10 Jul 2010

ajaib


aduhai jiwa bersandiwara
menyatakan gagah pada gaya,
melafazkan perkasa pada bicara
dicelah lembaran tingkah, ada sangsinya
disebalik lantunan kata, penuh getarnya
Aduhai manusia lemah,
gagahnya kamu hanya dengan Islam,
perkasanya kamu hanya dengan Iman,
di saat mereka merusuh,kau mencari kekuatan
tika mereka gelisah kau memilih ketenangan
kerana 'ajaib'nya kamu orang beriman
tak lapuk dek ujian dan khianat
tak lekang dek pujian dan nikmat
jadikan anbiya' sebagai qudwah
tidak lemah dengan dugaan
tidak putus asa dengan cabaran
kepada ArRahman kasih dipadukan
samudera direntas , gunung ditawan
niat diperteguh tawakkal kepadaNya
usaha diperkukuh diiringi harapan dan doa
Dialah pemilik segalanya
tiada daya kekuatan melebihiNya
menang kamu aturanNya
kalah kamu ketentuanNya
ajaibnya kamu kerana Dia..
Ya Rabb...

counting the days..;
1 day to go for the days with restlessness & tachy cardia
17 days to go for the day of independence & happiness
31 days to go for the month of maghfirah & rahmah
unexpected day for the day of 'ajal'
May Allah ease..
Insya Allah..



******************

mereka bertanya tentang isra' mikraj..
benar, tiada dalil khusus yang menyabitkan berlakunya kejadian tersebut
pada 27 Rejab melainkan pendapat sebahagian ulama'
tiada dalil untuk ibadah khusus melainkan amalan2 sunnah di bulan Rejab
sebaliknya carilah ibrah di sebalik peristiwa..
kenali Al Aqsa
pelihara solat yang difardhukan

wallahualam..


*raheeq makhtum

ikatan pelajar islam seratas: IPIS