang tak putus mempamerkan kekejaman zionis, kesengsaraan ummah,kerakusan nafsu politik, kegilaan kuasa dan pangkat, keseronokan jiwa hiburan,kelangsungan tipu daya. nah, mangsanya bagaimana status Islam? pada diri, masyarakat, negara, dunia?
pelbagai kon
flik.. diri,keluarga,masyarakat,ummah,sahabat,negeri,negara,global...



menutupi tabir malam, tugas digalas, tanggungjawab dipikul, minda tepu emosi terganggu, sentuhan berbicara walau nampak celaru.

3 comments:

  1. salam ya naqibah,,
    huh,,begitu bercelaru nampak..mungkin ada hikmahnya smua itu..

    Semua kejadiaan itu
    Sekalipun menimpakan PENDERITAANnya padamu
    ia pulalah yang akan merasakan kepadamu
    KENIKMATANNYA,,

    Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah..

    berbaik sangkalah selalu kepada Allah, bertaqwalah kepadaNya, mohonlah kepadaNya dan nantikan lah jalan keluar dariNya dengan sabar.

    ReplyDelete
  2. salam kak mazni..
    post ni sdey...
    hurm..sy naughty ek??napa??
    ponteng prep??nrmal..una n ela pn sm ja..
    diorang yg ajk sy.. :)
    sy xwtpa..cm pk nk amk ap t..
    msh keliru n dlm dilema..hurm..

    ReplyDelete
  3. salam mazni...dah lme tak dgr cerita...ape khabar??

    ReplyDelete