24 Jul 2011

motivasi ringkas

"dah siap homework?"
"sudah! alhamdulillah, dengan gembiranya.."
"abah nak bagitahu ni..."
"oh, patutlah abah telefon balik tengah-tengah malam sedangkan sejam tadi baru bergayut dengan ummi sambil tangan menyiapkan assingment.
nak bagitahu apa?"
"ayah pi sedang nazak..."

kenangan awal Ramadhan 3 tahun lalu, kembali menghiasai fikiran.Di saat malam 1 Ramadhan bermula di bilik kecil di hospital, malam itu Allah mengizinkan penyaksian sakaratul maut itu. Allah mengizinkan merasai getaran saat nyawa ditarik keluar dari jasad.Saat nafas terakhir dihembus, semua tertuduk, bersyukur dengan kalimah la ilahaillallah yang meniti di bibir arwah setelah lama bertarung di ambang ajal. Linangan air mata yang mengalir menyimpan pelbagai perasaan.

dan semalam, berita seumpama ini didatangkan kembali daripada Allah,di saat sedang menghitung hari menanti kedatangan Ramadhan. jauh di sudut hati terasa ingin bersama ahli keluarga di sana,untuk saling menguatkan.Namun Allah lebih tahu keberadaan yang terbaik untuk hambaNya.

MAUT itu bukan perosak gembira, perobek tawa, tapi adalah peringatan daripadaNya. Satu saat nanti, cepat atau lambat , kita pasti akan melaluinya. Yang diharapkan adalah penyudahan yang baik ',husnul khatimah'.
Sesiapa yang sentiasa mengingati maut akan berusaha yang paling baik untuk mencari redha Allah,setiap masa, kerana saatnya untuk diri dipanggil kembali menghadap Al Khaliq adalah rahsiaNya. Boleh jadi bulan depan, minggu depan, esok atau hari ini, selepas ini.

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim.
Dan tiada seorang pun yang dapat mengeta
hui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
31;31

Rugilah bagi mereka (diri sendiri terutama) yang tidak menjadikan peringatan yang berulang kali daripada Allah ini sebagai pengajaran untuk kembali mengkoreksi diri.

Cukuplah MAUT sebagai motivasi untuk beramal.Ya, seperti situasi yang sering dilalui, kita tahu tiket pulang ke kampung halaman adalah pada esok hari, pastinya sejak dari awal kita akan mula berkemas, memilih-milih buah tangan, dan boleh saja tidak tidur malam kerana terlalu teruja menanti saat itu.
Begitu juga seharusnya, persiapan kita untuk bertemu Allah malah perlu lebih hebat lagi, kerana kita tahu kita akan kembali cuma bezanya kita tak mengetahui saatnya bila.
Moga disaat masa itu kelak, tiada penyesalan bagi kita.

Ramadhan semakin hampir.Moga diberi kesempatan daripadaNya



"Grab the opportunity as the time is passing and we are getting very near to it"

31 May 2011

Him


"Truly in the heart there is a sadness that cannot be removed

except with the happiness of knowing Allah

and being true to Him.

And in it there is an emptiness that cannot be filled

except with love for Him and by turning to Him

and always remembering Him.

And if a person were given all of the world and what is in it,

it would not fill this emptiness."

(Ibn Al-Qayyim)

29 Apr 2011

"i love u"

Amin...Tangan diraup ke muka.Tubuh disandarkan landai pada almari.Al-quran di genggaman didakap erat.Mata dirapatkan ringan.Perlahan-lahan senyuman diukir..indah.

Gedebuk!! Uish! Terasa hentaman kuat separa kenyal pada muka, oh ‘tuk kura’ bergolek di atas paha.

“kenapa tu Im? Aku dah konpius ni, tak tahu nak diagnose ape, erotomania, hallucination, schizophrenia? bila tengok ko senyum sorang-sorang cam gitu., Ape kes ha?”

“hmm”..sambil tersenyum lebih lebar .

“eh, makin lebar! Tak nak bagi jawapan ke mengapa anda tersenyum sendirian wahai sahabatku sayang? Dah ada yang masuk meminangkah?”

“haha.saje Lia ni, baru nak berangan-angan sikit, dah kene lempar dengan kura-kura ni..hmm, teringat sesuatu tadi..”

“ha ape dia? Ce cite! Ce cite!” lantas kaki dilipatkan.tangan menongkat dagu.mata dijegilkan, gaya-gaya yang sangat excited mendengar cerita.

“teringatkan kenangan lama..

Macam ni,..

dulu kami pernah bersama,bukanlah setiap hari berjumpa tapi terasa seperti selalu dekat.hati kami bagaikan ditaut erat.walau tak bermesej, yakin yang dalam hati kami sentiasa mengingati, tapi bukan boleh lama-lama tahan tak berhubungan, bila dah rindu sangat mesti mesej punya. Tak pun buzz-buzz dekat YM, ke tinggal emoticon kat skype. Nak bagitahu rindu sangat..masa sakit selalu ingatkan beri kata semangat, masa gembira sama-sama bersuka ria.Memang indah sangat la mase tu.rasa macam ada orang sayang. ..” sambil kening di ‘double jerk’ kan dengan senyuman yang masih tak hilang.

“ok.. ce cite habis-habis dulu sebelum buat muke bangga macam tu.plot tak sampai klimaks lagi ni..dah perasan ade orang sayang..”mata yang jegil tadi dipincingkan sedikit tanda tak puas hati.

“biarlah nak perasan!realiti ok! Kasih sayang kami bukan hanya dibuktikan dengan mesej-mesej ‘l love u’ tapi..”

“bukan hanya? Oh.. maksudnya buat juga la kan? Mesej-mesej ‘i love u’ jugak la kan??” dahi dikerutkan.

“haah! Selalu! Tapi paling suka..”

“cube bagitahu ko buat hal ni dengan siape? Macam tak caye je ko yang buat bende ni? Ade cubaan memperdayakah di sini? Tak baik tipu tau Im..”

“tak tipu la! Dengar cerita sampai habis dulu.tadi sibuk sangat kacau orang syok sendiri..hmm”nafas berat dilepaskan.bagaikan ada yang menyekat.

namun bibir kembali menguntum senyuman pabila mula menyambung cerita

“rasa paling seronok bila bersama dulu, kami selalu beri peringatan bersama.dia macam tahu-tahu je bila rohani saya lapar.mula-mula cuak juga nak bagi tazkirah, tapi dia beri semangat dan tunjuk ajar.Dulu dialah jadi penguat saya untuk konsisten buat qiamullail, bila tahu dia bersungguh buat , saya lebih bersemangat.dia ingatkan untuk maintain solat berjemaah Subuh, sebab katanya orientalis barat menilai kekuatan ummat Islam dengan melihat kekuatan jemaah Subuh dibandingkan dengan jemaah Solat Jumaat.hmm, walaupun lebih diberatkan untuk kaum lelaki, tapi kita jugakan srikandi agama?eh terbagi tazkirah kat awak pula..

selalu dia ajak saya tadabbur AlQuran bersama dan dia sangat pantang bila tahu saya sedang lapang, mesti dia bacakan hadis “sampaikanlah daripadaku walau satu ayat”.

Bila saya sedih dia akan sedia mendengar, kalo saya tak cerita dia tak kisah pun tapi kata-kata dia selalu menenangkan hati.sebab kami percaya, apa yang disampaikan daripada hati akan sampai ke hati.dia macam sangat memahami”

“ok.. u guys are both complement to each other. Then? Sekarang masih berhubungan lagikah. Masih ber ‘ i love u’ lagikah?” riak perasaan excited semakin hilang di wajah.bagaikan ada perkara yang dimusykilkan.

“tapi, itu cerita dulu.. sekarang dah tak kerap berhubungan macam dulu.kadang-kadang je..”

“apsal? Dah tak sayang ke? Dah tak perasaan ade orang sayang lagi?”

“taklah sekarang lagi sangggat sayang. Sebab sekarang dah jauh.hmm, jauh..” senyuman yang tak putus-putus sejak tadi mulai kendur.

“kenapa ada masalah?”

“fizikal dah jauh..tapi InsyaAllah harap hati tak jauh..harap masih kuat tautannya.sangat rindu.. sebab tu la berangan sekejap tadi.tapi Lia kacau pula..”

“ok..kalau rindu pergilah mesej ke,buzz ym ke, poke kf fb ke, pegi hantar emoticons kat skype or buat ape2 yang korang selalu buat dulu..tapi bab ‘ i love u’ tu aku agak kurang bersetuju..Bukan ko ke selalu ingatkan aku kene jaga hati..jangan sampai lalai daripada mengingati Allah, bukankah zina hati itu juga sebahagian...”

“weh!! Awak ingat ‘dia’ tu sape hah??”

“ermm... you are the one that should answer this.”wajah tanpa riak.

“ ‘dia’ tu sahabat-sahabat saya la....”

“maafkan saya cik Im, bukankah ‘dia’ itu singular, ‘sahabat-sahabat’ itu plural.??”nada tak puas hati.

“sebab ‘mereka’ yang ramai itulah yang dihadiahkan daripada Allah untuk menjadi ‘dia’ kepada saya.Ikatan yang mengikat hati itu ikatan ‘Aqidah’.kami berkasih untuk mencapai redha Allah..”

“hmm oklah kalau macam tu. Pergilah mesej diorang..” sambil membuka lipatan kaki, bersedia untuk bergerak dari situ..

“eh, kenapa lari pula ni? Dah tak nak dengar cerita..?” sambil melihat Lia yang mula merangkak naik ke katil, bagaikan gaya anak kecil merajuk ‘lain macam je Lia ni..’

“Im, ko teringat kawan-kawan lama ko je ke?Aku tak termasuk dalam ‘dia’ tu?”

“haha.. patutlah macam merajuk.”

Gedebuk!! Ada sesuatu separa kenyal singgah di perut Auliya’.

“adeh, ape ni! ”

“serangan balas oleh ‘tuk kura’..



(tuk kura sebagai watak ketiga)

Lia... kita berkasih untuk capai redha Allah kan??

Pastinya sesiapa yang membina ikatan kerana Allah adalah sahabat-sahabat saya..kasih-kasih yang saya rindu.walaupun dia berada dekat , jauh di mata atau mungkin tak pernah bersua lagi.. Kerana matlamat kita sama..

Lia awak lah antara sahabat sayang yang saya kasih..”. .terasa gementar menuturkannya.

‘Ya Allah, andai kutersilap bicara, ampunkanlah dosaku, lembutkanlah hatinya, lapangkanlah jiwanya.aku sangat kasih kepadanya.’..

Senyap.. hanya bunyi bilah-bilah kipas berputar yang bagaikan helicopter itu kedengaran. Suasana malam terasa sunyi.Align Centre

“Im, I LOVE U dear..”

“Uhibbukifillah...” ada cecair suam-suam suku mengalir di penjuru mata.


**********

“Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan cinta kepadanya.”
(Abu Dawud dan Tirmidzi)

Anas r.a. mengatakan bahwa seseorang berada di sisi Rasulullah saw., lalu salah seorang sahabat melewatinya. Orang yang berada di sisi Rasulullah tersebut mengatakan, “Aku mencintai dia, ya Rasulullah.” Lalu Nabi bersabda, “Apakah kamu sudah memberitahukan dia?” Orang itu menjawab, “Belum.” Kemudian Rasulullah saw. bersabda, “Beritahukan kepadanya.” Lalu orang tersebut memberitahukannya dan berkata, “Sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah.” Kemudian orang yang dicintai itu menjawab, “Semoga Allah mencintaimu karena engkau mencintaiku karena-Nya.”
(Abu Dawud)

“Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.”
( Az-Zukhruf: 67)





28 Mar 2011

tour guide

pak cik X:excuse me, sir, ma'am.., do you want someone to guide u?
I can explain you in details about this palace..

Y :how much should i pay you?

pak cik X:Rs 350

(haah! dah la nak masuk kena bayar Rs 200, x 3 dah 600, tempe bayar Rs 20 je sorang..mahal! ) =murmuring in BM so that he won't understand.
tapi NAK TAHU...

Y: Okay sir.Please show us the way.

mysore palace

Sedang termengah-mengah menghabiskan lawatan bersejarah bersama famili di Mysore, tiba-tiba minda diketuk dengan pernyataan abah..
"kalau kita tak ambil tour guide tadi, mesti kita tak tahu benda-benda kecil kat dalam istana tu tadi"
tambah ummi
"betul, tak perasan pun gambar 3D yang mengekori pandangan kita"
"oh, sangat betul, tak tahu pun dibuat daripada emas ke ape, semua nampak oren-oren ja. kalau masuk sendiri, sepuloh minit dah habis, pastu nanti bising-bising bayar mahal tapi tak dapat apa-apa.."-monolog saya sendirian yang masih 'terkejut' dengan harga tiket masuk tadi..

Apa yang tersentuhnya?
Kehadiran 'tour guide' membantu perjalanan, dia menunjukkan arah, dia menceritakan sejarah ,dia menerangkan maklumat secara terperinci & akhirnya kita peroleh sesuatu..Dalam kehidupan ini, sama juga seperti kita pergi merantau, kita pergi berziarah, melawat, melancong dan yang sama waktu dengannya yang mana kita tak tahu dengan jelas perihal tempat yang kita lawati..
Allah, tuhan yang mencipta kita tidak meninggalkan kita tanpa panduan untuk menyelusuri kehidupan yang misteri ini. Dibekalkan kita AL-QURAN agar kita tahu.. agar kita faham..

Pada Al quran itu.. ada tujuan kenapa kita diciptakan

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan supaya mereka menyembah-Ku. 51:56


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".
Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah)
di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya
dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih
dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".2;30

Pada Al Quran itu.. Allah ceritakan kenikmatan syurga dan kedahsyatan neraka

Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka
yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan
surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya.
Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam surga-surga itu,
mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu."
Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan
untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci
dan mereka kekal di dalamnya.2;25

Pada Al Quran itu.. Allah bongkarkan kisah-kisah manusia dulu

Dan itulah (kisah) kaum Ad yang mengingkari
tanda-tanda kekuasaan Tuhan mereka,
dan mendurhakai rasul-rasul Allah
dan mereka menuruti perintah semua penguasa yang
sewenang-wenang lagi menentang (kebenaran).11;59


Pada Al-Quran itu.. Allah ingatkan hambanya yang leka

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah,
lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri.
Mereka itulah orang-orang yang fasik.59;19

Pada Al Quran itu.. Allah ajarkan cara berhubung dengan manusia

Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang
maka damaikanlah antara keduanya.
Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya
terhadap golongan yang lain maka
perangilah golongan yang berbuat aniaya itu
sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah;
jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah),
maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.49.9

Pada Al Quran itu.. Allah ceritakan asal usul manusia, alam

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.23;12

Pada Al Quran itu ada banyak perkara yang tak tertulis di sini..
sedangkan sekecil-kecil perkara juga diajarkan Allah kepada kita..
(Pada Al Quran itu juga ada diajarkan cara membuat nasi lemak yang sedap;) -ada yang nak bagi ayatnya??)

Apatah lagi perkara-perkara besar yang Allah ingin ingatkan hamba yang dikasihiNya.
Al Quran it bukan hanya sebagai alunan untuk dipertandingkan , bukan hanya bacaan pelindung diri.. Tapi itu adalah Qalam Allah yang mengajar hambaNya bagaimana untuk menjalani hidup ini dengan baik. Al Quran itu adalah manual kehidupan kita.
Siapa yang lebih mengetahui tentang ciptaannya melainkan Penciptanya?
Hidup tanpa matlamat & panduan memandu ke arah kesesatan dan kita tak akan sedar dengan kenikmatan atau pengajaran yang Allah ingin sampaikan dalam perjalanan hidup ini.

Bacalah Al Quran..
Tadabburlah (baca dengan makna) agar kita faham apa yang Allah sampaikan..
Moga kita tidak sesat dalam perjalanan kehidupan ini tanpa merujuk panduan yang dikurniakan..


Moga Allah menjadikan diri kita sentiasa dekat dengan QalamNya..
Dialah yang Maha Mengetahui tentang keadaan hambaNya..


*terima kasih ummi & abah atas ziarah... moga ikatan kasih ini kekal di akhirat sana..(baru lepas 2 minggu, dah rindu balik ;( ) Terima kasih buat abang juga atas bekalan sebeg penuh..paling suka 'buku-buku' banyak...

ikatan pelajar islam seratas: IPIS