“anak-anak itu dilahirkan bagaikan kain putih,Ibu bapalah yang mencoraknya..”
Setelah hampir lebih sebulan posting O&G untuk yang kali kedua +15 hari tahun lepas untuk yang pertama, barulah kini berhasil untuk menitipkan sesuatu yang dipelajari.Walhal sewajarnya dari awal lagi,kerana di situ tempatnya di mana permulaan kehidupan seorang insan di dunia ini.
Posting kali kedua ini lebih menarik. (kenapa, sebab boleh ‘buat kerja’ sendiri..tak perlu nak mendengar sahaja presentation PGs yang x berapa nk faham seperti yang pertama dulu.)
Posting kali kedua ini lebih seronok..
Kenapa?
1) buat pertama kalinya menyaksikan kelahiran seorang bayi secara normal di India..
(Full term normal delivery)
MasyaAllah, betapa getirnya saat itu, apabila melihat ‘amma’ menahan kesakitan untuk melahirkan. Barisan jururawat yang siap sedia tidak putus-putus memberi sokongan .
“biki amma, biki”(push amma..)
Yang kami pemerhati ini, memercik juga peluh di dahi.Apatah lagi apabila ‘episotomy’(vagina digunting untuk memberi laluan keluar yang lebih selesa kepada bayi ;) ) dilaksanakan
Kalimah ALLAH yang dilafazkan oleh amma menambahkan getaran di jiwa.betapa di saat ini manusia akan kembali kepada fitrah bertuhan.
Alhamdullilah dalam sela masa yang tak berapa lama, amma selamat melahirkan bayinya,(girl, 1.9kg, cried at birth).Barisan jururawat yang berjuang tadi lantas menarik nafas lega dan meninggalkan katil pesakit. Alhamdulillah, kami juga turut gembira. Tangisan bayi itu menggetarkan.
Ya, saat ini saya teringat seseorang, seseorang yang mungkin mengalami kesakitan yang lebih lagi,yang mungkin perasaannya lebih berdebar lagi .. dia ummiku.
Sewaktu proses mencuci vagina & menjahit, amma itu kelihatan lebih sakit.pada saat ini jururawat2 telah tiada, tinggal dua orang doctor sahaja yang sedang menjahit-jahit.
Amma itu kesakitan yang teramat, memandangkan saya berada bersebelahan dengan katil & dengan sukarela (atas desakan & sokongan batchmates), saya cuba memegang dan menenangkan amma,
MasyaAllah genggamannya sangat kuat.dia sangat sakit. Saya teringat ummi lagi.
Saya nak cakap pada amma.. “bersabar amma, i’Allah tahan sikit je lagi, bykkan ingat ALLAH”.. tapi saya tak tahu bahasa tempatan.. .Saya hanya senyum padanya, dan melihat amma kembali senyum pada saya apabila amplitude kesakitanyya tidak begitu tinggi..itu membahagiakan.
Apa yang mampu saya lakukan hanyalah mengusapnya dan berdoa agar Allah ringankan kesakitannya..
2)buat pertama kalinya melihat ultrasound (scan baby-3 months).
MasyaAllah, eh comelnya.. itu persepsi pertama, kerana sebaik sahaja imej terpancar bayi(fetus) itu sedang bergerak-gerak dan tangannya digerakkan mendekati mulut(seolah-olah aksi baby menghisap jari).Denyutan jantungnya pantas..
Persepsi kedua-theory part..
Bayi itu kelak akan lahir laksana kain putih.dan ibu bapalah yang akan mencorak dan mewarnakannya.
Terlalu kerap kita mendengar ungkapan ‘anak umpama kain putih, ibu bapa adalah pencoraknya’. Begitu juga ungkapan lama seperti ‘bapa borek anak rintik’, ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya´, ´bagaimana contoh begitulah gubahannya´, dan banyak lagi. Ungkapan pepatah dan peribahasa lama ini dengan jelas menyatakan bahawa bagaimana kita mendidik si cilik, begitulah nanti dewasanya si cilik dengan didikan kita.
Ungkapan itu juga menjelaskan betapa didikan yang pelbagai untuk anak-anak bakal memanusiakan mereka atau menjadikan mereka bukan manusia. Istilah memanusiakan anak-anak memerlukan kefahaman yang tinggi bukan sahaja dari sudut material malahan paling penting kefahaman dari aspek mental.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda; “Tahukah engkau siapakah yang mandul?”
Para sahabat menjawab; “ Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah s.a.w berkata ; Orang yang mandul ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”
Meninjau kisah Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?". Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.
Ini bermakna, bapa Imam Hanifah telah menyiapkan dirinya yang terbaik agar anak yang dilahirkan kelak mewarisi kebaikan dan akhlaknya. Hal ini harus dipandang berat oleh ibu bapa masa kini yang beranggapan bahawa pertalian mereka dan anak-anak hanya atas dasar pertalian darah semata.Sebenarnya ia lebih dari itu.
Peranan Ibu Bapa
Setiap insan yang berpasangan pasti mengimpikan agar dikurniakan anak-anak bukan sahaja sebagai penyeri rumah tangga malah terlebih tepat sebagai penyambung zuriat dan keturunan. Menyedari hakikat ibu bapa sebagai pemegang amanah, mereka harus memainkan peranan dengan baik dan konsisten.
Terdapat pelbagai jenis buku ditulis bagi memberi panduan kepada ibu bapa dalam menghadapi dunia keibubapaan. Tidak terlupakan juga banyak bengkel dan seminar-seminar diadakan untuk ibu bapa menangani konflik dalam penjagaan anak-anak bagi membantu ibu bapa memainkan peranan sebaiknya dalam usaha memanusiakan anak-anak mereka.
Al-Quran sendiri memainkan tanggungjawab yang besar dalam mengingatkan ibu bapa tentang peranan mereka mendidik anak. Begitu juga peranan anak terhadap ibu bapa serta hubungan baik sesama manusia.
Saya tak berniat nak memberi ceramah kekeluargaan di sini, Sememangnya saya tak layak apatah lagi berpengalaman.Namun, apa yang terlintas di fikiran ketika kedua-dua pengalaman di posting, begitulah.. bagaimana kelak bayi-bayi ini setelah kelahiran, setelah dewasa..?
Persediaan mendidik anak bukanlah hanya bermula sejak isteri anda @ anda disahkan positif urine pregnancy test..tetapi sebelum itu lagi. Ketika anda memilih pasangan.malah sebelum itu lagi. Bagaimana anda mengimpikan ‘baitul muslim’(keluarga) tanpa adanya ‘muslim’ itu.. persediaan diri anda sendiri.
Bagaimana kefahaman anda terhadap Islam? Bagaimana pengambilan daripada Islam sebagai cara hidup, separuh atau sepenuhnya??
Jika masih belum mengerti..usah bermain dengan api.
Jika niat anda ingin ber’kahwin’ ,ber’cinta’ dan yang sewaktu dengannya tanpa kefahaman & persediaan , anda masih belum serius.
"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
>> di kesempatan ini,ingin menghadiahkan penghargaan yang tak terhingga buat ummi& abah, yang telah mencorak kami adik beradik dengan corak terindah dan warna teristimewa di bawah lembayung petunjuk dan rahmatNya.. tiada kata setanding yang mampu dituturkan.. Jazakumullahu khairan jaza
>>untuk anda yang merancang untuk berkahwin, bersedialah..
>>kata-kata yang ditulis dengan italic telah diekstrak daripada page ini..bolehlah buat bacaan penuh jika berminat ;)