Jika sayang, katakan sayang agar subur rimbunan di hati Jika rindu, katakan rindu agar terubat esak di qalbu
Jari meniti butir penggerak menghirup udara secangkir nafas meneguk lelah dan kelekaan cuba mengerti pesona maya
Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit” Riwayat at-Tabrani
Alhamdulillah setelah 3 purnama(aish) berada di perantauan, dengan izin Allah akhirnya kami dapat mengadakan 'lawatan sambil belajar' di bumi India, sungguh pun tempat yg dituju bukanlah tempat yg terlalu asing bg kami memandangkan lapangan terbang antarabangsa berada di daerah itu, namun inilah kali pertama, keluar dengan tujuan 'melancong!'
Bangalore, India-----28 oktober 2009-1 November 2009
usai menaiki 'roller coaster' @ bas India selama 9 jam
botanical garden-lalbagh India
cover album : sepohon kayu..
lebih banyak gambar & laporan, insya Allah; http://drmahirah.blogspot.com
untuk kalian berdua..
syukran jazilan..terima kasih byk2 ats layanan kamu, terima kasih atas 'birthday prank'dr tempe, terima kasih atas rantai 'ungu' terima kasih untuk cokelat kesukaan (terharu yg sgt..) terima kasih cd itu, terima kasih mawar indah, yang paling terkesan.. terima kasih untuk bingkisan pd cover cd.. sy juga merindui kalian, usrah kita, jemaah kita,ziarah kita, riadah kita, ya sahabat.. tarbiyyah itu berada di mana-mana, pohonlah pada Allah agar dikurniakan hati yang tetap teguh pd jalanNya.. sya suka ini...
"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukanpada manisnya ucapan dibibir. Tetapi pada ingatanseseorang terhadap saudaranya didalam doanya."- Imam Ghazali
kenapa kasih sayang??.. kerana perjalanan in benar-benar mengajar erti kasih sayang...
mengalir air mata kesayuan.., huh, hilang sudah kegagahan dan keperkasaan, air mata tumpah membuktikan segalanya.bagaikan anak kecil.sahabat sekeliling mentertawakan, tak kurang tumpang sekaki merembes cecair dari mata.
baru seketika rasanya bergelar perantau di bumi asing,jika dinisbahkan dengan kehidupan yang telah berlalu, peratusnya sangat kecil. namun soal hati, siapa tahu? siapa yang mampu menghalang gejolak di jiwa?
di perantauan... sangat rindu, rindu pada kampung halaman, tak kisah, asal dapat menjenguk seketika pun sudah memadai, walau bukan kampung sendiri, tetap tanah air sendiri, rindu segalanya, biarpun tak pernah dilalui sebelum ini.hanya dengar khabar berita pun cukup menggembirakan
di perantauan... perasaan ingin kembali ke tanah tempat tumpah darah, tempat lahir, tempat asal, tempat jatuh, tempat terhantuk..yang sangat mendalam.asal ada tiket di tangan, tersenyum lebar sentiasa, biarpun ada anjing bersedia menerkam mangsa di hadapan, diamalkan juga sedekah yang paling mudah, senyum.. terlalu gembira.
di perantauan... sedar tanggungjawab, bukan sengaja pilih nak tinggalkan negara tercinta, namun di bahu ini menggendong bebanan berat, hajatnya pulang nanti membawa kejayaan seperti harapan orang kampung...'ha tu lah org kampung aku, bru balek dari luak negeri..', menggembirakan ibu bapa, sanak saudara.
di perantauan... nak balik cepat, nak balik dengan kejayaan, barulah nanti tak susah kat negara sendiri, takdelah orang nak ejek2 'anak yang tak sedar diuntung, dah makan duit rakyat, tapi main-main'.maka berusalah para perantau. bersengkang mata dengan anatomy, tidur diapit tibia, mimpi diulit biceps brachii, bangunnya?, berputar-putar.. namun, kugagahi jua...akan ku pulang dengan segulung ijazah. perlu bersedia dari sekarang..
homesick...
Di hari hari
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau...
Homesick...
Aku perantau di dunia.. aku di perantauan..
rindukah aku pada' tempat asalku' sepertimana aku merindui tanah airku?
rindukah aku pada' penciptaku' sebagaimana aku merindui ibu bapaku?atau sewajarnya lebih lagi..
sedarkah aku dengan 'tanggungjawab kehidupan' sepertimana aku sedar tanggungjawab ku untuk belajar?
bersediakah aku untuk mencari 'kejayaan di sana' sebagaimana aku mengharapkan kejayaan di sini?
Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda :
' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. '
Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "
homesick...
rindu.., biah yang mengingatkan 'tempat asalku' , ilmu yang mendekatkan aku dengan 'penciptaku', peringatan yang mengingatkan 'tanggungjawabku', teman bersama mencari 'kejayaan hakiki'..
aku sedar aku hanyalah perantau...bekalan aku kan habis, kelak aku akan kembali, di saat ku kembali nanti, kuharapkan 'kantungku' penuh untuk dihadapkan padaNya..
Ya Allah, padamu kusandar segala harapan...
siapa aku? dari mana aku diciptakan? ke mana akan ku pergi?
>> saya tak homesick!!
>> kisah ini bukan kisah saya(penulis),ini kisah seorang insan yang bergelar musafir...
>tidakkah penulis ini (saya) juga seorang insan yang bergelar musafir?