11 Jun 2018
25 Ramadhan : Talkin abah
4 Jun 2018
19 Ramadhan : sentuhan terakhir
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
17 May 2018
1Ramadhan: laa'llakum tattaqun
Agar kamu bertakwa
kerana takwa itulah yang akan memandu kehidupan
takwa itulah yang akan menentukan pengakhiran di akhirat
takwa itu yang akan bawa mengahadap Tuhan dengan wajah ternagkat atau tertunduk
Alhamdulillah
Allah masih kurniakan untuk bertemu ramadhan kali ini
walau dalam kedaan dalam kekakangan
bukan kuantiti yang dicari , berharap untuk kualiti
kerajaan negara sudah beralih
tapi belum selesai,
perjuangan takkan pernah selesai selagi Hak Allah tidak tertegak sepenuhnya di atas muka bumi
Allahu ghayah
aiming towards takwa
change self first
#newhopeforramadhan
#forabetterselfbetterlife
13 Jan 2016
Cahaya
19 Jan 2013
again...
29 Aug 2012
selamat kembali
sudah terlalu lama tak menulis di sini. sangat. setahun ++, rasa kaku nak menaip, dengan rupa bentuk blogger yang agak berubah apatah lagi.. idea yang asalnya mencurah-curah pun agak malu-malu nak mengalir.. tup tap.satu-satu papan kekuci ditekan. sangat perlahan.keras.kaku. kenapa???
masa yang panjang...
"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah MASA YANG PANJANG atas mereka lalu hati mereka menjadi KERAS. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." al hadid; 16.
![]() |
| kredit |
ya, masa yang panjang akan mengeraskan. macam main masak-masak kan, bila agar -agar dipanaskan ia akan cair, dan bila dibiarkan lama... ia akan mengeras. macam jambangan mawar kan, bila dibiarkan lama ia akan mengering dan keras. macam kita bila belajar, bila buku diletakkan indah diatas rak dengan diselimuti habuk, maka akan terasa keras bila nak mula menghafal, macam hubungan sesama insan, bila dah lama tak berhubung,maka akan kaku bila bertemu kembali. macam 'orang yang dah lama tak update blog, bila ia dibiarkan bersawang, maka jari yang nak menaip pun akan menjadi keras '.huh. apatah lagi HATI.. Hati yakni raja di dalam hati.Apabila hati tak diberikan hak hak nya, tidak dipenuhi tuntutannya, maka hati ini juga akan berubah menjadi keras.Hati yang keras akan hilang sensitivitinya terhadap kemungkaran yang berlaku di sekeliling, akan kurang keterujaannya untuk beribadah, akan semakin pudar kemanisan iman yang dirasai. Natijahnya akan melahirkan manusia-manusia kaku yang hanya bergerak menyelusuri kitaran hidup normal tanpa iltizam untuk mencapai matlamat hidup, tanpa semangat & cita untuk menegakkan agamaNya.. mereka bagaikan 'zombi kampung boyan'...
“Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
(Al-muddathir:1-5)
BANGUNLAH DARIPADA KEREHATANMU..
Kerehatan yang panjang adalah 'pembunuh' seorang daie. tulisan ini didedikasikan khas untuk diri saya sendiri.terima kasih. dan juga bagi mereka yang mengalami 'perjalanan hidup' yang hampir serupa..SELAMAT KEMBALI... |
24 Jul 2011
motivasi ringkas
"sudah! alhamdulillah, dengan gembiranya.."
"abah nak bagitahu ni..."
"oh, patutlah abah telefon balik tengah-tengah malam sedangkan sejam tadi baru bergayut dengan ummi sambil tangan menyiapkan assingment.
nak bagitahu apa?"
"ayah pi sedang nazak..."
dan semalam, berita seumpama ini didatangkan kembali daripada Allah,di saat sedang menghitung hari menanti kedatangan Ramadhan. jauh di sudut hati terasa ingin bersama ahli keluarga di sana,untuk saling menguatkan.Namun Allah lebih tahu keberadaan yang terbaik untuk hambaNya.
MAUT itu bukan perosak gembira, perobek tawa, tapi adalah peringatan daripadaNya. Satu saat nanti, cepat atau lambat , kita pasti akan melaluinya. Yang diharapkan adalah penyudahan yang baik ',husnul khatimah'.
Sesiapa yang sentiasa mengingati maut akan berusaha yang paling baik untuk mencari redha Allah,setiap masa, kerana saatnya untuk diri dipanggil kembali menghadap Al Khaliq adalah rahsiaNya. Boleh jadi bulan depan, minggu depan, esok atau hari ini, selepas ini.
Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim.
Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.31;31
Rugilah bagi mereka (diri sendiri terutama) yang tidak menjadikan peringatan yang berulang kali daripada Allah ini sebagai pengajaran untuk kembali mengkoreksi diri.
Cukuplah MAUT sebagai motivasi untuk beramal.Ya, seperti situasi yang sering dilalui, kita tahu tiket pulang ke kampung halaman adalah pada esok hari, pastinya sejak dari awal kita akan mula berkemas, memilih-milih buah tangan, dan boleh saja tidak tidur malam kerana terlalu teruja menanti saat itu.
Begitu juga seharusnya, persiapan kita untuk bertemu Allah malah perlu lebih hebat lagi, kerana kita tahu kita akan kembali cuma bezanya kita tak mengetahui saatnya bila.
Moga disaat masa itu kelak, tiada penyesalan bagi kita.
Ramadhan semakin hampir.Moga diberi kesempatan daripadaNya

31 May 2011
Him

"Truly in the heart there is a sadness that cannot be removed
except with the happiness of knowing Allah
and being true to Him.
And in it there is an emptiness that cannot be filled
except with love for Him and by turning to Him
and always remembering Him.
And if a person were given all of the world and what is in it,
it would not fill this emptiness."
(Ibn Al-Qayyim)
29 Apr 2011
"i love u"
Amin...Tangan diraup ke muka.Tubuh disandarkan landai pada almari.Al-quran di genggaman didakap erat.Mata dirapatkan ringan.Perlahan-lahan senyuman diukir..indah.
Gedebuk!! Uish! Terasa hentaman kuat separa kenyal pada muka, oh ‘tuk kura’ bergolek di atas paha.
“kenapa tu Im? Aku dah konpius ni, tak tahu nak diagnose ape, erotomania, hallucination, schizophrenia? bila tengok ko senyum sorang-sorang cam gitu., Ape kes ha?”
“hmm”..sambil tersenyum lebih lebar .
“eh, makin lebar! Tak nak bagi jawapan ke mengapa anda tersenyum sendirian wahai sahabatku sayang? Dah ada yang masuk meminangkah?”
“haha.saje Lia ni, baru nak berangan-angan sikit, dah kene lempar dengan kura-kura ni..hmm, teringat sesuatu tadi..”
“ha ape dia? Ce cite! Ce cite!” lantas kaki dilipatkan.tangan menongkat dagu.mata dijegilkan, gaya-gaya yang sangat excited mendengar cerita.
“teringatkan kenangan lama..
Macam ni,..
dulu kami pernah bersama,bukanlah setiap hari berjumpa tapi terasa seperti selalu dekat.hati kami bagaikan ditaut erat.walau tak bermesej, yakin yang dalam hati kami sentiasa mengingati, tapi bukan boleh lama-lama tahan tak berhubungan, bila dah rindu sangat mesti mesej punya. Tak pun buzz-buzz dekat YM, ke tinggal emoticon kat skype. Nak bagitahu rindu sangat..masa sakit selalu ingatkan beri kata semangat, masa gembira sama-sama bersuka ria.Memang indah sangat la mase tu.rasa macam ada orang sayang. ..” sambil kening di ‘double jerk’ kan dengan senyuman yang masih tak hilang.
“ok.. ce cite habis-habis dulu sebelum buat muke bangga macam tu.plot tak sampai klimaks lagi ni..dah perasan ade orang sayang..”mata yang jegil tadi dipincingkan sedikit tanda tak puas hati.
“biarlah nak perasan!realiti ok! Kasih sayang kami bukan hanya dibuktikan dengan mesej-mesej ‘l love u’ tapi..”
“bukan hanya? Oh.. maksudnya buat juga la kan? Mesej-mesej ‘i love u’ jugak la kan??” dahi dikerutkan.
“haah! Selalu! Tapi paling suka..”
“cube bagitahu ko buat hal ni dengan siape? Macam tak caye je ko yang buat bende ni? Ade cubaan memperdayakah di sini? Tak baik tipu tau Im..”
“tak tipu la! Dengar cerita sampai habis dulu.tadi sibuk sangat kacau orang syok sendiri..hmm”nafas berat dilepaskan.bagaikan ada yang menyekat.
namun bibir kembali menguntum senyuman pabila mula menyambung cerita
“rasa paling seronok bila bersama dulu, kami selalu beri peringatan bersama.dia macam tahu-tahu je bila rohani saya lapar.mula-mula cuak juga nak bagi tazkirah, tapi dia beri semangat dan tunjuk ajar.Dulu dialah jadi penguat saya untuk konsisten buat qiamullail, bila tahu dia bersungguh buat , saya lebih bersemangat.dia ingatkan untuk maintain solat berjemaah Subuh, sebab katanya orientalis barat menilai kekuatan ummat Islam dengan melihat kekuatan jemaah Subuh dibandingkan dengan jemaah Solat Jumaat.hmm, walaupun lebih diberatkan untuk kaum lelaki, tapi kita jugakan srikandi agama?eh terbagi tazkirah kat awak pula..
selalu dia ajak saya tadabbur AlQuran bersama dan dia sangat pantang bila tahu saya sedang lapang, mesti dia bacakan hadis “sampaikanlah daripadaku walau satu ayat”.
Bila saya sedih dia akan sedia mendengar, kalo saya tak cerita dia tak kisah pun tapi kata-kata dia selalu menenangkan hati.sebab kami percaya, apa yang disampaikan daripada hati akan sampai ke hati.dia macam sangat memahami”
“ok.. u guys are both complement to each other. Then? Sekarang masih berhubungan lagikah. Masih ber ‘ i love u’ lagikah?” riak perasaan excited semakin hilang di wajah.bagaikan ada perkara yang dimusykilkan.
“tapi, itu cerita dulu.. sekarang dah tak kerap berhubungan macam dulu.kadang-kadang je..”
“apsal? Dah tak sayang ke? Dah tak perasaan ade orang sayang lagi?”
“taklah sekarang lagi sangggat sayang. Sebab sekarang dah jauh.hmm, jauh..” senyuman yang tak putus-putus sejak tadi mulai kendur.
“kenapa ada masalah?”
“fizikal dah jauh..tapi InsyaAllah harap hati tak jauh..harap masih kuat tautannya.sangat rindu.. sebab tu la berangan sekejap tadi.tapi Lia kacau pula..”
“ok..kalau rindu pergilah mesej ke,buzz ym ke, poke kf fb ke, pegi hantar emoticons kat skype or buat ape2 yang korang selalu buat dulu..tapi bab ‘ i love u’ tu aku agak kurang bersetuju..Bukan ko ke selalu ingatkan aku kene jaga hati..jangan sampai lalai daripada mengingati Allah, bukankah zina hati itu juga sebahagian...”
“weh!! Awak ingat ‘dia’ tu sape hah??”
“ermm... you are the one that should answer this.”wajah tanpa riak.
“ ‘dia’ tu sahabat-sahabat saya la....”
“maafkan saya cik Im, bukankah ‘dia’ itu singular, ‘sahabat-sahabat’ itu plural.??”nada tak puas hati.
“sebab ‘mereka’ yang ramai itulah yang dihadiahkan daripada Allah untuk menjadi ‘dia’ kepada saya.Ikatan yang mengikat hati itu ikatan ‘Aqidah’.kami berkasih untuk mencapai redha Allah..”
“hmm oklah kalau macam tu. Pergilah mesej diorang..” sambil membuka lipatan kaki, bersedia untuk bergerak dari situ..
“eh, kenapa lari pula ni? Dah tak nak dengar cerita..?” sambil melihat Lia yang mula merangkak naik ke katil, bagaikan gaya anak kecil merajuk ‘lain macam je Lia ni..’
“Im, ko teringat kawan-kawan lama ko je ke?Aku tak termasuk dalam ‘dia’ tu?”
“haha.. patutlah macam merajuk.”
Gedebuk!! Ada sesuatu separa kenyal singgah di perut Auliya’.
“adeh, ape ni! ”
“serangan balas oleh ‘tuk kura’..
(tuk kura sebagai watak ketiga)
Lia... kita berkasih untuk capai redha Allah kan??
Pastinya sesiapa yang membina ikatan kerana Allah adalah sahabat-sahabat saya..kasih-kasih yang saya rindu.walaupun dia berada dekat , jauh di mata atau mungkin tak pernah bersua lagi.. Kerana matlamat kita sama..
Lia awak lah antara sahabat sayang yang saya kasih..”. .terasa gementar menuturkannya.
‘Ya Allah, andai kutersilap bicara, ampunkanlah dosaku, lembutkanlah hatinya, lapangkanlah jiwanya.aku sangat kasih kepadanya.’..
Senyap.. hanya bunyi bilah-bilah kipas berputar yang bagaikan helicopter itu kedengaran. Suasana malam terasa sunyi.
“Im, I LOVE U dear..”
“Uhibbukifillah...” ada cecair suam-suam suku mengalir di penjuru mata.
**********
(Abu Dawud dan Tirmidzi)
Anas r.a. mengatakan bahwa seseorang berada di sisi Rasulullah saw., lalu salah seorang sahabat melewatinya. Orang yang berada di sisi Rasulullah tersebut mengatakan, “Aku mencintai dia, ya Rasulullah.” Lalu Nabi bersabda, “Apakah kamu sudah memberitahukan dia?” Orang itu menjawab, “Belum.” Kemudian Rasulullah saw. bersabda, “Beritahukan kepadanya.” Lalu orang tersebut memberitahukannya dan berkata, “Sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah.” Kemudian orang yang dicintai itu menjawab, “Semoga Allah mencintaimu karena engkau mencintaiku karena-Nya.”
(Abu Dawud)
“Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.”
( Az-Zukhruf: 67)




