18 Nov 2010

Nota ringkas aidiladha

ALHAMDULILLAH...

Segala puji bagi Allah , tuhan sekalian alam yang masih memberikan kita peluang untuk merasai nikmat berhari raya meskipun kita kadang kala leka dalam perjalanan kehidupan ini.

(abah, ummi & abang-aidiladha 1430H)

Ada apa dengan pengorbanan??

Saban waktu setiap kali menjelang Hari Raya Aidiladha, mimbar-mibar masjid dan juga tazkirah sering kali membangkitkan kisah Nabi Ibrahim dan kita tak terlepas daripada mengungkapkan;“bersama menghayati erti sebenar pengorbanan” “marilah berkorban”..

Bagaimana kita perlu menghayatinya?

Adakah sekadar mendengar dengan khusyuk kisah lalu mengalirkan air mata dan mengatakan ‘oh, aku tidak sekuat itu..’

Adakah sekadar dengan mengagumi pengorbanan para rasul lalu menyimpan angan ‘kalaulah aku di tempat mereka’

Bagaimana pula kita memanifestasikan penghayatan kita dalam kehidupan seharian..?

Ya.. pengorbanan itu bukan sesuatu yang mudah, tidak semudah mengungkapnya.

Namun yakinlah setiap pengorbanan itu terdapat ganjarannya.

Kita lihat bagaimana pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan keluarganya yang mana telah diangkat oleh Allah darjat mereka hingga adanya hari yang signifikan untuk memperingati kisah mereka.

Kita lihat pengorbanan rasulullah saw yang sanggup di hina dan juga dicederakan dengan hanya matlamat untuk menyebarkan Islam,dengan adanya pengobanan baginda akhirnya sampai kepada kita kemanisan Islam ini yang mengangkat darjat kita melebihi yang lain.

Kita lihat bagaimana pengorbanan ibu kita yang bersusah payah mengandung, menyusu dan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang,dengan ketabahan beliau sehingga kita mampu berada di negara ini sedang bermujahadah menuntut ilmu yang InsyaAllah akan menyenangkan hati mereka.

Kita?Apa pengorbanan yang telah kita lakukan kepada ummah? Islam?

Sekecil-kecil pengorbanan kita dalam usaha menggapai redhanya akan diberi ganjaran oleh Allah..

Yakinlah,

Tidak sia-sia kita berkorban menahan lelah hidup di India ini

Tidak sia-sia harta kita untuk disedekahkan

Tidak sia-sia masa yang kita korbankan untuk menghadiri majlis ilmu

Tidak sia-sia pengorbanan yang kita lakukan demi untuk membahagiakan orang lain..

Yakinlah setiap pengorbanan yang dilaksanakan kerana Allah,akan dibayar oleh Nya..

Berkorbanlah sebelum dirimu terkorban di sana...;)

dan pengorbanan itu akan terasa berat tanpa rasa cinta..

Cintailah Allah kerana dia pemilik cinta yang hakiki.....

Salam aidiladha!!!!

Taqaballaahu minna waminkum..

ikatan pelajar islam seratas: IPIS