26 Oct 2010

aku disayangi..



AKU DISAYANGI..

‘ kak, adik nak beli kapal terbang yang tu, adik tak mau yang lain.. nak yang tu jugak. Yang tu cantik, macam best je, berkilat-kilat lagi..’

‘adik sayang, kan kapal terbang yang tu adik tak nampak betul-betul aksesori die, die duk nun jauh kat atas tu.. memanglah cantik , cantik sangat, nampak berkualiti tapi adik tak boleh nak test pegang-pegang dulu, adik tak boleh belek-belek dulu, kecantikan die pun adik hanye nampak dalam bayangan je’

‘sebab tulah adik nak yang tu, tak pernah orang lain pegang die selain adik, adik tak nampak kecantikan die pada luaran tapi adik yakin akan kecantikan disebaliknya..walau kecantikan asli die adik tak nampak tapi still menarik kan kak?..’

‘hmm.. kalau itu yang adik nak, akak nak buat ape lagi.dah nasib badan terpakselah melabur lebih sikit duit untuk kapal terbang yang tersergam indah di atas rak sane kalau nak compare dengan yang kat bawah lambak-lambak ni...aduhai adikku..’

Marahkah kamu jika aku katakan aku menyayangimu?

Tersentuhkah kamu jika aku mengatakan yang aku sangat prihatin akan dirimu?

Kecewakah kamu jika aku meluahkan kasih yang tidak bertepian hanya padamu?

Percayakah kamu?

Andai aku buktikan kasih sayangku dengan memperjelas takrif hijab kepadamu

Andai aku nyatakan keprihatinan dengan mengenalkan pengertian tabarruj padamu

Andai aku luahkan kasih dengan mengajakmu menyemai perasaan al-haya’

surah al-Nur, ayat 31:

"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada ...(mahram)..."

bicara cinta terus daripada ALLAH,tidak pernah Dia meninggalkan hambaNya, dan Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Yang diciptakan wanita itu penuh dengan perasaan al-haya’(malu) dan tidaklah malu itu melainkan hanya kebaikan sahaja.Jangan ditanggal nilai malu itu pada diri wanita.jangan ditukar ganti al-haya’ dengan keindahan dunia yang fana.Mengapa perlu perhiasan yang berlebihan (tabarruj) tanpa niat dan tujuan yang jelas?Tidak ada yang sia-sia dalam Islam.Bertambah parah jika tujuannya untuk menarik perhatian lelaki ajnabi. Kutahu yang fitrahnya wanita menyukai keindahan namun semaikanlah keindahan disebalik kemuliaan akhlak dan budi bicara.Bukan menentang perhiasan bagi diri hawa, namun teluskan niat kerana Allah bukan untuk menunjuk-nunjuk.Tidak salah juga berhias, untuk menggembirakan suami.Namun, sudahkah anda bersuami??heh he..

Sekadar peringatan bagi mengingatkan diri sendiri terutamanya, yang dilarang bukan kerana menyekat, yang ditegah bukan kerana mengongkong tetapi memelihara kerana kasih sayang..

Bukankah ALLAH sayangkan hambanya?

‘takpe kak, akak labur sikitje sekarang tapi impaknye besar untuk masa hadapan,yang terlindung itu lebih menawan, yang terpelihara itu lebih menarik, dan kerana itu yakinlah dengan hijab..’

‘hah?? Hijab? Tabarruj? Adik cakap ape ni?huh, dah jom bayar!’


>> artikel lama yang diolah semula..semakin hari semakin merenung pengertian hijab itu.apatah lagi dikelilingi wanita-wanita muslim tempatan (tempe..) yang indah ber'abaya' dan ber'niqab'.sungguh..ada di antara mereka ada yang tidak juga sempurna memelihara diri, namun kita memandang untuk kembali merenung diri..diri yang sangat kerdil dibandingkan dengan kesolehan para srikandi Islam, yang sentiasa dibaluti dosa dan alpa.
adakah pemilihan hijab ini adalah benar-benar kerana Allah?
dan kamu..kenapa memilih untuk berhijab???

>> duhai diri.. ALLAH SANGAT SAYANG KAMU...bagaimana pula dengan kamu??

4 comments:

  1. ngehhh~ =D
    hai kakak..nak kapal terbang??

    ReplyDelete
  2. comelnye cerita ni...tersentuh dgn ungkapan2 sayang yg ditujukan sblum meluahkan mengapa ia ungkapkan...

    benar, kerana kita sayang...kerana Allah sayang...

    tapi mengapa wanita masih tidak mengerti?

    inilah jiwa2 yg perlu kita kongsi sentuhan tarbiyah...mari berkongsi...

    ReplyDelete
  3. pandai la adik tu cakap pnjg lebar..hehe
    rindu ko sgt2..

    ReplyDelete
  4. nad tin> ye dikk...kapal terbang mahal ke murah??;)

    huda> masyaAllah.. Allah sgt syg pada kita. saya syg anda juga..

    dj> sebab 'adik' comel tu xde xperience ade kakak..
    hehe.. mestilah aq lg rindu kt ko!!
    bile nk jumpe, dah 2 tahun.......;(

    ReplyDelete