10 May 2009

ummi...



selamat hari ibu.. ummi :)

UIA vs YENEPOYA


“ nanti nak sambung blaja kat UIA.. dekat ja, bi’ah terpelihara”

Ingatan sayup menyingkap sebuah impian sewaktu masih di alam persekolahan.Menidakkan tawaran yang lain dan meletakkan UIA-perubatan sebagai pilihan utama..dan ternyata Allah yang menetapkan setiap sesuatu,Tawaran yang diterima langsung tidak tertera nama UIA pada warkahnya.Tawaran asasi sains hayat-UM menyebabkan diri berada dalam dilema.Cuba memujuk hati yang sedikit kecewa.

‘Nak pak cik tolong buat rayuan untuk masuk UIA, pak cik ade kawan..’

Boleh saja nak meggunakan kesempatan ini, seperti orang mengantuk disorongkan bantal,namun akal sedar menidakkan.Wahai diri bersyukurlah.. persiapan untuk ke UM diteruskan jua walau hati tidak sepenuhnya menerima kenyataan yang perlu diterima. Macam orang frust bercinta dan disuruh kahwin dengan orang lain lagaknya..(betulkah?).

Dengan sibuk-sibuk membuat persiapan untuk ke UM, bingkisan tebal dari JPA menyinggah di rumah.,INDIA-PERUBATAN;, kembali dilema.tak terfikir pun nak sambung belajar di luar Negara, hanya sekadar seronok-seronok mengisi borang dan menghadiri temuduga.dah lah India pula tu, bayangan-bayangan filem hidustan menari-menari di ruang fikiran. Ramai, sesak, kotor, pistol,penjahat, gaduh..huh, bersikap pesimis.Hanya petunjuk Allah yang dimohon…

“berikut pelajar-pelajar yang akan ke YENEPOYA MEDICAL COLLEGE.. Mazni Mahirah..”

Tersentak. Tergamam.Terasa ingin men‘cuci mata’ seketika.Alhamdulillah. Otak tidak dapat mentafsir, di mana lokasi uni itu, macam tak pernah dengar je.apa perasaan sekarang? Seronok? Sedih? Takut? Macam bercampur baur, blank. Itu yang terbaik.

‘tahniah Mazni, awak dapat uni Islam tu’ bisik rakan di sebelah.Oh ye ke, tak perasan pula.

‘Yenepoya, they only request for muslim student’ tambah En Annizam. Oho, jadi benarlah ini dia universiti Islam yang diperkatakan duluUniversiti yang pernah menetap di sudut hati sewaktu a-level dahulu. Semenjak dua menjak ni, dah tak terfikir untuk mengharapkan kemasukan ke universiti tersebut.Hanya doa yang dipanjatkan, Ya Allah berikanlah tempat yang terbaik untukku..

************************************************************************************

Antara impian dan reality


Kehidupan tanpa impian dan cita-cita umpama perjalanan tanpa noktah, bagaikan pelayaran tidak berpelabuhan. Impian yang membentuk matlamat dalam kehidupan.Impian utama mengejar mardhatillah.Namun, impian hanya tinggal angan-angan jika tidak dituruti dengan usaha dan doa.

“kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir ummat ini kerana bersifat bakhildan banyak berangan-angan.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Hakikatnya berhadapan realiti tidak semudah melakar impian.Kadangkala jiwa merintih, tubuh lelah menerima aturan tuhan.Kerapkali sikap manusia mengingkari takdir yang ditetapkan.Yakinlah, Dialah yang Maha Penyayang dan Dia mempunyai aturan tersendiri yang pastinya terbaik untuk hambanya.


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

*************************************************************************************

Dan hikmahnya terembunyi,hanya dapat dilihat oleh mata yang melihat, hanya didengari telinga yang mendengar. Sameke kat uni di India dan malaysia..mesti x kan..huh, 'nanage gotilla'..




ni gambar yenepoya medical college (kalo x salah copy la..)



- post yang dh agak basi.. gara2 wireless cnction la ni.. huhu, alasan :)


3 May 2009

AkHirnYa...

Akhirnya..setelah genap 40 hari bergelar pelajar ‘kursus bahasa-bahasa’ barulah diizinkan oleh Allah untuk melakar sedikit coretan berkenaannya.sekian lama idea-idea dikumpulkan, namun outputnya terbatas dek kerana keadaan ‘wireless network’ di kolej bagaikan chipsmore.. (huh, salahkan wi-fi, & insan yg bertanggungjawab, wajarkah???- alasan..)
Ada apa dengan ‘Kursus Bahasa India’..?
Ade cikgu best..
Duk lepak-lepak je
Kelas selalu start pukul sebelas( exclude yg pukul 7)
Tak payah susah-susah hafal formula
Tak payah risau-risau dapat ke tak sayap untuk fly
Dalam kelas boleh bersuka-suki
Banyak aktiviti ‘menarik’..
Atau mungkin?
Tension..byk vocab kene hafal
Penat kelas full hari ni
Confused, huruf-huruf dah bertukar-tukar
Tekanan perasaan bila diasak soalan uji minda di dalam kelas
Pening nak paham lecturer
Terpaksa join aktiviti ‘di luar bidang kuasa’
Tidak mengertikah wahai lecturers, betapa berbelitnya minda kami
Kenapa perlu ini semua..
Nak balik..

Pilihan terletak di tangan anda untuk memilih pandangan sendiri.biarlah sebagaimana asal kita dapat melihat sebab dan natijah pelaksanaan program ini.Seronok ape, sikit lagi kepala boleh pusing 359 darjah.dan yang pasti pandangan daripada mata hatilah adalah yang benar dan paling hampir dengan fitrah insani.Rujuklah professor qalbu untuk mengetahui skala keimanan..
Kehidupan yang bahagia @ dibahagiakan semasa program ini banyak memberi pengertian hidup.Sungguhpun perjalanan program masih panjang, namun ibrohnya masih boleh dikutip di sana-sini. KECELARUAN IDENTITI..berlakukah? Kadangkala jiwa kerdil ini tertanya-tanya adakah perlu kita mengenali budaya India>selaku pelajar kursus bahasa India. kata orang, tak kenal maka tak cinta, jadi mungkin atas rasional ingin menyemai kecintaan itu budayanya perlu dikenali bukan hanya sekadar mempelajari bahasanya.Namun, adakah budaya yang dikenali dan cuba difahami itu perlu diteladani dan dijadikan amalan seratus peratus. Bukankah India merupakan salah satu daripada Negara bekas jajahan British yang mana mungkin saja proses asimilasi budaya daripada Barat berlaku di India.tidakkah ini merupakan salah satu tinggalan senjata halus yang mampu membunuh.(tidak dinafikan terdapat budaya yang positif..).Tidakkah ini salah satu bentuk perang saraf yang tidak kelihatan. Dan adakah wajar kita sebagai ummat Islam yang mengaku beriman dan mengamalkan ajaran Islam menerima pembudayaan yang berlaku pada diri sehingga melunturkan personality Islam yang dipanggung.Minda diasak tegar, Iman meronta lemas mencari penyelesaian keserabutan jiwa yang melanda. Penyelesaiannya mudah.. kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah

" Aku tinggalkan kamu dua perkara supaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al- Quran dan Sunnah"

Walau apa warna pakaian yang dipilih, walau apa corak yang dipamer, jangan sampai terlucut rekabentuk akhlak Islam yang unggul.Walau enak hidangan pembuka selera, walau menggiurkan makanan terhidang jangan sampai santapan lahir jauh dari Islam.Memahami budaya baru bukan bererti menanggalkan budaya lama..

Dan masanya pasti kembali, saat jiwa dirajai nafsu, tika iman tidak lagi didengari, akhlak Islami luntur hanya kerana memenuhi tuntutan dunia..Kecelaruan identiti menapak kembali.

“Ya Allah, padaMu aku serahkan jiwa ini, hanya padaMu tempatku menagih simpati.Ya Allah, tetapkanlah iman kami, jauhilah kami daripada kelalaian dan kealpaan dengan perhiasan dunia, perkukuhkanlah jati diri kami.Ya Allah, hanya Engkau yang maha berkuasa dan memberi petunjuk hanya pada siapa yang Engkau kehendaki’

..ni name dalam 4 tulisan..