26 Dec 2010

Bahagia..(beyond borders..)

Alhamdulillah..alhamdulillah..Astaghfirullahal’azim..

Di bawah rendangan pohon2 indah, sekumpulan ulat berkumpul menjalani kehidupan seharian yang selesa.makanan cukup, rehat cukup.Tiba-tiba seekor ulat hijau mengekspresikan perasaannya kepada teman-teman yang lain..

‘Aku teringin nak naik atas pokok sana, nak tengok langit-langit, gunung-gunung, aku teringin nak tahu apa yang ada di sebalik sana.’-ulat montel

‘Jangan!! Ramai dah orang (ulat) berusaha naik, tapi mereka tak balik-balik, kan kita dah selesa di sini, buat ape nak susah-susah mendaki pula?’-ulat-ulat lain

‘Aku tak kira.. nak juga. Aku janji aku mesti dapat balik ke sini semula. Tak kira..!!’- ulat montel

Lalu mendakilah si Ulat montel..Akibat terlalu lelah, ulat montel terlena..

Sebaik terjaga daripada lena.. ...(jeng-jeng) ulat montel telah bertukar menjadi rama-rama!!

Dan kini, dia boleh terbang melihat gunung-ganang, pokok-pokok yang tinggi, meninjau keindahan di sebaliknya juga pasti dia mampu untuk terbang semula ke bawah pohon rendang untuk melawat teman-temannya ...

*****************

Mus’ab bin Umair si pemuda yang segak, kacak, berada dan disegani di Mekah.Beliau tinggal dengan sangat selesa bersama ibunya yang berperibadian kuat.Ketika dakwah Islam mula berkembang di Mekah, berita kedatangan Rasulullah saw dengan membawa risalah pengabdian kepada tuhan yang satu telah mengetuk pintu hati Mus’ab untuk mendengar sendiri kebenarannya.Mus’ab bergegas dan menyusup ke rumah Al-Arqam untuk mendengar sendiri kata-kata baginda.

Ayat-ayat Al-Quran mengalir dari bibir baginda menembusi hati Mus’ab.Dia terpesona dan terlena dengan kalimah indah itu.

Rasulullah mengusap dadanya dengan penuh kasih sayang. Dada yang bergejolak itu menjadi tenang dan damai.

Maka, Islamlah Mus’ab dengan keyakinan sebenar-benarnya

‘Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah’

Dialah Mus’ab yang sanggup meninggalkan kemewahan untuk pertahankan aqidah.

Mus’ab yang tidak lemah dengan halangan ibunya

Musa’ab yang diamanahkan oleh rasulullah untuk menjadi duta Islam yang pertama

Syahidnya Mus’ab di medan Uhud..

Rasulullah saw :

“Ketika di Mekah dulu, tak seorang pun yang lebih halus pakaiannya dan lebih rapi rambutnya daripada kamu, tetapi sekarang ini, rambutmu kusut dan hanya dibalut sehelai burdah.”

“Sungguh di akhirat kelak, di hadapan Allah, Rasulullah akan menjadi saksi bahwa kalian adalah para syuhada.

#Apa kaitan kisah –kisah ini..? tepuk dada Tanya iman...

(Adik-adik saya ada jawapannya..-YENEPOYAnians 1st yr muslimah shj) ;)

#kenapa BAHAGIA?..keceriaan adik-adik ini menyenangkan hati.Ayuh, sama-sama kita bersemangat untuk keluar daripada zon selesa..;) agar kita mampu menjadi duta Islam yang hebat..

Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.

Al-Baqarah:25

18 Nov 2010

Nota ringkas aidiladha

ALHAMDULILLAH...

Segala puji bagi Allah , tuhan sekalian alam yang masih memberikan kita peluang untuk merasai nikmat berhari raya meskipun kita kadang kala leka dalam perjalanan kehidupan ini.

(abah, ummi & abang-aidiladha 1430H)

Ada apa dengan pengorbanan??

Saban waktu setiap kali menjelang Hari Raya Aidiladha, mimbar-mibar masjid dan juga tazkirah sering kali membangkitkan kisah Nabi Ibrahim dan kita tak terlepas daripada mengungkapkan;“bersama menghayati erti sebenar pengorbanan” “marilah berkorban”..

Bagaimana kita perlu menghayatinya?

Adakah sekadar mendengar dengan khusyuk kisah lalu mengalirkan air mata dan mengatakan ‘oh, aku tidak sekuat itu..’

Adakah sekadar dengan mengagumi pengorbanan para rasul lalu menyimpan angan ‘kalaulah aku di tempat mereka’

Bagaimana pula kita memanifestasikan penghayatan kita dalam kehidupan seharian..?

Ya.. pengorbanan itu bukan sesuatu yang mudah, tidak semudah mengungkapnya.

Namun yakinlah setiap pengorbanan itu terdapat ganjarannya.

Kita lihat bagaimana pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan keluarganya yang mana telah diangkat oleh Allah darjat mereka hingga adanya hari yang signifikan untuk memperingati kisah mereka.

Kita lihat pengorbanan rasulullah saw yang sanggup di hina dan juga dicederakan dengan hanya matlamat untuk menyebarkan Islam,dengan adanya pengobanan baginda akhirnya sampai kepada kita kemanisan Islam ini yang mengangkat darjat kita melebihi yang lain.

Kita lihat bagaimana pengorbanan ibu kita yang bersusah payah mengandung, menyusu dan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang,dengan ketabahan beliau sehingga kita mampu berada di negara ini sedang bermujahadah menuntut ilmu yang InsyaAllah akan menyenangkan hati mereka.

Kita?Apa pengorbanan yang telah kita lakukan kepada ummah? Islam?

Sekecil-kecil pengorbanan kita dalam usaha menggapai redhanya akan diberi ganjaran oleh Allah..

Yakinlah,

Tidak sia-sia kita berkorban menahan lelah hidup di India ini

Tidak sia-sia harta kita untuk disedekahkan

Tidak sia-sia masa yang kita korbankan untuk menghadiri majlis ilmu

Tidak sia-sia pengorbanan yang kita lakukan demi untuk membahagiakan orang lain..

Yakinlah setiap pengorbanan yang dilaksanakan kerana Allah,akan dibayar oleh Nya..

Berkorbanlah sebelum dirimu terkorban di sana...;)

dan pengorbanan itu akan terasa berat tanpa rasa cinta..

Cintailah Allah kerana dia pemilik cinta yang hakiki.....

Salam aidiladha!!!!

Taqaballaahu minna waminkum..

26 Oct 2010

aku disayangi..



AKU DISAYANGI..

‘ kak, adik nak beli kapal terbang yang tu, adik tak mau yang lain.. nak yang tu jugak. Yang tu cantik, macam best je, berkilat-kilat lagi..’

‘adik sayang, kan kapal terbang yang tu adik tak nampak betul-betul aksesori die, die duk nun jauh kat atas tu.. memanglah cantik , cantik sangat, nampak berkualiti tapi adik tak boleh nak test pegang-pegang dulu, adik tak boleh belek-belek dulu, kecantikan die pun adik hanye nampak dalam bayangan je’

‘sebab tulah adik nak yang tu, tak pernah orang lain pegang die selain adik, adik tak nampak kecantikan die pada luaran tapi adik yakin akan kecantikan disebaliknya..walau kecantikan asli die adik tak nampak tapi still menarik kan kak?..’

‘hmm.. kalau itu yang adik nak, akak nak buat ape lagi.dah nasib badan terpakselah melabur lebih sikit duit untuk kapal terbang yang tersergam indah di atas rak sane kalau nak compare dengan yang kat bawah lambak-lambak ni...aduhai adikku..’

Marahkah kamu jika aku katakan aku menyayangimu?

Tersentuhkah kamu jika aku mengatakan yang aku sangat prihatin akan dirimu?

Kecewakah kamu jika aku meluahkan kasih yang tidak bertepian hanya padamu?

Percayakah kamu?

Andai aku buktikan kasih sayangku dengan memperjelas takrif hijab kepadamu

Andai aku nyatakan keprihatinan dengan mengenalkan pengertian tabarruj padamu

Andai aku luahkan kasih dengan mengajakmu menyemai perasaan al-haya’

surah al-Nur, ayat 31:

"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada ...(mahram)..."

bicara cinta terus daripada ALLAH,tidak pernah Dia meninggalkan hambaNya, dan Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Yang diciptakan wanita itu penuh dengan perasaan al-haya’(malu) dan tidaklah malu itu melainkan hanya kebaikan sahaja.Jangan ditanggal nilai malu itu pada diri wanita.jangan ditukar ganti al-haya’ dengan keindahan dunia yang fana.Mengapa perlu perhiasan yang berlebihan (tabarruj) tanpa niat dan tujuan yang jelas?Tidak ada yang sia-sia dalam Islam.Bertambah parah jika tujuannya untuk menarik perhatian lelaki ajnabi. Kutahu yang fitrahnya wanita menyukai keindahan namun semaikanlah keindahan disebalik kemuliaan akhlak dan budi bicara.Bukan menentang perhiasan bagi diri hawa, namun teluskan niat kerana Allah bukan untuk menunjuk-nunjuk.Tidak salah juga berhias, untuk menggembirakan suami.Namun, sudahkah anda bersuami??heh he..

Sekadar peringatan bagi mengingatkan diri sendiri terutamanya, yang dilarang bukan kerana menyekat, yang ditegah bukan kerana mengongkong tetapi memelihara kerana kasih sayang..

Bukankah ALLAH sayangkan hambanya?

‘takpe kak, akak labur sikitje sekarang tapi impaknye besar untuk masa hadapan,yang terlindung itu lebih menawan, yang terpelihara itu lebih menarik, dan kerana itu yakinlah dengan hijab..’

‘hah?? Hijab? Tabarruj? Adik cakap ape ni?huh, dah jom bayar!’


>> artikel lama yang diolah semula..semakin hari semakin merenung pengertian hijab itu.apatah lagi dikelilingi wanita-wanita muslim tempatan (tempe..) yang indah ber'abaya' dan ber'niqab'.sungguh..ada di antara mereka ada yang tidak juga sempurna memelihara diri, namun kita memandang untuk kembali merenung diri..diri yang sangat kerdil dibandingkan dengan kesolehan para srikandi Islam, yang sentiasa dibaluti dosa dan alpa.
adakah pemilihan hijab ini adalah benar-benar kerana Allah?
dan kamu..kenapa memilih untuk berhijab???

>> duhai diri.. ALLAH SANGAT SAYANG KAMU...bagaimana pula dengan kamu??

25 Aug 2010

mati itu pasti

nikmatMu mengalir tanpa henti..tapi aku yang ingkar..


Sejak hari itu..

Setiap kali Ramadhan tiba, ingatan mengimbau saat itu..

Tika betis bertaut,

Dingin..

Nafas tercungap..

Kencang..

Peluh memercik..

Basah..

Tika berada di kamar itu di saat Izrail memanggil,

Memori itu tak pernah hilang, linangan syahdu pada malam pertama Ramadhan

Ya, inilah hadiah Allah untuk mentarbiyyah diri..

Agar sentiasa mengingati

MATI itu pasti..


‘Andai ini Ramadhan terakhir’

Sebait kata yang sering didengari.namun impaknya berbeza pada setiap hati-hati yang menghayatinya.mungkin ada yang bergetar, ada yang keras kaku sepertinya yakin yang, belum lagi..belum lagi, apa yang mengundang keyakinan sebegitu rupa??

Terlalu sibuk dengan tuntutan dunia.diri menjadi alpa.Separuh Ramadhan telah berlalu, dan bagaimana dengan diri kita??Cukupkah pendidikan yang diberikan pada diri untuk menghadapi hari-hari mendatang?

Cukupkah bekalan untuk menghadap Allah kelak dengan usaha selemah daya..??

Allahurabbi..

Bukan Ramadhan ini matlamatnya..namun inilah peluang mendidik diri.Di samping pahala yang berlipat ganda.Alangkah ruginya jika berakhirnya Ramadhan, diri masih seperti dulu..

Sahabat dulu bergembira datangnya Ramadhan dan berduka saat berakhirnya Ramadhan dan kita bagaimana pula??

Moga kita terpilih menjadi hamba yang bertakwa..


Ya Allah...

Jauhkanlah aku daripada kelekaan dan kelemahan,

tempatkan aku dalam kalangan hambamu yang bertakwa..

Ya Allah ...

peliharalah keluargaku,sahabatku daripada kelalaian dan kealpaan,

agar kasih kami dapat kembali bertaut di syurga kelak..


Dari Abu Hurairah ra. berkata :- "Sesungguhnya Nabi telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada dia : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi ) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin." [Hadith Sahih Riwayat al-Bukahri)