26 Feb 2009

satu kehilangan & Sebuah pertemuan..

HiLang...

''ummi, mane mane dia bende tu? adik x jumpe pun. dah la sayang sangat, baru je beli.. takkan salah letak kot, rasenye x letak merata... macam mane ni mi?.."



saat kehilangan sebutir harta di dunia ini, kadangkala jiwa kita terasa perit, minda jadi runsing tak lepas dari memikirkan destinasi terakhir harta itu..kadangkala keadaan mampu menjadi lebih berserabut dengan sepahan yg dilakukan atas usaha 'mencari'. namun apakan daya yang hilang tetap hilang. jiwa menangisi kehilangannya, lansung langkah dan 'mood' seharian menjadi hiba.
pelik, namun mengakui realiti manusia.. walau hanya hilang harta dunia yang nilaiannya kurang dari 0.0000001%( lbh byk 0) daripada nikmat yang Allah berikan pada kita namun kesedihannya seolah-olah telah kehilangan seluruh hidup. x termasuk lagi dengan kesedihan kehilangan 'cinta', frust kegagalan dlm exam, kucin sakit, kasut koyak, pensel patah,etc.. kerna itulah fitrah manusia yang telah dijadikan cinta kepada harta dunia .


Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (syurga)..(Ali Imran 3:14).


tidak ada salahnya. cuma, mungkin kadangkala kita tak sedar dengan kehilangan yang lebih besar dalam hidup kita dek kerana sibuk melayan rajuk hati akan kehilangan harta dunia. adakah jiwa sensitif saat iman di dada jatuh merudum? adakah hati bersedih tika jauh dari tarbiyyah? adakah qalbu merintih jika lalai dalam ibadah? adakah air mata mampu mengalir kerana hilangnya rasa 'cinta' kepada Allah?
kita terlupa tentang nikmat Allah yang lain yang x mampu dihitung hanya kerana kehilangan harta di dunia yang sedikit itu.yakinlah, hanya 'itu' yang ditarik tapi 'itu ini' yang diberi. bersyukurlah wahai diriku dan dirimu atas nikmat Allah agar tidak menjadi golongan yang kufur.yakinlah dengan hikmah di sebalik takdirNya..


Ya Allah, walau kau telah menarik cebisan yang sangat2 kecil daripada harta duniaku, aku bersyukur dengan nikmat Mu yang sangat2 besar dalam hidupku. inilah tarbiyyah dariMu..


pEneMuan..

Alhamdulillah... Kau hanya mengujiku dengan kehilangan yang kecil itu,dan ternyata kau masih menemukan kembali setelah 3 hari dicari.. mungkin dibawa oleh anginMu , atau dialir ole airMu, yang pasti tetap atas kesilapanku..
"Ya Allah.. aku bersyukur, atas penemuan ini.. Ya Allah janganlah kau hilangkan nikmat iman, islam,ukhwah dan cinta kepadaMu dalam diriku ini kerna ku takut semakin sukar untuk kutemuinya semula, tanpa kehendakMu.."


2 comments:

  1. salam mazni....
    Alhamdulillah...segala puji bagi Allah kita dipertemukan dalam tautan ukhwah...
    itu juga nikmat dari Allah yang tidak ternilai harganya...
    ukhwah fillah abadan abada...
    muga mazni thabat dalam perjuangan...

    ReplyDelete
  2. salam..alhamdulillah..yang hilang itu ditemui kembali..tahniah!..heh, apa yg hilang tuh(nyibuk skit!)

    ReplyDelete