20 Jun 2009

Just for FUN!!!

Andai dibandingkan kamar nan satu, pastinya sudah diselaputi sawang

Andai diumpama tunas menghijau, pastinya layu menanti ajal

Andai diumpama gula berserakan, pastinya bersih dihurung semut

Dan pastinya, telah lama ditinggalkan.. mencipta alasan bukan jawapan terbaik

Maaf dipinta jemari disusun

Kembali di saat kerusuhan jiwa,

Moga bicara hati ini mampu didengari …


***********************************************************************


Yeah!! Why so serious?? Just do it! It is just for fun! Grab the opportunities..

Huh?

Apa ertinya pada sebaris ayat kebiasaan..’just for fun’

Salahkah pengertiannya jika diterjemah .. ‘hanya untuk seronok’

Maka kalimat inilah yang sering diguna pakai untuk memujuk hati yang enggan, untuk menasihati jiwa yang menolak.dan hari ini sebaris ayat yang mungkin kurang memberi pengertian bagi sesetengah pihak telah menjadi makanan harian dalam kehidupan.

Kenapa kamu main futsal?

Just for fun..

Apa yang dapat gi main bowling?

Just for fun..

What are the benefits that you can get from joining the ‘dancer group’?

Just for fun..

Mudah bukan, hanya tiga suku kata, yang mungkin boleh merubah pendirian seseorang. Tapi mengapa alasan ini yang diguna pakai dalam kehidupan. Tidakkah setiap perkara dalam kehidupan ini perlu disandarkan kepada Allah. Seronok bagaimana yang dihajati itu perlulah diniatkan kerana Allah.Sekiranya hanya keseronokan diperoleh pada sesi menyepak bola+menyepak sedikit kaki kawan,dan hanya terhenti di situ dan tidak terfikir keseronokan yang dapat dikaitkan dengan Allah, bagaimana ingin menikmati keseronokan abadi di akhirat sana.Bagaimana keadaanya yang kita harapkan kemanisan kehidupan syurga namun riak-riak tingkah laku kita hanya untuk keseronokan di alam fana.Dan perbuatan yang sia-sia itu juga akan dinilai oleh Allah..

Bukanlah bererti diri ini menentang hiburan dan membenci hiburan, bukanlah ingin mengatakan diri ini hanya seorang yang serius dan tidak ‘bergurau-senyum-ketawa-berhibur’(pastinya rakan-rakan yang mengenali akan menentang keras jika ini kenyataan yang dibuat), namun janganlah hiburan dan keseronokan yang didambakan itu menjauhi kita daripada Al-Khaliq, melalaikan diri daripada amanah yang dipertanggungjawabkan. Janganlah sampai jiwa yang luhur dicemari percikan hedonisme mahupun celupan tegar sekularisasi.




“Setiap amalan dimulakan dengan niat dan bagi setiap orang apa yang telah diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa hijrahnya karena dunia yang akan diperolehi atau wanita yang akan dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan.”


Moga setiap perbuatan yang dilakukan diniatkan kerana Allah dan bukan sekadar suka-suka.Jika hari ini tujuan asal sekadar mencari keseronokan, muhasabahlah, dan carilah titik penemu yang menghubungkaitkan amalan itu dengan Allah dan jika pencarian menemui kebuntuan, dan hanya bertitik noktah pada keseronokan duniawi, maka tinggalkanlah.Dan itu yang terbaik bagi seorang hamba yang mengetahui hakikat penciptaan yang bukan sekadar main-main…


Tidak Aku ciptakan langit & bumi & di antara keduanya secara main-main”
(An-Anbiya’, ayat 16)

Persoalannya di sini bukanlah menjadi kesalahan frasa ‘just for fun’ itu, namun huraikanlah bagaimana ‘fun’ dapat dihubungkan dengan ‘fun’ yang tidak terhingga di akhirat kelak..

Elakkanlah penggunaannya sebagai alat memujuk @ alasan penyejuk hati jika jawapannya tidak diperoleh..


Saya sayang kamu, dan kerana itu saya tidak mahu melihat kamu hanya memperoleh keseronokan di dunia ini, dan jika kamu sayang saya, ingatkanlah saya agar tidak lalai dengan santapan hiburan yang enak terhidang, agar nanti kita sama-sama mampu menjadi penghuni syurga abadi…….





I wrote this just for fun!..hehe, but what kind of fun that you get??