19 Jan 2013
again...
26 Oct 2010
aku disayangi..

AKU DISAYANGI..
‘ kak, adik nak beli kapal terbang yang tu, adik tak mau yang lain.. nak yang tu jugak. Yang tu cantik, macam best je, berkilat-kilat lagi..’
‘adik sayang, kan kapal terbang yang tu adik tak nampak betul-betul aksesori die, die duk nun jauh kat atas tu.. memanglah cantik , cantik sangat, nampak berkualiti tapi adik tak boleh nak test pegang-pegang dulu, adik tak boleh belek-belek dulu, kecantikan die pun adik hanye nampak dalam bayangan je’
‘sebab tulah adik nak yang tu, tak pernah orang lain pegang die selain adik, adik tak nampak kecantikan die pada luaran tapi adik yakin akan kecantikan disebaliknya..walau kecantikan asli die adik tak nampak tapi still menarik kan kak?..’
‘hmm.. kalau itu yang adik nak, akak nak buat ape lagi.dah nasib badan terpakselah melabur lebih sikit duit untuk kapal terbang yang tersergam indah di atas rak sane kalau nak compare dengan yang kat bawah lambak-lambak ni...aduhai adikku..’
Marahkah kamu jika aku katakan aku menyayangimu?
Tersentuhkah kamu jika aku mengatakan yang aku sangat prihatin akan dirimu?
Kecewakah kamu jika aku meluahkan kasih yang tidak bertepian hanya padamu?
Percayakah kamu?
Andai aku buktikan kasih sayangku dengan memperjelas takrif hijab kepadamu
Andai aku nyatakan keprihatinan dengan mengenalkan pengertian tabarruj padamu
Andai aku luahkan kasih dengan mengajakmu menyemai perasaan al-haya’
surah al-Nur, ayat 31:
"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada ...(mahram)..."
bicara cinta terus daripada ALLAH,tidak pernah Dia meninggalkan hambaNya, dan Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Yang diciptakan wanita itu penuh dengan perasaan al-haya’(malu) dan tidaklah malu itu melainkan hanya kebaikan sahaja.Jangan ditanggal nilai malu itu pada diri wanita.jangan ditukar ganti al-haya’ dengan keindahan dunia yang fana.Mengapa perlu perhiasan yang berlebihan (tabarruj) tanpa niat dan tujuan yang jelas?Tidak ada yang sia-sia dalam Islam.Bertambah parah jika tujuannya untuk menarik perhatian lelaki ajnabi. Kutahu yang fitrahnya wanita menyukai keindahan namun semaikanlah keindahan disebalik kemuliaan akhlak dan budi bicara.Bukan menentang perhiasan bagi diri hawa, namun teluskan niat kerana Allah bukan untuk menunjuk-nunjuk.Tidak salah juga berhias, untuk menggembirakan suami.Namun, sudahkah anda bersuami??heh he..
Sekadar peringatan bagi mengingatkan diri sendiri terutamanya, yang dilarang bukan kerana menyekat, yang ditegah bukan kerana mengongkong tetapi memelihara kerana kasih sayang..
Bukankah ALLAH sayangkan hambanya?
‘takpe kak, akak labur sikitje sekarang tapi impaknye besar untuk masa hadapan,yang terlindung itu lebih menawan, yang terpelihara itu lebih menarik, dan kerana itu yakinlah dengan hijab..’
‘hah?? Hijab? Tabarruj? Adik cakap ape ni?huh, dah jom bayar!’
>> artikel lama yang diolah semula..semakin hari semakin merenung pengertian hijab itu.apatah lagi dikelilingi wanita-wanita muslim tempatan (tempe..) yang indah ber'abaya' dan ber'niqab'.sungguh..ada di antara mereka ada yang tidak juga sempurna memelihara diri, namun kita memandang untuk kembali merenung diri..diri yang sangat kerdil dibandingkan dengan kesolehan para srikandi Islam, yang sentiasa dibaluti dosa dan alpa.
adakah pemilihan hijab ini adalah benar-benar kerana Allah?
dan kamu..kenapa memilih untuk berhijab???
>> duhai diri.. ALLAH SANGAT SAYANG KAMU...bagaimana pula dengan kamu??
4 Apr 2010
semut???
Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang lebih baik (syurga).
(Ali Imran : 14)
kembali merenung diri, hakikat penciptaan manusia yang hanyalah sebagai HAMBA..
namun manusia ini, manusia yang sering leka,
manusia yang sering lupa,
yang dicari keindahan dunia
yang dicari keseronokan fana
dalam mengimpikan kesudahan yang baik
masih melangkah dalam kelalaian...
***********************************************
entah mengapa hati ini mencari-cari keenakan bekerja pada jalan Allah dengan sepenuh-penuh ketundukan padanya.seingkali jiwa ini terpengaruh dengan kecintaan pada dunia.cinta berlandaskan nafsu.. cinta yang tak kekal, cinta yang tak pernah surut jika dituruti.
mencintai dunia kan menjarakkan kita daripada akhirat sedangkan akhirat adalah destinasi terakhir..
mengapa tidak di dalam hati ini berperasaan seperti ini:
'saya nak balik!!.. saya nak balik!!.. rindu dekat keluarga,rindu dekat rumah, rindu dekat negara, rindu..rindu..nak balik!!!'
untuk akhirat...?? untuk kerinduan pada Allah yang sewajar lebih dicintai? untuk kerinduan pada syurga yang lebih indah?untuk kesaksian hari akhirat yang lebih kekal?
sedangkan posisi nya hampir serupa..
Aku perantau di India ini..
dan
Aku juga perantau di dunia ini...
mereka dulu mencintai syahid....
mereka dulu menyemai zuhud....
mereka dulu senantiasa tawadhuk..
dan aku kini??
kata-kata akhir...apa kaitan semuts itu dalam kes ini??
*bekerjalah sehabis daya dengan keikhlasan pada Allah..memang bukan mudah namun perlukan pengorbanan..
*alihkan pandangan hati daripada godaan duniawi.. cinta yang palsu, harta, pangkat....
*tahukah anda semut adalah antara binatang yg x boleh dibunuh dengan sewenangnya?? jgn suka picit-picit semut tanpa sebab..
pada semut-semut itu kita mampu mengambil tauladan..
'maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar?
kerana sesungguhnya bukanlah mata iu yang buta,
tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada.'
