5 Feb 2010

JIKA dan HANYA JIKA

ini bukan..
bukan mata pelajaran matematik moden tingkatan empat sebelum dialih bahasa..
bukan juga puisi indah tersirat pengertian..
sekadar seloka santai..
peringatan buat diri sendiri..

JIKA...
JIKA anda inginkan senyuman daripada orang, MAKA anda perlu senyum pada orang
JIKA anda inginkan hadiah daripada orang, MAKA anda perlu memberi hadiah
JIKA suka orang masakkan untuk kita, MAKA kita perlu suka masakkan untuk orang juga

JIKA kita tak suka orang mengumpat kita MAKA kita jangan mengumpat orang
JIKA kita tak suka dimarahi orang MAKA kita jangan cepat marah orang
JIKA kita tak suka orang ambil barang kita MAKA kita jangan ambil barang orang

JIKA kita nak dapat kawan yang baek, MAKA kita perlu jadi baek
JIKA kita nak dapat pasangan yang soleh, MAKA kita perlu jadi soleh
JIKA kita nak anak yang taat, MAKA kita perlu jadi anak yang taat

JIKA kita ingin dimaafi orang, MAKA kita perlu memaafi
JIKA kita ingin disayangi orang, MAKA kita perlu menyayangi
JIKA kita ingin dikasihi, kita perlu mengasihi

JIKA kita inginkan ALLAH penuhi permintaan kita,
MAKA kita perlu laksana perintah ALLAH..
JIKA kita ingin dicintai ALLAH,
MAKA kita perlu menyemai cinta pada ALLAH..
namun..
kasih ALLAH pada hambaNYA tidak terhingga..
sungguhpun diri dipenuhi dosa dan sering leka..
DIA masih menyayangi kita..
dan KITA??

''tidak akan peroleh nikmat syurga bagi mereka yang tidak merasi nikmat syurga di dunia.
apakah nikmat syurga di dunia?
cinta pada ALLAH''
ibn Taimiyah


HANYA JIKA kita mengasihi kita akan dikasihi ......

aturannya mudah..kita peroleh setimpal apa yang kita laburkan..
Allah itu Maha Adil

namun..
'jangan jadikan alasan untuk tidak berbuat baik kerana mereka tidak berbuat baik pada kita..
memberi itu lebih baik drpd menerima!!!..


'saye senyum pade kamu... kamu senyum tak pade sayer???'

5 comments:

  1. salaam mazniii

    saya suka seloka awak

    =)

    ReplyDelete
  2. mugiffff!!!!!windunyee kt mugiff!!!hehehe

    mazni jgn marah.ktorang yg bg nama zirafah tu klu tak silap.hehe

    ReplyDelete
  3. >trm kaseh.. nawa,zbdh.. semuanya dgn izin ALLAH.. ngee.. (tgh senyum dgn lebar...>sile senyum balek)

    > hee.. maseh igt juga kamu pada 'mugif'.ye anda2 lah ibu2 yang memberi name padanye pd mlm itu.. tapi 'sebab' nama diberi jgn diungkit ya.. hehe..

    ReplyDelete
  4. ungkit jangan tak ungkit!..cpat alhuda!

    "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".AL-qasas:77

    ReplyDelete