10 Jul 2010

ajaib


aduhai jiwa bersandiwara
menyatakan gagah pada gaya,
melafazkan perkasa pada bicara
dicelah lembaran tingkah, ada sangsinya
disebalik lantunan kata, penuh getarnya
Aduhai manusia lemah,
gagahnya kamu hanya dengan Islam,
perkasanya kamu hanya dengan Iman,
di saat mereka merusuh,kau mencari kekuatan
tika mereka gelisah kau memilih ketenangan
kerana 'ajaib'nya kamu orang beriman
tak lapuk dek ujian dan khianat
tak lekang dek pujian dan nikmat
jadikan anbiya' sebagai qudwah
tidak lemah dengan dugaan
tidak putus asa dengan cabaran
kepada ArRahman kasih dipadukan
samudera direntas , gunung ditawan
niat diperteguh tawakkal kepadaNya
usaha diperkukuh diiringi harapan dan doa
Dialah pemilik segalanya
tiada daya kekuatan melebihiNya
menang kamu aturanNya
kalah kamu ketentuanNya
ajaibnya kamu kerana Dia..
Ya Rabb...

counting the days..;
1 day to go for the days with restlessness & tachy cardia
17 days to go for the day of independence & happiness
31 days to go for the month of maghfirah & rahmah
unexpected day for the day of 'ajal'
May Allah ease..
Insya Allah..



******************

mereka bertanya tentang isra' mikraj..
benar, tiada dalil khusus yang menyabitkan berlakunya kejadian tersebut
pada 27 Rejab melainkan pendapat sebahagian ulama'
tiada dalil untuk ibadah khusus melainkan amalan2 sunnah di bulan Rejab
sebaliknya carilah ibrah di sebalik peristiwa..
kenali Al Aqsa
pelihara solat yang difardhukan

wallahualam..


*raheeq makhtum

24 Jun 2010

bukan hanya tradisi..

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,

(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.
al-imran; 133-135




MAAF.atau sorry, gomenasai..perkataan harian yang memberi makna yang besar
dalam kehidupan.Namun pelaksanaannya bukan semudah lafaz
dan juga untuk melafazkannya tidaklah semudah yang disangka.

Sudah menjadi tradisi bagi muslimah terutamanya,
seusai menunaikan solat berjemaah di surau asrama/kolej untuk bersalaman,
berlaga pipi dan menuturkan perkataan 'maaf'.
saya belajar ini di KTT.

Pernah di kolej saya (yenepoya), sewaktu waktu rehat tengah hari,
kami (malaysians) mengerjakan solat zohor di kolej sahaja untuk menjimatkan masa,
dan di kolej kami tidak menyediakan surau khas untuk solat
cuma menyediakan ruang di belakang perpustakaan-wanita sahaja
(untuk makluman, perpustakaan untuk lelaki dan perempuan tidak bercampur;
lelaki bebas untuk solat di masjid atau di ruang itu,tetapi perempuan tidak dibenarkan masuk masjid..
) .
Maka , kami mengerjakan solat zohor secara berjemaah dan
pelajar tempatan menyertai kami.Setelah selesai solat, kami berzikir ringkas sendirian
dan berdoa bersama-sama.
(perkara ini pelik bagi mereka-sy x sentuh mengenai bid'ah etc..)
dan kemudian kami bersalaman /berpelukan sesama kami.
.(ini menambahkan kepelikan mereka)

'whats this??'
'oho, this is just our tradition , after jama'ah we ask forgiveness among ourselves.
we always say 'Maaf''
'o really, very nice ha...,

dan kami turut bersalaman bersama
dan menuturkan 'sorry' atau 'maf' (yang memberi makna yang sama dalam bahasa Hindi)

MasyaAllah.. betapa mereka mengagumi amalan yang sering kita lakukan.
Namun, amalan ini hanya menjadi tradisi jika tiada penghayatan.
Sewaktu kita menuturkan maaf itu
adakah seiiring dengan hati kita yang mengharapkan kemaafan,
kerana kita tahu dosa antara manusia
perlu diselesaikan sesama manusia itu sendiri?
dan sewaktu kita mendengar ucapan maaf
yang lalu kita menganggukkan kepala atau tersenyum itu,
adakah hati kita benar-benar memaafkan?
jika ya, mengapa masih ada rasa hasad dan benci setelah bersalaman?
Jika benar, mengapa masih ada sengketa setelah bermaafan?
Kebanyakan daripada kita hanya sekadar menuturkannya dengan lidah
namun tidak disertai keikhlasan daripada hati..
Yang nyata, amalan itu hanya akan kekal sebagai tradisi yang tidak membina..


ha , lagi satu,amalan meminta maaf sebelum peperiksaan.
Ini juga hanya akan menjadi budaya
jika tidak lahir daripada hati yang tulus
dan diiringi doa bersamanya.
ini saya belajar di SERATAS-(restu ilmu, salam ukhwah..)

Justeru, insyaAllah , sama-sama kita manfaatkan peluang yang ada untuk saling bermaafan,
Maaf bukan hanya sekadar mainan bibir..
Tanpa 'kemaafan' boleh memisahkan dua jiwa yang asalnya bersatu
Dengan 'kemaafan' boleh memadamkan api yang marak menyala..



Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh
7:199

* saya mengambil kesempatan ini, untuk memohon kemaafan andai saya pernah menyentuh persaan atau fizikal mana-mana pihak secara sedar atau tidak.Maafkan saya ea..
*dah dua post berturut-turut mengimbau SERATAS dan KTT, tanda-tanda besar ni..
*buat sahabat yang sedang dan akan menduduki peperiksaan, selamat berjuang, maa taufiq wannajah..
*buat famili dan sahabat, doakanlah saya..moga ukhwah kita kekal utuh pada jalanNya..


"Ingatlah kebaikan orang pada kita dan kejahatan kita pada orang lain
Lupakanlah kejahatan orang pada kita dan kebaikan kita pada orang lain"

Allah Maha Adil

29 May 2010

lelong..

Periksa datang lagi!! pereksa datang lagi!!
Sekali lagi kedatangan musim peperiksaan berjaya menggugah kestabilan emosi..
Keletah-keletah manusia bergelar penuntut mula berubah reaksi..
usaha semakin kuat?
getaran semakin hebat?
kehuru-haraan meja


PELAJAR VS PEPERIKSAAN

Musim peperiksaan telah melanda terutama bagi penuntut di luar negara. Sedikit coretan yang pastinya untuk peringatan diri sendiri ..
mengimbas kenangan silam jika di Seratas dulu.. bila musim exam, Yassin dan Al-Quran di rak hampir habis, di KTT pula jemaah di surau bertambah ramai. Kenapa? Alhamdulillah.. sememangnya fitrah manusia , akan kembali pada Tuan nya tika mengharap sesuatu.
Pelbagai metodologi diaplikasikan menjelang peperiksaan ini, ada yang belajar sehingga lewat malam, ada yang bangun pagi-pagi, ada yang belajar sambil mendengar muzik, ada yang melakar peta minda.teknik-teknik motivasi.semuanya usaha dengan harap untuk berjaya dalam peperiksaan. Tak kurang juga yang terlebih tidur???''
peperiksaan menjadi fokus utama.
itu berlaku pabila tarikh peperiksaan telah diketahui, tetapi jika tiba-tiba ada 'suprise test/exam' , macam mana agaknya? 'Sentiasa bersedia'..sebab takut dan gementar, mungkin..


Sejenak renungan..
Kita punya peperiksaan yang pasti.Peperiksaan yang tak mungkin kita boleh merayu untuk mendapatkan markah kesian.Peperiksaan yang penilaian markahnya sangat adil dan telus.Cuma bezanya, kita tak tahu bilakah tarikhnya .Yang nyata, masanya pasti tiba. adakah kita 'sentiasa bersedia' untuk hari penghisaban itu?Metodologinya mungkin berbeza dengan peperiksaan biasa namun tekniknya jelas pada Al-Quran dan Sunnah..

Ayuh!!..
InsyaAllah..kita sama-sama jadikan peperiksaan kecil di dunia ini sebagia peringatan untuk kita yang mana bakal mengharungi peperiksaan yang lebih besar di akhirat kelak.Sebagaimana kita berusaha untuk menghadapi peperiksaan ini begitu juga seharusnya kita berusaha untuk peroleh kejayaan yang sebenar di akhirat sana.Kita telah dan sedang dinilai..

Perkuatkan hubungan dengan Allah kerana Dialah yang mengatur tangan kita untuk menulis, kerana Dialah yang memberi ilham kepada kita, kerana Dialah yang memegang hati pemeriksa, Dialah yang memiliki segala ilmu, Dialah pemilik dan penguasa segala-galanya.

Stay up-stay up juga, jangan sampai subuhnya subuh gajah
Sumbat banyak-banyak makanan aqal jangan terlupa makanan hati..

semoga berjaya!! :)



Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat
2:214


**kembali kepada parotid gland ^^...