4 Apr 2010

semut???

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang.
Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang lebih baik (syurga).
(Ali Imran : 14)

kembali merenung diri, hakikat penciptaan manusia yang hanyalah sebagai HAMBA..
namun manusia ini, manusia yang sering leka,
manusia yang sering lupa,
yang dicari keindahan dunia
yang dicari keseronokan fana
dalam mengimpikan kesudahan yang baik
masih melangkah dalam kelalaian...

***********************************************

ini gambar semutss..
semutss ini sedang ,mengerumuni serpihan empulur epal merah sedap manis yang ditinggalkan manusia.. tika ini, manusia-manusia lain sedang enak dibuai mimpi, atau sedang berjaga menghadap movie atau bersengkang mata menelaah. Tak kurang juga yang mendirikan malam untuk Nya.. walaubagaimanapun, majoriti manusia-manusia berehat juga berdengkur , dan semut-semut ini sedang membanting tulang, bekerja untuk mencari rezeki..tika dini hari, tika jam berdetik pada pukul 3 pagi..

entah mengapa hati ini mencari-cari keenakan bekerja pada jalan Allah dengan sepenuh-penuh ketundukan padanya.seingkali jiwa ini terpengaruh dengan kecintaan pada dunia.cinta berlandaskan nafsu.. cinta yang tak kekal, cinta yang tak pernah surut jika dituruti.
mencintai dunia kan menjarakkan kita daripada akhirat sedangkan akhirat adalah destinasi terakhir..

mengapa tidak di dalam hati ini berperasaan seperti ini:

'saya nak balik!!.. saya nak balik!!.. rindu dekat keluarga,rindu dekat rumah, rindu dekat negara, rindu..rindu..nak balik!!!'

untuk akhirat...?? untuk kerinduan pada Allah yang sewajar lebih dicintai? untuk kerinduan pada syurga yang lebih indah?untuk kesaksian hari akhirat yang lebih kekal?
sedangkan posisi nya hampir serupa..

Aku perantau di India ini..
dan
Aku juga perantau di dunia ini...

mereka dulu mencintai syahid....
mereka dulu menyemai zuhud....
mereka dulu senantiasa tawadhuk..
dan aku kini??

kata-kata akhir...apa kaitan semuts itu dalam kes ini??


*bekerjalah sehabis daya dengan keikhlasan pada Allah..memang bukan mudah namun perlukan pengorbanan..
*alihkan pandangan hati daripada godaan duniawi.. cinta yang palsu, harta, pangkat....
*tahukah anda semut adalah antara binatang yg x boleh dibunuh dengan sewenangnya?? jgn suka picit-picit semut tanpa sebab..
pada semut-semut itu kita mampu mengambil tauladan..

'maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar?
kerana sesungguhnya bukanlah mata iu yang buta,
tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada.'
(al Hajj;46)


No comments:

Post a Comment