21 Mar 2010

HusnulZhon..



Seorang lelaki bersama anaknya menaiki kereta api..

Seketika anak itu kelihatan begitu teruja pabila kakinya melangkah menaiki kereta api..Di tepuk-tepuknya tempat duduk yang ditempatkan.gembira.

Ayahnya memandang dari luar dengan senyuman penuh kemesraan..

Kereta api itu mula bergerak sedikit-demi sedikit..

‘ayah!! Tgk kereta api ni dah bergerak lah.. ayah.. seronoknya..’

‘Ayah..awan ni bergerak dengan kereta api ni la yah!’

Ayah itu menggariskan senyuman sambil menganggukkan kepala..

Situasi itu menarik perhatian seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengan ‘ayah’ itu tadi, dipandangnya ‘ayah’ itu dengan penuh kehairanan..




Pabila gerabak kereta api yang dinaiki anak itu melepasi bumbung , hujan gerimis yang mulai turun menarik perhatian si anak.lalu sekali lagi dijeritnya..

‘ayah!! Ini hujan.. hujan ni ayah’ laung si anak sambil mengeluarkan tangan untuk merasai titisan dingin air hujan itu.mukanya tergambar penuh kegembiraan.

Si ayah itu mengangguk-angguk lagi sambil mengusap anaknya..

Keadaan itu sekali lagi menarik perhatian lelaki tadi. Kali ini lelaki itu memandang dengan penuh jengkel. bicaranya pada si ayah..

‘erm, itu anak awak ye? Dah berapa dah umur dia ha?’

‘ye anak saya.. kenapa encik? Umurnya 21tahun..’

‘saye rasa kamu patut hantar dia ke hospital.. check2 sikit mane yang patut’

‘oh..memang kami dari hospital sebenarnya’

‘patutlah..sakit dia memang macam tu dari kecil?perlu selalu diawasi tu, tak perlulah di bawa ke tempat awam sebegini..’-dengn nada sinis

‘kami baru balik dari hospital, anak saya baru pulih setelah pembedahan pemindahan mata.hari ini adalah hari pertama baginya melihat dunia sejak dari kecil..’

*****************************************
kita.. sering terlepas pandang.kadangkala mudah membuat spekulasi tanpa usul periksa. bersangka baiklah, kerna kita tidak tahu apa yang ada di sebaliknya..mungkin yang diam itu sedang berzikir, yang masam itu sedang merenung dosa...

-berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

-situasi harian: if ada diantara sahabat kita yang dulunya selalu beri tazkirah..(cakap baguslah) namun tingkah lakunya mungkin sedikit berbeza dengan apa yang dituturkan, maka bersangka baiklah, mungkin Allah sedang mengujinya, berdoalah dan bimbinglah dia agar bersama-sama mendapat redha ilahi..^^ ingatkan saya juga..!!

-Firman Allah swt yang bermaksud :
" Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentunya kamu merasa jijik dan bertaqwalahh kepada Allah swt, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang". (Surah Al-Hujurat : Ayat 12)


-jadilah hamba yang bersyukur..kadangkala kita tidak merasai sesuatu nikmat itu sehinggalah ianya hilang daripada kita. seperti contoh, dulu kita tak rasa sangat sayangnya pada tanah air..tapi apabila berjauhan, sekecil-kecil perkara pun kita cuba imbau..
(majlis ilmu..perempuan boleh pergi masjid..udra segar..famili..kangkung..ABC..laksa..etc2...)


*cerita ini diceritakan santai oleh teman sebilik saye semasa dlm perjalanan balik dari Nilgiris dengan menaiki auto sambil makan kek aiskrim..
*pengajarannya dikutip bersama oleh sahabat-sahabat yang berada di ireland pada 'pertemuan' pagi tadi..

11 Mar 2010

Hari ini hari diya...

adik-adik di sekolah sibuk ambil keputusan spm mereka..
sejenak terimbau saat diri pada posisi mereka..
sejenak minda teringat pada sahabat-sahabat seperjuangan..
sejenak pandangan tertumpah pada hari-hari yang meniti..
sejenak bayangan susuk tubuh ini muncul
Diya yang dirindui..

-sye pilih gambar ini!!-

8 tahun dulu kita menghulurkan salam perkenalan..permulaan yang dingin namun ditauti dengan kehangatan persahabatan..
7 tahun dulu kita sama-sama mencari haluan diri, mula mengenal erti kehidupan di bumi ini, gaduh-gaduh-merajuk-bertengkar mesra perkara biasa..
6 tahun dulu disibukkan dengan amanah dan peperiksaan,masing-masing mengatur langkah tersendiri walau di medan yang sama..
5 tahun lalu, kita menukilkan perjanjian agar tiada sengketa lagi,tiada keanakan lagi.. entah kemana perginya helaian itu..
4 tahun lalu bersama memanfaatkan detik-detik masa yang ada, ditelusuri dengan lebih matang..
3 tahun lalu kita dipertemukan kembali pada laluan yang tak disangka-sangka dan di sana lebih mengenali-no more fighting2 na..
2 tahun lalu, kita memusatkan tawakkal dan pengharapan hanya padaNYA..
tahun lalu.. kita langsung tak bersua muka..eh, jauh di mata dekat di hati..:)
tahun ini ..moga lebih baik dari semalam, moga diperkukuh perjalanan ini..

dan hari ini..
apalah sangat pada hari ini???

dan hari ini anda sudah layak untuk mendaftar sebagai pengundi..
hari ini anda telah semakin tua..
hari ini anda semakin mendekati kematian..
hari ini umur anda dah bertambah..

dari jauh hanya nukilan ini yang mampu dilayangkan...
moga peningkatan imanmu selari dengan peningkatan umurmu
moga diri mu sentiasa teguh di jalan Nya
moga lebih tabah menghadapi dugaan dunia yang fana ini..

duhai sahabat..peliharalah imanmu, hatimu,akhlakmu,ibadahmu..
moga di hari sana kelak kita tidak bermusuh..

'tiada yang dicari melainkan redha Allah..'
'Moga rahmat dan kasih sayangNya sentiasa bersamamu'

selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke ?? :)

sahabatku .. DIYAIZZATI JAMALUDIN
salam sayang... :)

(pcaye x aq cnfess kt ko scr trg2 -trgnan ni..:) )


17 Feb 2010

"1/2 markah sebagai markah kejujuran.."


"baik murid-murid, sila ambil kertas peperiksaan anda semua.kira balik markahnya, dan jika ada sebarang kesilapan boleh rujuk kepada guru-guru berkenaan yang menyemak kertas anda.
ye murid-murid,markah lulus adalah 50"

'cikgu.. ni ada silap kira ni.saya tambah-tambah sepatutunya dapat 49 tapi cikgu tulis 50'

"hah..(sambil mengangkat kening sebelah..)"

"tunggu sekejap, kami kena ambil gambar kamu ni(dengan nada berseloroh)"

"nak nama kamu dipamerkan pada papan kenyataan ke?(tertawa kecil lagi)"

'aku sedang berjenaka kah? atau wajahku persis badut berhidung merah bengkak tersenyum lebar..cheese ke??
sedangkan jiwaku bergelora ni.. nak menyatakan kebenaran sedangkan realitinya terlalu pahit..
soal LULUS atau GAGAL ni..bukan maen-maen
(walau bukan soal hidup atau mati...)'


"sekejap cikgu bincang dengan ketua panitia dulu.."

"eh, ada jga pelajar yang nak minta potong markah ni? (kali ini keningnya di double jerk kan)
kawan-kawan kamu sibuk merayu minta markah.
erm, baiklah kami potong balik satu markah tu, tapi effect 'status' markah nye kan..
hmm.. baik. kami bagi kamu 1/2 markah.. maka, markah akhir anda tidak berubah.
ya, 1/2 markah sebagai markah kejujuran.. "

****************
sekadar gambar hiasan..


persoalan 1 :apa yang dicari dalam peperiksaan?

Sudah menjadi lumrah, 'peperiksaan' atau nama manjanya EXAM telah menjadi nightmare dan bebanan dalam diari hidup pelajar. tak sempat nak update bloglah, tak sempat nak pergi usrah, tak sempat nak keluar beriadah, tak sempat bace Quran etc.. semua sebab exam..
Tak kurang juga, apabila musim keputusan exam dikeluarkan.Jantung senantiasa berdegup kencang,dah hilang ritma-ritma normal.kerisauan memanjang.Cuak.penjelasan mudah.
Keputusan itu menjadi titik tolak pada perjalanan pembelajaran kita seterusnya, dan juga menjadi tanda aras melihat kembali sejauh mana usaha telah ditumpahkan..
Ada yang berjaya, ada yang tidak. Di sini pelabagai hikamah yang diperoleh.Ayat-ayat Allah yang selalu diulang :

urah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


persoalan 2 : salahkah bersikap jujur?

jika meniru sewaktu exam, salahkah? budaya itu tidak asing lagi di serata dunia..tak salah kot bisik-bisik sikit.
bab kira markah, kalau dah tersilap kira tu, bukan salah kita. rezeki namanya.dapat markah lebih.pejam mate ja. tapi kalau markah terkurang, walau 0.25..ooh, pastinya diusung kertas ke sana-kemari. takpun sengaja di'cantek'kan sikit ,markahnya.kenapa begitu?
Di mana harus diletakkan sifat jujur itu..


Jadi...
Dan kembali menghisab diri... di manakah erti 'peperiksaan' itu.. sewajarnya dengan ujian ini, diri semakin hampir dengan pencipta..DIA yang maha mengatur setiap sesuatu
di manakah perlu disemai sifat kejujuran..bukankah amanah itu dituntut dalam kehidupan.. amanah yang membawa kepada peribadi unggul..

refleksi...
belajar kamu kerana apa? kamu hidup kerana siapa?????


>>refleksi daripada kejadian2 yang berlaku di sekeliling..
bagi kawan2 yang nak exam.. ganbatte!! chennagi oodi bare:)
bagi kawan2 yang sudah dapat result..moga peroleh keputusan yang terbaik untukmu

berusahalah....
bukanlah dilihat pada hasilnya yang gah, namun dinilai usaha yang padu..