17 Feb 2010

"1/2 markah sebagai markah kejujuran.."


"baik murid-murid, sila ambil kertas peperiksaan anda semua.kira balik markahnya, dan jika ada sebarang kesilapan boleh rujuk kepada guru-guru berkenaan yang menyemak kertas anda.
ye murid-murid,markah lulus adalah 50"

'cikgu.. ni ada silap kira ni.saya tambah-tambah sepatutunya dapat 49 tapi cikgu tulis 50'

"hah..(sambil mengangkat kening sebelah..)"

"tunggu sekejap, kami kena ambil gambar kamu ni(dengan nada berseloroh)"

"nak nama kamu dipamerkan pada papan kenyataan ke?(tertawa kecil lagi)"

'aku sedang berjenaka kah? atau wajahku persis badut berhidung merah bengkak tersenyum lebar..cheese ke??
sedangkan jiwaku bergelora ni.. nak menyatakan kebenaran sedangkan realitinya terlalu pahit..
soal LULUS atau GAGAL ni..bukan maen-maen
(walau bukan soal hidup atau mati...)'


"sekejap cikgu bincang dengan ketua panitia dulu.."

"eh, ada jga pelajar yang nak minta potong markah ni? (kali ini keningnya di double jerk kan)
kawan-kawan kamu sibuk merayu minta markah.
erm, baiklah kami potong balik satu markah tu, tapi effect 'status' markah nye kan..
hmm.. baik. kami bagi kamu 1/2 markah.. maka, markah akhir anda tidak berubah.
ya, 1/2 markah sebagai markah kejujuran.. "

****************
sekadar gambar hiasan..


persoalan 1 :apa yang dicari dalam peperiksaan?

Sudah menjadi lumrah, 'peperiksaan' atau nama manjanya EXAM telah menjadi nightmare dan bebanan dalam diari hidup pelajar. tak sempat nak update bloglah, tak sempat nak pergi usrah, tak sempat nak keluar beriadah, tak sempat bace Quran etc.. semua sebab exam..
Tak kurang juga, apabila musim keputusan exam dikeluarkan.Jantung senantiasa berdegup kencang,dah hilang ritma-ritma normal.kerisauan memanjang.Cuak.penjelasan mudah.
Keputusan itu menjadi titik tolak pada perjalanan pembelajaran kita seterusnya, dan juga menjadi tanda aras melihat kembali sejauh mana usaha telah ditumpahkan..
Ada yang berjaya, ada yang tidak. Di sini pelabagai hikamah yang diperoleh.Ayat-ayat Allah yang selalu diulang :

urah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


persoalan 2 : salahkah bersikap jujur?

jika meniru sewaktu exam, salahkah? budaya itu tidak asing lagi di serata dunia..tak salah kot bisik-bisik sikit.
bab kira markah, kalau dah tersilap kira tu, bukan salah kita. rezeki namanya.dapat markah lebih.pejam mate ja. tapi kalau markah terkurang, walau 0.25..ooh, pastinya diusung kertas ke sana-kemari. takpun sengaja di'cantek'kan sikit ,markahnya.kenapa begitu?
Di mana harus diletakkan sifat jujur itu..


Jadi...
Dan kembali menghisab diri... di manakah erti 'peperiksaan' itu.. sewajarnya dengan ujian ini, diri semakin hampir dengan pencipta..DIA yang maha mengatur setiap sesuatu
di manakah perlu disemai sifat kejujuran..bukankah amanah itu dituntut dalam kehidupan.. amanah yang membawa kepada peribadi unggul..

refleksi...
belajar kamu kerana apa? kamu hidup kerana siapa?????


>>refleksi daripada kejadian2 yang berlaku di sekeliling..
bagi kawan2 yang nak exam.. ganbatte!! chennagi oodi bare:)
bagi kawan2 yang sudah dapat result..moga peroleh keputusan yang terbaik untukmu

berusahalah....
bukanlah dilihat pada hasilnya yang gah, namun dinilai usaha yang padu..




5 Feb 2010

JIKA dan HANYA JIKA

ini bukan..
bukan mata pelajaran matematik moden tingkatan empat sebelum dialih bahasa..
bukan juga puisi indah tersirat pengertian..
sekadar seloka santai..
peringatan buat diri sendiri..

JIKA...
JIKA anda inginkan senyuman daripada orang, MAKA anda perlu senyum pada orang
JIKA anda inginkan hadiah daripada orang, MAKA anda perlu memberi hadiah
JIKA suka orang masakkan untuk kita, MAKA kita perlu suka masakkan untuk orang juga

JIKA kita tak suka orang mengumpat kita MAKA kita jangan mengumpat orang
JIKA kita tak suka dimarahi orang MAKA kita jangan cepat marah orang
JIKA kita tak suka orang ambil barang kita MAKA kita jangan ambil barang orang

JIKA kita nak dapat kawan yang baek, MAKA kita perlu jadi baek
JIKA kita nak dapat pasangan yang soleh, MAKA kita perlu jadi soleh
JIKA kita nak anak yang taat, MAKA kita perlu jadi anak yang taat

JIKA kita ingin dimaafi orang, MAKA kita perlu memaafi
JIKA kita ingin disayangi orang, MAKA kita perlu menyayangi
JIKA kita ingin dikasihi, kita perlu mengasihi

JIKA kita inginkan ALLAH penuhi permintaan kita,
MAKA kita perlu laksana perintah ALLAH..
JIKA kita ingin dicintai ALLAH,
MAKA kita perlu menyemai cinta pada ALLAH..
namun..
kasih ALLAH pada hambaNYA tidak terhingga..
sungguhpun diri dipenuhi dosa dan sering leka..
DIA masih menyayangi kita..
dan KITA??

''tidak akan peroleh nikmat syurga bagi mereka yang tidak merasi nikmat syurga di dunia.
apakah nikmat syurga di dunia?
cinta pada ALLAH''
ibn Taimiyah


HANYA JIKA kita mengasihi kita akan dikasihi ......

aturannya mudah..kita peroleh setimpal apa yang kita laburkan..
Allah itu Maha Adil

namun..
'jangan jadikan alasan untuk tidak berbuat baik kerana mereka tidak berbuat baik pada kita..
memberi itu lebih baik drpd menerima!!!..


'saye senyum pade kamu... kamu senyum tak pade sayer???'

26 Jan 2010

masih...

1,2,3 Preett!!!...

Kakiku mula melangkah.Ya melihat destinasi di sana. Ooh bercahaya-cahaya medal kemenangan. Tubuh dilonjakkan ke hadapan, ayunan kaki diperkemas, badan diringankan.

Peluh menitik membasahi wajah, nafas mulai turun naik, di hadapan ade halangan.. bersedia untuk melompat, Ya!lompakan menjadi, palang tidak terjatuh. Suara-suara sorakan disekeliling menggamat kan suasana. Aku pasti menang.

Larian semakin pantas, tolehan dibuat kebelakang, rakan-rakan semakin mendekati. Rakan atau saingan? Ahh.. biarkan, yang penting aku akan ke penamat.Ada yang terjatuh di belakang.. Patah balik?? Oh, aku perlu ke depan.

Selekoh tajam!! Pusingan maut dibuat , derap kaki diperkukuh mengurangkan kesan trek yang licin, mungkin saja terjelepuk seperti mereka yang lain. Lihat kemenangan semakin bersinar-sinar pada pandangan.

Larian masih diteruskan, namun hari semakin gelap..Lampu-lampu tidak kelihatan di tepi-tepi trek ini.Nafas makin tercungap.Pandangan semakin kelam.Ooh, silauan cahaya di belakang menggangu penglihatan,Cahaya itu semakin dekat dan... melepasiku.Rakanku bersama obornya menyaingiku..

Aku sudah keletihan, tekanan oksigen semakin rendah, ditambah pula suasana yang gelap, aku menumpang serakan kecil cahaya rakanku tadi..dia semakin jauh.. pandangan semakin gelap.

Aduh!!, batu besar ini berjaya menghumbanku terbaring di atas trek.. Aku cuba bangun, tidak berdaya. Aku terlalu penat.Asid Lactic berkumpul pada sendi-sendi tubuhku. Tiada lagi cahaya, meskipun dari sinar rembulan.

Aku sudah tidak berdaya, tidak mampu mengharungi malam tanpa cahaya walau ku rasa aku semakin menghampiri garisan penamat, mengapa aku tidak membawa oborku.Aku mengalah.. aku kepenatan.Ku kira larianku telah jauh.ya, cukuplah.. aku ingin menutup mata barang seketika,mengembalikan kekuatan, ku harap meneruskan larian ku pabila cahaya menyinari..


Aku membuka mata..

Cahaya menyimbahi muka..

ooh.. aku masih di sini..

masih di petak permulaan..

teman masih lagi memanaskan badan..

obor dicari agar pelarian tidak gelap..

aku masih belum mula berlari..

aku masih belum mula berlari..

sedari tadi aku masih di sini...