"dah siap homework?"
"sudah! alhamdulillah, dengan gembiranya.."
"abah nak bagitahu ni..."
"oh, patutlah abah telefon balik tengah-tengah malam sedangkan sejam tadi baru bergayut dengan ummi sambil tangan menyiapkan assingment.
nak bagitahu apa?"
"ayah pi sedang nazak..."

kenangan awal Ramadhan 3 tahun lalu, kembali menghiasai fikiran.Di saat malam 1 Ramadhan bermula di bilik kecil di hospital, malam itu Allah mengizinkan penyaksian sakaratul maut itu. Allah mengizinkan merasai getaran saat nyawa ditarik keluar dari jasad.Saat nafas terakhir dihembus, semua tertuduk, bersyukur dengan kalimah la ilahaillallah yang meniti di bibir arwah setelah lama bertarung di ambang ajal. Linangan air mata yang mengalir menyimpan pelbagai perasaan.
dan semalam, berita seumpama ini didatangkan kembali daripada Allah,di saat sedang menghitung hari menanti kedatangan Ramadhan. jauh di sudut hati terasa ingin bersama ahli keluarga di sana,untuk saling menguatkan.Namun Allah lebih tahu keberadaan yang terbaik untuk hambaNya.
MAUT itu bukan perosak gembira, perobek tawa, tapi adalah peringatan daripadaNya. Satu saat nanti, cepat atau lambat , kita pasti akan melaluinya. Yang diharapkan adalah penyudahan yang baik ',husnul khatimah'.
Sesiapa yang sentiasa mengingati maut akan berusaha yang paling baik untuk mencari redha Allah,setiap masa, kerana saatnya untuk diri dipanggil kembali menghadap Al Khaliq adalah rahsiaNya. Boleh jadi bulan depan, minggu depan, esok atau hari ini, selepas ini.
Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim.
Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.31;31
Rugilah bagi mereka (diri sendiri terutama) yang tidak menjadikan peringatan yang berulang kali daripada Allah ini sebagai pengajaran untuk kembali mengkoreksi diri.
Cukuplah MAUT sebagai motivasi untuk beramal.Ya, seperti situasi yang sering dilalui, kita tahu tiket pulang ke kampung halaman adalah pada esok hari, pastinya sejak dari awal kita akan mula berkemas, memilih-milih buah tangan, dan boleh saja tidak tidur malam kerana terlalu teruja menanti saat itu.
Begitu juga seharusnya, persiapan kita untuk bertemu Allah malah perlu lebih hebat lagi, kerana kita tahu kita akan kembali cuma bezanya kita tak mengetahui saatnya bila.
Moga disaat masa itu kelak, tiada penyesalan bagi kita.
Ramadhan semakin hampir.Moga diberi kesempatan daripadaNya

"Grab the opportunity as the time is passing and we are getting very near to it"