26 Jan 2010

masih...

1,2,3 Preett!!!...

Kakiku mula melangkah.Ya melihat destinasi di sana. Ooh bercahaya-cahaya medal kemenangan. Tubuh dilonjakkan ke hadapan, ayunan kaki diperkemas, badan diringankan.

Peluh menitik membasahi wajah, nafas mulai turun naik, di hadapan ade halangan.. bersedia untuk melompat, Ya!lompakan menjadi, palang tidak terjatuh. Suara-suara sorakan disekeliling menggamat kan suasana. Aku pasti menang.

Larian semakin pantas, tolehan dibuat kebelakang, rakan-rakan semakin mendekati. Rakan atau saingan? Ahh.. biarkan, yang penting aku akan ke penamat.Ada yang terjatuh di belakang.. Patah balik?? Oh, aku perlu ke depan.

Selekoh tajam!! Pusingan maut dibuat , derap kaki diperkukuh mengurangkan kesan trek yang licin, mungkin saja terjelepuk seperti mereka yang lain. Lihat kemenangan semakin bersinar-sinar pada pandangan.

Larian masih diteruskan, namun hari semakin gelap..Lampu-lampu tidak kelihatan di tepi-tepi trek ini.Nafas makin tercungap.Pandangan semakin kelam.Ooh, silauan cahaya di belakang menggangu penglihatan,Cahaya itu semakin dekat dan... melepasiku.Rakanku bersama obornya menyaingiku..

Aku sudah keletihan, tekanan oksigen semakin rendah, ditambah pula suasana yang gelap, aku menumpang serakan kecil cahaya rakanku tadi..dia semakin jauh.. pandangan semakin gelap.

Aduh!!, batu besar ini berjaya menghumbanku terbaring di atas trek.. Aku cuba bangun, tidak berdaya. Aku terlalu penat.Asid Lactic berkumpul pada sendi-sendi tubuhku. Tiada lagi cahaya, meskipun dari sinar rembulan.

Aku sudah tidak berdaya, tidak mampu mengharungi malam tanpa cahaya walau ku rasa aku semakin menghampiri garisan penamat, mengapa aku tidak membawa oborku.Aku mengalah.. aku kepenatan.Ku kira larianku telah jauh.ya, cukuplah.. aku ingin menutup mata barang seketika,mengembalikan kekuatan, ku harap meneruskan larian ku pabila cahaya menyinari..


Aku membuka mata..

Cahaya menyimbahi muka..

ooh.. aku masih di sini..

masih di petak permulaan..

teman masih lagi memanaskan badan..

obor dicari agar pelarian tidak gelap..

aku masih belum mula berlari..

aku masih belum mula berlari..

sedari tadi aku masih di sini...


ikatan pelajar islam seratas: IPIS