khalwat merupakan ketenangan dan kebahagianku,
Kekasihku selalu di hadapanku,
tidak mungkin aku mendapat penggantiNya,
Cinta-Nya kepada makhluk cubaan bagiku,
oh, hati yang ikhlas
oh, tumpuan harapan,
berilah jalan untuk menghalau keresahanku,
oh, tuhan sumber bahagia
dan hidupku kepada Mu sahaja,
Kuserahkan hidup
dan keinginan kupusatkan seluruh jiwa ragaku,
demi mencari redhaMu...
Rabi'ah Al-Adawiyah
Kisah cinta seorang sufi yang memusatkan cintanya hanya kepada Al-Khaliq. Betapa gagahnya menolak cinta fana demi mengejar cinta hakiki.Satu keyakinan yang pasti cinta yang akan berbalas..
duhai wanita,
hati yang lembut menagih kasih kadangkala terusik dengan cinta picisan.Andai cinta yang diharapkan itu hanya sekadar sementara, usahlah kau menceburkan diri. Andai pernikahan bukan matlamat utama usahlah menawarkan cinta. bahagia yang diharapkan tidak akan terbina dengan permulaan yang tempang. mana mungkin istana kukuh mampu dibina jika tapaknya retak menanti belah?hanyalah laksana istana pasir yang cantik diawalan bina, indah dilengkapi perhiasan namun pasti runtuh dipukul ombak dan musnah kehilangan lembapan.
duhai hawa,
janganlah ditagih cinta yang fana. bukan mengajak menentangi fitrah namun mengingatkan bahaya disana andai tersalah pilih haluan. biarpun dirimu tidak sampai ke tahap Rabi'ah yang menolak pinangan lelaki soleh, Hassan Al-Basri, cukuplah dirimu terpelihara dari mengikat janji yang tak pasti. yakinlah yang jodoh itu telah ditetapkan dan mohonlah hanya kepadaNya.
Tegaskanlah pendirian dalam lembut tuturmu..suarakanlah yang hak, agar bicaramu dapat menyedarkan hati yang lena. 'katakan tak nak...'