1 May 2010

“Janganlah engkau marah”


‘’Ya Rasulullah,berilah wasiat kepadaku..”

“janganlah engkau marah"

“Janganlah engkau marah”

“Janganlah engkau marah”


source


Pernah diriwayatkan sebuah kisah:

Seorang hamba membawa hidangan kepada tuannya.Dengan tak sengaja khadam itu telah menjatuhkan hidangan yang di bawa di atas hamparan yand diletakkan di hadapan tuannya.Habis tumpah semuanya...

Maka, marahlah tuan itu..dengan tidak semena-mena hamba itu berkata..

‘Cubalah ingat firman Allah..’

‘Firman apa?yang mana?’

‘Dan orang yang menahan kemarahannya...’

Mendengar ini, tuan itu berkata ‘Aku mencegah kemarahanku..’

Kemudian hamba itu berkata lagi..’Dan orang yang memaafkan kesalahan manusia’

Mendengar ini pula, tuan itu berkata ‘Aku maafkan engkau..’

Lalu hamba itu menambah ’Dan Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan..’

Akhirnya tuan itu berkata ‘Engkau sekarang telah kumerdekakan.Dan aku berikan seribu dinar sebagai ihsan ku padamu’

Lihat!! Hamba itu telah dimerdekakan hanya kerana mencegah satu kemarahan dengan firman Allah daripada surah AL-IMRAN:134

“(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit,

dan orang-orang yang menahan amarahnya

dan memaafkan (kesalahan) orang.

Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Lalu kita bagaimana?Seringkali dalam kehidupan kita mudah saja meletus kemarahn itu.Kadang melayang-layang barang di atas katil, tak pun hampir nak roboh pintu bilik, pintu almari, pintu bilik air..tak ditambah lagi dengan hentakan-hentakan kaki kita.Mengapa?

Kita kurang sedar kah? Sedangkan kita tahu, marah itu api, api yang dapat membakar. Marah itu daripada syaitan.

Kadang-kadang kita menggunakan alasan, ‘aku memang panas baran ’

Tapi bukankah reality itu sepatutnya dijadikan sebab agar kita mengubah diri kita.

Tidak cukup hanya dengan marah-marah, jerit-jerit namun tiada tindakan yang dilakukan..Tidakkah itu membazir tenaga namanya?

Pernah sesuatu ketika, hati saya tekesan melihat pada situasi ini..

Pernah diceritakan kepada saya..

di sebuah rumah,yang menggunakan air daripada sumber yang memerlukan bekalan elektrik.Tiba-tiba pada suatu hari, pam yang digunakan untuk menyalurkan air ke dalam rumah telah rosak, memang hampir separuh hari tiada air di rumah, maka anak-anak rumah pun mulalah keresahan, ‘‘Aku nak mandi la!!’ Eish bila nak ada air ni? ‘Huh, Bengang betul aku’’.. Namun apabila disoal selidik ditanya kembali kepada penghuni rumah, ada ke sesiapa yang membuat aduan mengenai kerosakan ini?? Tiada.. masing-masing menggeleng. Mengharapkan orang lain dalam masa yang sama sibuk melayan amarah sendiri..’

Dalam keadaan hati yang dikuasai perasaan marah akan menenggelamkan kerasionalan kita..

Bersabarlah, insyaAllah, ujian-ujian yang Allah berikan adalah untuk meningkatkan darjat kita.Sungguhpun kita rasa seperti nak ‘menjelly-jellykan’ orang yang berlaku jahat pada kita, tetapi fikirkanlah, betapa besar nikmatnya jika kita dapat bersabar..

Khusus untuk pengembara di India, kesabaran terutama dalam menahan kemarahan sungguh amat sangat diperlukan.Pernah seorang sahabat menukilkan..

"India ni sangat panas

Membuat diri menjadi ganas..."

Sebuah kata-kata daripada hati yang tidak dinafikan kebenaran itu.InsyaAllah kita cuba jadikan asbab itu sebagai cabaran untuk kita .

Orang yang benar-benar kuat bukannya jaguh bina badan..’the rock’ ke..’badang’ ke, tapi adalah orang yang dapat menahan marah..

Susah tetapi indah..

Pahit tetapi penawar..

Jika rasulullah dulu marah dekat penduduk taif yang melemparkan batu pada baginda sampai berdarah.. maka tidaklah ada Islam yang sampai pada daerah itu..

Justeru, InsyaAllah marilah kita sama-sama memupuk rasa sabar..terutama dalam hal mengawal kemarahan ini.Pilihan berada pada tangan kita..Perasaan marah yang bagaimana yang perlu ada pada diri kita. Jangankan pula pabila Islam direndahkan di hadapan kita, tiada langsung rasa marah itu..

InsyaAllah.. refleksi diri. Untuk saya sendiri terutamanya.. Bukan mudah nak mengawal marah dekat India ni!!;)






2 comments: