29 Dec 2009

selalu lupa..

orang kata, bila selalu ter'makan' semut, kita akan jadi pelupa..
orang kata, bila banyak makan 'maggi' @ MSG pun kita jadi pelupa..
jadi kita perlu ambil makan tambahan .. yeay!.madu..habbatus sauda.. examo:)
MANUSIA SELALU LUPA...
KEMATIAN ITU PASTI, KEMATIAN ITU BOLEH MENEMUI KITA BILA- BILA..
manusia mudah lupa...

***********************************************************************

Alhamdulillah, 25-26 Disember lepas, sekali lagi dapat mengembara di bumi India ini. Menhilangkan sesak di minda :). Cuti yang sehari dimanfaatkan sewajarnya, memandangkan kami tidak mempunyai cuti semester..

ni bukan taman tasek taiping ye..

Destinasi yang dituju ..: COORG, INDIA (http://drmahirah.blogspot.com/) Perjalanan kali ini lebih bertemakan 'sabar dan tawakkal' (ni ciptaan sendiri..) berbanding perjalanan lepas yang mana pengertian kasih sayang itu lebih dirasai.

Perjalanan ke destinasi daripada Mangalore, mengambil masa 5 jam.Tahu2 sajela 5 jam di dalam bas yang bagaikan 'roller coaster' itu , bagaimana impaknya.sebaik saja tiba ditempat yang dituju,sesi mencari dan berdiskusi dengan agen pelancongan diadakan. mane taknya, hotel yang sudah siap ditempah seblum bertolak ,tiba-tiba mengatakan 'fully booked'..itulah 'janji mereka'..Tapi susunan Allah itu lebih indah, berbekal tawakkal padaNya, kami memperoleh bilik yang jauh lebih baik daripada hotel yang ditempah sebelum ini, (bukan hotel pun-rumah tumpangan:) ) Seusai hal-hal'urusniaga' kami ditempatkan pada sebuah 'homestay' yang jauh dari kesesakan bandar, jauh daripada rumah-rumah, pada kawasan sawah padi yang telah dituai. Alhamdulillah, keindahan alam ciptaan Allah ini benar-benar dirasai. Suasana sejuk mendamaikan, setelah 2 bulan berada di Mangalore yang panas terik pada ketika ini.Memandangkan hari telah lewat,pada malam itu kai hanya berhibernate di dalam bilik, tiada tempat untuk dijelajahi, terlalu jauh dari pekan. Esok bermula pengembaraan

di persekitaran homestay

Pagi yang cerah, dimulai dengan jemaah subuh dan sedikit tazkirah. "Hayati Al-quran , Jiwai amalan".Kedinginan pagi menusuk ke tulang putih (hiperbola!!) Kembara dimulakan dengan merentasi sungai ke 'Elepahant Camp'(dengan boat lah),melawat Bamboo Island-di sana ada gajah, deer land, ke Golden Temple, (tak tahu nak describe, saya malas nak masuk, tertarik pada kedai-kedai di hadapannya:) hee). Tidak banyak tempat yang dilawati memadangkan masa yang terhad..takpe2.. walau agak kecewa tidak sempat ke air tejun di sana.
Pertolongan Allah, pabila tiba waktu solat dan makan, mulalah minda tertanya-tanya, mana kedai halal?mana nak solat nih?(memandangkan ahli rombongan ramainya perempuan dan perempuan tidak sewenang-wenangnya boleh masuk masjid di sini..) Alhamdulillah, kami berjaya menemui restoran muslim dengan bantuan driver. sekadar berbasa-basi bertanya pada pemilik restoran, dimana tempat boleh kami tumpang bersolat, mungkin hanya bilik kosong @ kawasan lapang..Aturan Allah itu lebih indah, beliau terus meng 'offer'kan rumahnya yang terletak di seberang jalan untuk kami. Betapa bersyukurnya kami kerana dipertemu dengan insan yang baik di sini. Moga Allah merahmatinya.
pemandangan dari dalam bas

Perjalanan balik ke stesen. Masing-masing dah tersengguk-sengguk setelah penat seharian.Sunyi sahaja van berbeza dengan suasana di awalnya yang kecoh-kecoh berebut kerepek pisang.Exhausted!.Namun keheningan senja itu dikejutkan dengan panggilan yang diterima oleh seorang sahabat. Panggilah daripada rakan (wrganegara India) melaporkan berita yang H.O.D (Head of Department) of Anatomy telah meninggalkan dunia ini. Kami terkejut bukan kepalang, Terasa baru saja semalam, beliau menyemak buku record histology kami yang mana banyak salahnye(mase tu agak tension.. :0), terasa bagaikan semalam kami perlu berdiri selama sejam untuk mendengar ulas ajar di dalam kelas, terasa baru semalam kami tersengguk-sengguk di dalam kelas yang diajarnya, suaranya bemain-main di telinga,lagak dan gayanya terbayang-bayang di mata. Berpewatakan tegas adalah sinonim dengan dirinya.
'patutlah hari khamis (24hb) dia senyap je masa dissection, tak bising2 pun...' kata-kata yang lahir dalam minda kami tika itu..
Perginya dia bersama isterinya disebabkan kemalangan jalan raya.Mayatnya disempurnakan dengan cara Hindu mungkin, (saya tak pasti ikutannya yang sebenar)Penutupan perjalanan kami benar-benar mengetuk jiwa, tidak kurang juga ada sahabat yang kerisauan untuk meneruskan perjalanan pulang ke Mangalore menaiki bas pada malam itu..

refleksi:

Manusia terlalu sibuk dalam urusan dunia.Sekejap menjarakkan diri dari keriuhan bandar mendekatkan diri dengan pencipta.Kadangkala kita terlupa kematian itu semakin hampir, padahal mereka yang bijak adalah yang sentiasa mengingati mati.
mengingati mati, bukan bererti menundukkan terus diri, langsung tidak terlibat dengan dunia namun dengan mengingati mati jiwa akan lebih kental, hidup lebih bersemangat, ibadah lebih dihayati. kerana kita yakin akan kehidupan selepas kematian itu.
Kematiaan itu boleh menjemput kita bila-bila, mungkin hari ini, esok, tengah tidur, tengah makan, tengah tengok movie...
andai Izrail datang tika kita leka, tika kita lagha, rugilah kita. Muhasabah diri, pasungkan hati dengan Allah..
Beibadahlah kamu seperti akan mati esok hari, Bekerjalah kamu seperti akan hidup seribu tahun lagi..
Beringatlah kematian itu pasti.....



andai hari ini adalah hari ku..............

19 Dec 2009

apabila hati enggan berbicara...

apabila hati enggan berbicara...

eyt' macam 'jiwang'..
hati? a.ka. liver??
liver? when liver refused to speak..?
sure?
why?kya hua?
liver cirrhosis? fatty liver..heh?
but wait.. i couldn't find any, that states 'liver function: 'speaking'..
confused..
not this liver?
hati la..
liver bukan hati?
hati itu heart..
heart itu jantung..
maka, jantung * heart * liver * hati* ...???? 'pelik..


hati yang tepu..( fatty liver :).. )
apabila tidak lagi dapat berbicara..
dipandangnya alam ciptaan Allah tanpa rasa takjub dan syukur
.Allah turunkan hujan, dirungsingnya basah baju tak kering, Allah berikan panas-terik, dirisaukan 'sunburn', Allah turunkan salji, resah kesejukan-menggigil (ye ke?> maaf tak da pengalaman..)
Allah berikan minuman, basahkan tekak , stabilkan badan, Allah berikan makanan , kembalikan tenaga, namun banyak yang dibazirkan, banyak yang dirungutkan, dibandingkan 'chicken masala' dengan 'tom yam', manakan mungkin sama..
itulah rezeki kita, itulah yang ditentukan, namun hati ini enggan bersyukur.terlalu banyak nikmat Allah yang diperoleh, tidak terhitung nilaiannya..

"maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?.."


hati yang bisu.. (hepatitis..)
apabila tidak dapat lagi berbicara..
dilihatnya kemaksiatan bagaikan peristiwa biasa, tidak terbit rasa benci, tidak tergerak lafaz di bibir, apatah lagi mencegah dengan kuasa. Hidup mu hidupmu, hidupku hidupku.Tidak lagi rasa resah.Meringan-ringankan perkara dosa, dipenuhi jangkitan hitam dek alpa dan lalai, perkara lagha menjadi sinonim dalam kehidupan.Neraca diri tidak lagi dapat membezakan kebatilan dan kebenaran. Yang batil dikatakan hak..
Biarlah lewat solat, tapi tak tinggal solatkan..biarlah ketawa2, hidup mesti ceria..biarlah keluar bersama ( @ dating. ), bukannya ada pegang-pegang, biarlah mengata sikit, bukannya mengumpat teruk sangat pun..biarlah tidak tutup aurat, tunggulah sampai dapat seru..biarlah segalanya..
Apabila hidup dalam kelalaian, hati yang dijangkiti tidak lagi mampu menjadi pembeza antara dosa dan pahala, dipandangnya dosa itu pahala, dilihatnya buruk itu indah..

"Ya tuhanku, oleh sebab engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi ini, dan pasti aku akan menyesatkan semuanya.."


Hati yang mati.(liver cirrhosis..)
Apabila tidak lagi dapat berbicara,
Tidak lagi mendambakan ilmu Allah, hati yang tidak lagi menangisi kekhilafan diri, hati yang disibukkan urusan dunia.hati yang dicemari benih-benih maksiat yang membesar memasakkan akar pada hati,.Hati ini yang leka tika menghadap penciptaNya, hati ini yang lokek melaksana kebajikan. Hasilnya bunga-bunga peribadi tidak tumbuh subur, jiwa yang lompang akhlak yang sumbang.Hati ini hati ummat yang lemah, mencintai dunia ,takutkan mati..

"Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati"

Andai hati enggan berbicara, bisulah langkah,tepulah jiwa.
Pada Allah tempat bergantung, diperteguh ikatan hati ini denganNYA..

.....milik siapakah hati ini....?


..
how to treat or avoid from fatty liver, hepatitis, liver cirrhosis... consult with ur 'private doctor k, u'll find the answer :)

2 Dec 2009

da 15 Zulhijjah..

"ni kalo naek flight, dah terlepas ni... orang laen dah sampai ke bulan....:)"


-majlis bacaan yassin dan jamuan hari raya-
snap dari dalam bilik..(hee..)


Aidiladha lalu....


menjangkakan penuh kesyahduan dan kepiluan pabila pertama kali menyambut hari mulia tanpa keluarga di sisi, jauh dari tanah air.. namun percaturan Allah itu indah, yang dilihat pada keindahan dan keriangan bukanlah hanya pada pandangan nafsu dan pemikiran, kebahagiaan hakiki menerusi nilaian hati, menyelami pengertian sebalik nyata..


'siapakah yang pertama menemui Makkah?
geleng2.. jungkit bahu, teka: Nabi ibrahim??
dikaitkan dengan Siti Hajar.. siapa Siti Hajar?
seorang wanita berketurunan Habsyi (berkulit gelap) yang bagi pandangan nafsu manusia tidaklah secantik mana,.Dengan izin Allah, daripada rahim beliau lahirnya Ismail seorang nabi yang mana peristiwa pengorbanannya sentiasa diingat sehingga ke hari ini, rentetan itu terpancarlah air daripada tanah yang dikenali zam-zam pada masa kini, menukarkan padang pasir tandus menjadi tanah yang subur dan tempat yang mulia.daripada keturunan ini juga lahirnya junjugan mulia, rasul terakhir..
siapa Siti Hajar?
wanita biasa yang berperanan luar biasa, mempunyai keimanan yang luar biasa apabila redha dengan ketentuan Allah untuk ditinggalkan suami di tanah yang gersang dan disuruh mengorbankan anak kandung sendiri. siapa sanggup? semuanya dengan izin Allah...'
-petikan tazkirah ringkas pada majlis bacaan yassin, doa selamat dan jamuan hari raya di rumah senior..

mengetuk minda::

tidak perlu miliki kecantikan luar biasa untuk mencapai kemenangan
milikilah keimanan luar biasa agar menang di mata Allah...

aturan Allah ::

alhamdulillah....
-dapat makan daging lembu setelah sekian lama tidak dapat melihat bayangan daging lembu walaupun lembu berkeliaran di tengah dan tepi jalan..kenapa? apa signifikan lembu bagi mereka si penganut Hindu?
-dapat merasai suasana kemeriahan apabila berkumpul beramai, menyatukan niat memperingati Allah dalam majlis tazkirah Aidiladha
-dapat mendirikan solat hari raya berjemaah yang pada mulanya dah sedih jika tak dapat, memandangkan masjid di India ini hanya untuk jemaah lelaki..(alasan..kan buleh solat sendiri...)
-dapat cuti masa raye..katenye uni Islam.
-dapat menghayati cebisan erti pengorbanan.. berkorban menentang kemahuan.. (insyaAllah dikongsi pada lain masa..)


oleh sebab pengertian itu.. Aidiladha ini tidak terasa sunyi tanpa keluarga kerana pengertiannya menenangkan qalbu..meskipun rindu itu tetap ada..

6 Nov 2009

adek & puteri I: melakar Mimpi InDah..



"kak puteri.. adek nak mimpi kawen ngan putera raja.."


'e eh adek ni, kenapa tibatiba berangan jauh ni?'


"semalam adek tertidur lame... bile adek bangun adek rase pelik, adek rase nak nangis. tak tahu kenapa. adek tak ingat pun mimpi-mimpi adek, tapi adek tak la rase adek melalui mimpi buruk.. tak tahu kenapa, bangun-bangun rase sedih..'


"oh, mcm tu ke dek, adek tidur tak bace doa ye??'


'hehe..;)'


dulu kak puteri ingat pernah alami satu mimpi tu, mase awal2 mimpi mcm penat sangat.. kena kejar, lari jauh-jauh, terjatuh dalam lubanglah, tergolek-golek, menangis pun ade, tiba2 kene pukul dan macam-macam lagi.. tai di penghujung tidur, kak puteri sempat tersenyum, tiba -tiba bangun pun tersengeh jugak, hee'


owh..


'jadi x semestinya bila mimpi kawen dengan putera raja je yg boleh buat kita bangun dalam keadaan gembira..'


'hee.. tapi sy pelik, mimpi yang x terisi pun boleh effect pada kehidupan selepas bangun..'


ye la dik, sebab tu sebelum tidur perlu minta perlindungan daripada Allah..


ok kak sy pergi dulu...


eh nak pergi mane?bukanke dah nk siap nak pergi sekolah ni?


tak boleh lagila kak.. nak kene pergi dptkan mimpi indah dulu, nak bngun tidur dalam senyuman. barulah man damai.tak dapat real prince charming, 'frog prince' pun oklah kak.. ok kak, oyasuminasai!!!


(terpinga dan tercengang)-salah mendidikkah aku??



"Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur(mimpi), bila mati baru mereka terjaga(tersedar)"
Saidina Ali k.w

Kehidupan di alam maya ini hanyalah bagaikan mimpi bagi manusia.Dunia ini hanyalah permainan. Kehidupan di akhirat nanti adalah kehidupan yang sebenar..
Hidup ini bukan sekadar melakar mimpi indah.. yang diharapkan bangunnya nanti jiwa dan tubuh tidak terseksa..

3 Nov 2009

erti kasih sayang..

Jika sayang, katakan sayang
agar subur rimbunan di hati

Jika rind
u, katakan rindu
agar terubat esak di qalbu

Jari meniti butir penggerak

menghirup udara secangkir nafas

meneguk lelah dan kelekaan

cuba mengerti pesona maya


Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”

Riwayat at-Tabrani

Alhamdulillah setelah 3 purnama(aish) berada di perantauan, dengan izin Allah akhirnya kami dapat mengadakan 'lawatan sambil belajar' di bumi India, sungguh pun tempat yg dituju bukanlah tempat yg terlalu asing bg kami memandangkan lapangan terbang antarabangsa berada di daerah itu, namun inilah kali pertama, keluar dengan tujuan 'melancong!'

Bangalore, India-----28 oktober 2009-1 November 2009


usai menaiki 'roller coaster' @ bas India selama 9 jam

botanical garden-lalbagh India



cover album : sepohon kayu..

lebih banyak gambar & laporan, insya Allah;
http://drmahirah.blogspot.com





untuk kalian berdua..
syukran jazilan..terima kasih byk2 ats layanan kamu,
terima kasih atas 'birthday prank'dr tempe,
terima kasih atas rantai 'ungu'
terima kasih untuk cokelat kesukaan (terharu yg sgt..)
terima kasih cd itu,
terima kasih mawar indah,
yang paling terkesan.. terima kasih untuk bingkisan pd cover cd..
sy juga merindui kalian, usrah kita, jemaah kita,ziarah kita, riadah kita,
ya sahabat.. tarbiyyah itu berada di mana-mana,
pohonlah pada Allah agar dikurniakan hati yang tetap teguh pd jalanNya..
sya suka ini...


"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan dibibir. Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya." - Imam Ghazali

kenapa kasih sayang??.. kerana perjalanan in benar-benar mengajar erti kasih sayang...

13 Oct 2009

dendang perantau...

...roda-roda di rantauan...


'Homesick....'
mengalir air mata kesayuan.., huh, hilang sudah kegagahan dan keperkasaan, air mata tumpah membuktikan segalanya.bagaikan anak kecil.sahabat sekeliling mentertawakan, tak kurang tumpang sekaki merembes cecair dari mata.
baru seketika rasanya bergelar perantau di bumi asing,jika dinisbahkan dengan kehidupan yang telah berlalu, peratusnya sangat kecil. namun soal hati, siapa tahu? siapa yang mampu menghalang gejolak di jiwa?

di perantauan... sangat rindu, rindu pada kampung halaman, tak kisah, asal dapat menjenguk seketika pun sudah memadai, walau bukan kampung sendiri, tetap tanah air sendiri, rindu segalanya, biarpun tak pernah dilalui sebelum ini.hanya dengar khabar berita pun cukup menggembirakan

di perantauan... perasaan ingin kembali ke tanah tempat tumpah darah, tempat lahir, tempat asal, tempat jatuh, tempat terhantuk..yang sangat mendalam.asal ada tiket di tangan, tersenyum lebar sentiasa, biarpun ada anjing bersedia menerkam mangsa di hadapan, diamalkan juga sedekah yang paling mudah, senyum.. terlalu gembira.

di perantauan... sedar tanggungjawab, bukan sengaja pilih nak tinggalkan negara tercinta, namun di bahu ini menggendong bebanan berat, hajatnya pulang nanti membawa kejayaan seperti harapan orang kampung...'ha tu lah org kampung aku, bru balek dari luak negeri..', menggembirakan ibu bapa, sanak saudara.

di perantauan... nak balik cepat, nak balik dengan kejayaan, barulah nanti tak susah kat negara sendiri, takdelah orang nak ejek2 'anak yang tak sedar diuntung, dah makan duit rakyat, tapi main-main'.maka berusalah para perantau. bersengkang mata dengan anatomy, tidur diapit tibia, mimpi diulit biceps brachii, bangunnya?, berputar-putar.. namun, kugagahi jua...akan ku pulang dengan segulung ijazah. perlu bersedia dari sekarang..

homesick...

Di hari hari
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau...

Homesick...

Aku perantau di dunia.. aku di perantauan..

rindukah aku pada' tempat asalku' sepertimana aku merindui tanah airku?

rindukah aku pada' penciptaku' sebagaimana aku merindui ibu bapaku?atau sewajarnya lebih lagi..

sedarkah aku dengan 'tanggungjawab kehidupan' sepertimana aku sedar tanggungjawab ku untuk belajar?

bersediakah aku untuk mencari 'kejayaan di sana' sebagaimana aku mengharapkan kejayaan di sini?


Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda :
' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. '
Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "


homesick...
rindu.., biah yang mengingatkan 'tempat asalku' , ilmu yang mendekatkan aku dengan 'penciptaku', peringatan yang mengingatkan 'tanggungjawabku', teman bersama mencari 'kejayaan hakiki'..

aku sedar aku hanyalah perantau...bekalan aku kan habis, kelak aku akan kembali, di saat ku kembali nanti, kuharapkan 'kantungku' penuh untuk dihadapkan padaNya..

Ya Allah, padamu kusandar segala harapan...

siapa aku? dari mana aku diciptakan? ke mana akan ku pergi?



>> saya tak homesick!!

>> kisah ini bukan kisah saya(penulis),ini kisah seorang insan yang bergelar musafir...

>tidakkah penulis ini (saya) juga seorang insan yang bergelar musafir?

>> tak sedar diri...


11 Oct 2009

dediKasi buat sahabat...

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama...

persahabatan itu indah andai dijalin ikhlas kerana Allah..




p/s: dedikasi keciL untuk saHabat yang dah BeSar


adik n kakak 21 hari...

selamat meyambut ulangtahun kelahiran ke 20..

moga kematangan umur selari dengan peningkatan iman..
salam sayang...

13 Sep 2009

Rindu....

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).


Fasa terakhir Ramadhan. Kemuncak pengharapan hamba pada Rabbnya, menyelak lembaran semalam, persoalan berlegar.. adakah Ramadhan ku kali ini akan menjadi lebih baik daripada dahulu? Adakah aku mendapat impak dari tarbiyah Ramadhan, adakah jiwa dan nafsuku terdidik oleh madrasah Ramadhan..

terlalu rindu, rindu yang sukar ditafsirkan puncanya. hati menangisi kegersangan jiwa. terimbau kenangan penghayatan ramadhan lalu..
5 tahun lalu.. setiap malam diisi dengan tadarrus, dalam kelas lagi. biarpunlah macam kanak-kanak, tapi indah. dengan pelbagai ragam dan pemikiran mampu duduk semeja mengalunkan ayat-ayat suci..
4 tahun lalu.. Ramadhan diisi dengan program pembangunan jiwa, mengimarah malam -malam sebaiknya,setiap hari diisi tazkirah membina
3 tahun lalu.. usrah dan halaqah menjadi penghias tak ketinggalan tadarrus harian, keindahan ukhwah tercipta , biar ada 'agenda dunia' yang penting kiranya semakin hampir. Dijinakkan dengan amalan qiam, bersama mereka..
2 tahun lalu.. Ramadhan di sudut berbeza, berwajah baru, impian baru, impak tarbiyyah berterusan.Qiam penuh semangat, didorong teman-teman sebilik yang tak kurang hebatnya, tadarrus bilik, tadarrus 'usrah',ta'lim, qatam Quran disertai terjemahan..
1 tahun lalu.. Awalan ramdhan ditarbiyyah terus dari Allah, penyaksian suasana sakaratulmaut secara langsung pada malam pertama Ramadhan menjadi penggera, kelak aku akan melaluinya, halaqah dan program ihya' ramadhan menjadi rutin, iftar jamaie pengerat ukhwah, qiammulail, tadarrus, penggerak dakwah, meriah bersama mereka yang lain..

dan tahun ini, terlalu rindu, rindu pada penghayatan semalam, rindu pada amalan dulu, rindu pada suasana terdahulu, rindu keluarga, rindu sahabat seperjuangan, rindu majlis ilmu, rindu program ihya' ramdhan,rindu alunan al-Quran imam tarawikh, rindu kesibukan kerja dakwah,rindu hati-hati yang bersama menagih rahmat ramdhan, rindu sahabat yang tidak pernah merungut kelelahan berpuasa, rindu sahabat yang mengingatkan..

di sini.. cuba mencipta suasana dalam kerinduan, cuba mengeratkan ukhwwah sesama, cuba menyelitkan tarbiyyah, segalanya kupohon padaMu ya Allah, engkau yang memegang hati-hati kami..jauhilah aku daripada kelekaan dan kealpaan..

Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya, ya Allah berikanlah kesempatan kepada kami di pengakhiran ini untuk lebih hampir denganMu..




...FASA TERAKHIR RAMADHAN...

perbanyakkan amalan bukan sekadar banyak makan
pertingkatkan tahajjud bukan sekadar tingkat buat biskut
perhiaskan al-lail dengan alunan al Quran bukan sekadar hias baju raya begemerlapan
perindah harian dengan zikir padaNya bukan sekadar 'indahnya hari raya'
pengharapan rahmat
pengharapan keampunan
pengharapan pembebasan daripada an-naar
pengharapan malam al-Qadar
salam kemaafan,,





21 Aug 2009

SeKoLaH dah buka!!!

Baju sekolah dah jahit? Kasut sekolah dah kapur? Bulu-buku dah beli? Alat tulis dah sedia? Pensel dah asah? Pelbagai persiapan.. hanya ingin menghadapi musim baru persekolahan. Jika yang memilh asrama, pastinya lebih gah persiapan yang dibuat.Cadar,sarung bantal, baldi, cebok, toiletteries,selipar jepun, sandle kelas, stok makanan, coklat..huhu kehendak yang pelbagai.namun masih terikat dengan disiplin.
Bagaimana dengan persiapan untuk belajar? Bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan, pastinya sedikit selakan awal telah dilaksanakan, tak kurang juga kerja-kerja rumah tertangguh perlu dilunaskan.Apa perasaan mereka ye? Berdebar? Mungkin bagi yang pertama sekali masuk ke sekolah, juga berdebar mereka yang terpisah dengan kemanisan dalam persahabatan.Ada yang risau?kenapa? memikirkan perkara-perkara yang akan berlaku di sekolah, mampukah aku melalui hari di sekolah, mampukah Berjaya dalam pelajaran. Cikgu tak marah ke.. Ada juga yang bersedih hati, yalah, masa-masa santai telah berlalu. Perlu terikat dengan disiplin dan tugasan yang padat. Tak ketinggalan, mereka yang teruja dan gembira. Mereka si pencinta ilmu juga merindui ukhwah..
Jika anda yang mana satu ye perasaannya??

Ramadhan semakin hampir juga sudah mula bagi sesetengah kawasan..
Sudah bersediakah kita. Sudah dipohonkah kemaafan agar bermula lembaran Ramdhan yang lebih baik. Sudah bersediakah dengan jadual ibadah? Jika target cemerlang pelajaran, apa pula target semasa Ramadhan? Makan banyak? Diet? Shopping? Bazar Ramadhan? Baju raya?
Bagaimana dengan persiapan untuk beribadah? Adakah target untuk tahajjud manjadi agenda utama, adakah ingin dimulakan tradisi tadarrus.Atau meletakkan sasaran bacaan tilawah. Bagaimana pula kualiti puasa kelak, hanya sekadar lapar dan dahaga?Bagaimana pula dengan perasaan anda? Berdebar menanti kedatangan lailatul qadar? Atau bersedih tidak boleh makan dan minum. Atau gembira dengan tawaran nikmat yang Allah berikan..Jadikanlah Ramdhan sekolah terbaik bagi mendidik diri..
Sekadar refleksi, muhasabah diri..
Justeru.. sahabat, saudara.. peringatan untuk diriku juga.. Manfaatkanlah nikmat yang Allah berikan kepada kita.Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.. Maaf sebarang kesilapan, selamat kembali ke Sekolah Ramadhan!!!

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


16 Aug 2009

Tertutup tingkap,minda tertutup??

Jika anda dikenakan tahanan rumah, apa perasaan?
Jika anda hidup di rumah mewah tanpa dibenarkan keluar , terkurungkah anda?
Jika anda berada di rumah dengan tidak diizinkan menyelak langsir tingkap, tertutupkah anda?
Bagi insane yang lincah, yang hidupnya ke sana ke mari, pastinya pengurungan adalah sebuah hukuman yang menyeksakan. Lebih baik disebat yang seketika daripada dikurung. Alasan pengurungan untuk memelihara, namun minda pesimis tetap dengan pendirian, ini sebuah agenda penindasan.pemandangan sebuah kehidupan, menginginkan kebebasan, hak asasi yang ingin dipertahankan.Sejenak merenung fenomena kegusaran masyarakat.hidup bebas mempertahan hak, namun pemikiran dikurung jerijing besi,utuh.melihat kepada kebatilan untuk diperjuang.Merasakan diri terkebelakang andai tidak turut sama pada arus yang mengalir.akal dibiarkan menerima makanan sewenangnya,pemikiran masih terjajah walau laungan kemerdekaan gamat.mana buktinya? Bagaimana pembangunan insane yang dilihat, ditolak jahiliyah lampau diagungkan jahiliyyah kini, atas rasional perjalanan arus kemodenan.kehidupan diwarnai kebebasan fana.sedarkah kita? Isu dan info yang disogok tanpa saringan positif hanyalah penambahan bata binaan tembok pengurungan pemikiran, inversinya kita lantang mempertahan keterbukaan yang disangka jernih walau hakikatnya membawa kekeruhan ummah.
‘think out of the box’ , pmikiran di luar kotak, bucu mana yang dipilih sebagi laluan keluar pemikiran? Atau pelantar rata yang mana? Kita mampu memberontak jika jasad terkurung, tapi megapa berdiam jika minda dikurung.Revolusi pemikiran yang diinginkan bukanlah seperti idealisme-idealisme yang lain, namun perlu dipasakkan kukuh dengan pengetahuan Islam.Memetik pemikiran us fathi yakan, yang menyatakan perubahan Islam adalah yang paling unggul dan tiada tandingan.Jalan perubahan Islam berdasarkan aqidah yang jitu adalah jalan yang sukar dan berlumpur namun ia merupakan satu-satunya jalan yang hak.
Firman Allah swt:
6:153. Dan bahwa (yang kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka
ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), Karena jalan-jalan
itu mencerai beraikan kamu dari jalannya.
Justeru jangan mengeluh andai diri terkurung di saat minda masih boleh berfikir telus, namun gusarlah andai diri bebas bawah naungan ketertutupan minda.Bukan salah pada tingkap yang tidak dibuka, tapi salah pada diri yang tidak mencari wasilah membuka minda.

>> Entry ini ditulis tika di bawah pengaruh ‘kebebasan direnggut’..cuba mencari salur pencahayan nurani..( terkurung di rumah agam..heh)

20 Jun 2009

Just for FUN!!!

Andai dibandingkan kamar nan satu, pastinya sudah diselaputi sawang

Andai diumpama tunas menghijau, pastinya layu menanti ajal

Andai diumpama gula berserakan, pastinya bersih dihurung semut

Dan pastinya, telah lama ditinggalkan.. mencipta alasan bukan jawapan terbaik

Maaf dipinta jemari disusun

Kembali di saat kerusuhan jiwa,

Moga bicara hati ini mampu didengari …


***********************************************************************


Yeah!! Why so serious?? Just do it! It is just for fun! Grab the opportunities..

Huh?

Apa ertinya pada sebaris ayat kebiasaan..’just for fun’

Salahkah pengertiannya jika diterjemah .. ‘hanya untuk seronok’

Maka kalimat inilah yang sering diguna pakai untuk memujuk hati yang enggan, untuk menasihati jiwa yang menolak.dan hari ini sebaris ayat yang mungkin kurang memberi pengertian bagi sesetengah pihak telah menjadi makanan harian dalam kehidupan.

Kenapa kamu main futsal?

Just for fun..

Apa yang dapat gi main bowling?

Just for fun..

What are the benefits that you can get from joining the ‘dancer group’?

Just for fun..

Mudah bukan, hanya tiga suku kata, yang mungkin boleh merubah pendirian seseorang. Tapi mengapa alasan ini yang diguna pakai dalam kehidupan. Tidakkah setiap perkara dalam kehidupan ini perlu disandarkan kepada Allah. Seronok bagaimana yang dihajati itu perlulah diniatkan kerana Allah.Sekiranya hanya keseronokan diperoleh pada sesi menyepak bola+menyepak sedikit kaki kawan,dan hanya terhenti di situ dan tidak terfikir keseronokan yang dapat dikaitkan dengan Allah, bagaimana ingin menikmati keseronokan abadi di akhirat sana.Bagaimana keadaanya yang kita harapkan kemanisan kehidupan syurga namun riak-riak tingkah laku kita hanya untuk keseronokan di alam fana.Dan perbuatan yang sia-sia itu juga akan dinilai oleh Allah..

Bukanlah bererti diri ini menentang hiburan dan membenci hiburan, bukanlah ingin mengatakan diri ini hanya seorang yang serius dan tidak ‘bergurau-senyum-ketawa-berhibur’(pastinya rakan-rakan yang mengenali akan menentang keras jika ini kenyataan yang dibuat), namun janganlah hiburan dan keseronokan yang didambakan itu menjauhi kita daripada Al-Khaliq, melalaikan diri daripada amanah yang dipertanggungjawabkan. Janganlah sampai jiwa yang luhur dicemari percikan hedonisme mahupun celupan tegar sekularisasi.




“Setiap amalan dimulakan dengan niat dan bagi setiap orang apa yang telah diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa hijrahnya karena dunia yang akan diperolehi atau wanita yang akan dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan.”


Moga setiap perbuatan yang dilakukan diniatkan kerana Allah dan bukan sekadar suka-suka.Jika hari ini tujuan asal sekadar mencari keseronokan, muhasabahlah, dan carilah titik penemu yang menghubungkaitkan amalan itu dengan Allah dan jika pencarian menemui kebuntuan, dan hanya bertitik noktah pada keseronokan duniawi, maka tinggalkanlah.Dan itu yang terbaik bagi seorang hamba yang mengetahui hakikat penciptaan yang bukan sekadar main-main…


Tidak Aku ciptakan langit & bumi & di antara keduanya secara main-main”
(An-Anbiya’, ayat 16)

Persoalannya di sini bukanlah menjadi kesalahan frasa ‘just for fun’ itu, namun huraikanlah bagaimana ‘fun’ dapat dihubungkan dengan ‘fun’ yang tidak terhingga di akhirat kelak..

Elakkanlah penggunaannya sebagai alat memujuk @ alasan penyejuk hati jika jawapannya tidak diperoleh..


Saya sayang kamu, dan kerana itu saya tidak mahu melihat kamu hanya memperoleh keseronokan di dunia ini, dan jika kamu sayang saya, ingatkanlah saya agar tidak lalai dengan santapan hiburan yang enak terhidang, agar nanti kita sama-sama mampu menjadi penghuni syurga abadi…….





I wrote this just for fun!..hehe, but what kind of fun that you get??

ikatan pelajar islam seratas: IPIS