21 Aug 2009

SeKoLaH dah buka!!!

Baju sekolah dah jahit? Kasut sekolah dah kapur? Bulu-buku dah beli? Alat tulis dah sedia? Pensel dah asah? Pelbagai persiapan.. hanya ingin menghadapi musim baru persekolahan. Jika yang memilh asrama, pastinya lebih gah persiapan yang dibuat.Cadar,sarung bantal, baldi, cebok, toiletteries,selipar jepun, sandle kelas, stok makanan, coklat..huhu kehendak yang pelbagai.namun masih terikat dengan disiplin.
Bagaimana dengan persiapan untuk belajar? Bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan, pastinya sedikit selakan awal telah dilaksanakan, tak kurang juga kerja-kerja rumah tertangguh perlu dilunaskan.Apa perasaan mereka ye? Berdebar? Mungkin bagi yang pertama sekali masuk ke sekolah, juga berdebar mereka yang terpisah dengan kemanisan dalam persahabatan.Ada yang risau?kenapa? memikirkan perkara-perkara yang akan berlaku di sekolah, mampukah aku melalui hari di sekolah, mampukah Berjaya dalam pelajaran. Cikgu tak marah ke.. Ada juga yang bersedih hati, yalah, masa-masa santai telah berlalu. Perlu terikat dengan disiplin dan tugasan yang padat. Tak ketinggalan, mereka yang teruja dan gembira. Mereka si pencinta ilmu juga merindui ukhwah..
Jika anda yang mana satu ye perasaannya??

Ramadhan semakin hampir juga sudah mula bagi sesetengah kawasan..
Sudah bersediakah kita. Sudah dipohonkah kemaafan agar bermula lembaran Ramdhan yang lebih baik. Sudah bersediakah dengan jadual ibadah? Jika target cemerlang pelajaran, apa pula target semasa Ramadhan? Makan banyak? Diet? Shopping? Bazar Ramadhan? Baju raya?
Bagaimana dengan persiapan untuk beribadah? Adakah target untuk tahajjud manjadi agenda utama, adakah ingin dimulakan tradisi tadarrus.Atau meletakkan sasaran bacaan tilawah. Bagaimana pula kualiti puasa kelak, hanya sekadar lapar dan dahaga?Bagaimana pula dengan perasaan anda? Berdebar menanti kedatangan lailatul qadar? Atau bersedih tidak boleh makan dan minum. Atau gembira dengan tawaran nikmat yang Allah berikan..Jadikanlah Ramdhan sekolah terbaik bagi mendidik diri..
Sekadar refleksi, muhasabah diri..
Justeru.. sahabat, saudara.. peringatan untuk diriku juga.. Manfaatkanlah nikmat yang Allah berikan kepada kita.Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.. Maaf sebarang kesilapan, selamat kembali ke Sekolah Ramadhan!!!

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


2 comments:

  1. salam alaik mazni!..saya yg nih..huhu..

    "Ada juga yang bersedih hati, yalah, masa-masa santai telah berlalu. Perlu terikat dengan DISIPLIN dan tugasan yang padat. Tak ketinggalan, mereka yang teruja dan gembira. Mereka si pencinta ilmu juga merindui UKHWAH.."

    selamat menyambut ramadhan sahabat!

    ReplyDelete
  2. salam ya ukhti... saya yang nih, hehe...

    "tak kurang juga kerja-kerja rumah tertangguh perlu dilunaskan."

    moga Ramadhan kali ini, Allah permudahkan urusan, tiada 'homework' yang tak terlangsai. Ya Allah, Kau tahu sejauh mana kemampuan kami, maka bantulah kami Ya Allah. sungguh kami rindu 'result' yang cemerlang di akhir nanti...

    ReplyDelete